Malaikat di hati konon


Dalam bulan Jun 2011 ni aku sangat sebuk mengaudit 'software-software' komputer dan laptop di office aku. Sebab KPDNKK nak datang untuk memastikan menggunakan perisian original. Dengan secara tak rasminya aku dilantik menjadi IT Technician di office aku dengan tiada kenaikan gaji untuk jawatan baru. Takpe lah. Aku anggap ini sebagai khidmat sosial aku kat office. Kalau di ikutkan dengan kerja dan gaji yang aku dapat memang selayaknya itu lah gaji aku. Sepatutnya memang gaji aku kena dinaikkan sebab jawatan aku pun bertambah. Okey, aku bukan nak cakap sangat pasal gaji aku kat sini.

Berbalik kepada cerita asal yang aku nak bagitahu. Aku kan sebuk sangat dengan tugasan baru aku yang tak bergaji tu. Jadi tugasan asal aku terpaksa lah aku suruh orang lain gantikan. Dengan kusyuk aku buat tugasan baru ini "Bestnye tengok (nama aku) bz", "baru hari ini nampak (nama aku) bz". Ada pula suara sumbang cakap macamtu kat aku. Hello manusia, apa kau ingat selama ini aku bermain-main ke kat office ini. Aku buat kerja okey. Tak ganggu sesiapa pun. Gaji yang aku dapat pun selayak dengan tugas aku. Kalo kau rasa nak rilex dan tak tension macam aku, kau gantikan lah tempat aku. Aku rasa kerja kau yang banyak tu berbaloi dengan gaji yang kau terima 3kali ganda banyak dari aku. Jadi kerja kau pun banyak 3kali ganda dari aku. So jangan nak pertikai apa kerja yang aku buat. Kau ingat aku nak sangat ker buat kerja yang tak bergaji dan lari dari jawatan aku. Kerja aku yang sepatutnya pun terbengkalai. Orang lain yang gantikan. Aku rasa kalau kau yang kena buat kerja aku sekarang ini, kau nak buat ke dengan rela hati????

Selama aku di sini, aku tak ganggu hidup sesiapa. Dan jangan ingat kau sangat sempurna di mata orang lain. Kau juga online, buka facebook, YM dan website lain. Cuma aku atau orang lain aje malas nak ambil tahu. Sebab hal masing-masing. Yelah, kadang-kadang tak semestinya kita akan straight buat kerja. Nak juga berhibur walau sekejap untuk hilangkan mengantuk dan tension. Tak salah okey... Lainlah kalau kau memang sempurna. Jangan ingat jawatan kau tinggi, kau belajar tinggi, kau boleh menjatuhkan maruah orang lain sesuka hati.



P/S: Aku bahagia dengan apa yang aku dapat. Janganlah iri hati dengan apa yang orang lain ada.

Lemak B*bi

Imbas kembali

Hari sabtu lepas aku service motor, aku dengan mak singgah la OTK nak beli barang dapur. Sedang tengok barang-barang, aku tertarik dengan harga murah minuman yogurt mangga jenama Sunglo iaitu RM2.99. Memang sangat murah. So aku ambil la satu. Sampai rumah aku masukkan dalam peti ais nak bagi sejuk. Bila sejuk aku pun minum

-------------------------------------------------------------------------------

Hari ini, aku bawa yogurt tu ke office dengan harapan nak minum sebagai breakfast. Konon jaga perut la. Tiba-tiba engineer R pegang botol yogurt tu dan cakap
" Waa, minum yogurt. Jaga kesihatan la tu". Aku dengan bangga sambil senyum berkata " Biasala.. hehhee". Sambil belek-belek kandungan yogurt tu, Engineer R menyambung "Eh, bukan kod E ni lemak b*bi ker?" Aku " Mana ada. bukan semua kod E lemak b*bi la. E 441 la lemak b*bi". Dengan confident aku jawab. "Owh, betul ker? Ni ada logo halal, halal la kot". Sambung Engineer R dan berlalu naik ke tingkat atas.

Bila dia dah naik atas, aku pun belek la botol yogurt tu. Tengok isi kandungan yogurt. Ada kod E440, E330 dan E160. Aku rasa tak sedap hati dan perasaan nak tahu tu pun menjelma. Aku search kt dr Google.
Kod makanan yang mengandungi lemak b*bi.

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT(SILA AMBIL PERHATIAN SEMUA KOD YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI DALAM MAKANAN SEHARIAN)

1) E 100 16) E 280 31) E 434 46) E 482

2) E 110 17) E 300 32) E 435 47) E 483

3) E 120 18) E 301 33) E 436 48) E 491

4) E 140 19) E 325 34) E 440 49) E 492

5) E 141 20) E 326 35) E 441 50) E 493

6)E 153 21) E 327 36) E 470 51) E 494

7) E 160 22) E 334 37) E 471 52) E 495

8) E 161 23) E 335 38) E 472 53) E 542

9) E 210 24) E 336 39) E 473 54) E 570

10) E 213 25) E 337 40) E 474 55) E 572

11) E 214 26) E 422 41) E 475 56) E 631

12) E 216 27) E 430 42) E 476 57) E 635

13) E 234 28) E 431 43) E 477 58) E 904

14) E 252 29) E 432 44) E 478 59) E 920

15) E 270 30) E 433 45) E 481

-inilah minuman yogurt yg aku dah minum. tapi perasa mangga-

OMG????? Aku terus buang yogurt tu. Tapi yang aku dah minum macamne??



P/S: Ikut kata kawan aku, kita tak makan daging b*bi, tapi kita makan lemak dia. OMG!!!

Pink Cherry