Penyakit atau habit


Hari ini aku nak bercerita tentang penyakit diri aku. Tapi aku tak pasti itu satu penyakit atau habit aku. Aku ni jenis yang sukar nak tidur. Kepantangan aku bila aku tidur atau nak tidur ialah:
  • Aku tak boleh bising : tak kira lah suara atau bunyi apa pun contohnya bunyi radio& TV, orang bercakap, berdengkur, berlari, berjalan kuat,memasak, membasuh, kucing bergaduh, baby menangis atau menjerit. Senang cerita, masa aku tidur aku nak keadaan yang sangat SUNYI.

  • Tidur atas lantai, tempat rata atau keras : kalau aku tidur juga aku akan sesak nafas atau sakit belakang. Tidur atas toto nipis pun tak boleh. Dan yang pasti aku akan tidur sangat sekejap. Bukan aku berlagak, aku memang kena tidur atas tilam. Tilam tu pula mesti tebal dalam 3inci. Kalau takde tilam pun aku kena alas dengan kusyen. Yang penting pengalas badan aku itu lembut dan tinggi.

  • Terkejut : Kalau aku tengah tidur dan terkejut confirm aku tak boleh nak sambung tidur balik. Lepas tu mula la mood berubah jadi “Incredible hulk”. Aku akan mula marah-marah tak tentu arah.
  • Orang Call atau mesej : So masa aku tidur jangan lah ada seorang makhluk pun pandai-pandai nak telefon atau mesej aku. Aku mesti terjaga dan tak boleh nak tidur balik. Tapi sebenarnya boleh je nak call cuma cakap sekejap je la. Janganlah aku cakap aku tengah tidur kau nak borak-borak dengan aku lagi. Terkecuali ialah Encik Tunang. Anytime je boleh call atau mesej aku.
  • Tidur duduk atau selain dari baring : aku pelik macamana orang boleh tidur masa duduk. Aku kalau nak tidur mesti kena baring.
  • Banyak bantal : Kalau nak tahu, aku tidur mesti berbantal. Dan bantal aku mesti lebih dari 2 bantal. Sekarang ni aje pun aku tidur dengan 5 bantal. Kedudukan bantal yang paling penting ialah di kepala dan sisi kiri atau kanan aku.

Sangat lah mengada-ngada kan aku ni. Bukan aku sengaja. Tapi dah memang menjadi kemestian aku sebelum nak tidur dan semasa aku tidur. Dalam sebulan atau 2 bulan aku mesti susah nak tidur dalam seminggu dua. Pernah juga dalam masa 3hari aku hanya boleh tidur dalam 3jam setiap hari. Dan aku terpaksa mengambil ubat tidur atas nasihat doctor la. Bukan saje-saje yer. Hurmm.. itulah cerita aku. Aku harap sangat benda ni akan berubah satu hari nanti.



P/S: Macamana bila aku kahwin nanti dan suami aku berdengkur. Mau aku suruh dia tidur kat luar.

No comments:

Pink Cherry