Okey, aku nak cerita, dulu masa kecil, mak aku meniaga. So setiap kali cuti sekolah aku akan duduk dengan nenek dan atuk di kampung(Melaka) sampai sekolah buka. Tau-taula, bila cuti sekolah je banyak kenduri kahwin kan. Aku tak suka pergi makan kenduri TAPI aku akan pergi untuk melihat acara MENJULANG dan BUNGA API ni. Kalau di kampung aku Ramuan Cina Besar, acara menjulang ni diadakan 2 kali. Iaitu pada malam berinai dan masa sebelum bersanding. Masa ni memang sangat seronok buat kanak-kanak seperti aku. Sapa-sapa yang tak tahu, menjulang ni memerlukan 2 buah kerusi rotan, 4 batang buluh, kain batik dan tali rafia. Buluh-buluh ini akan di ikat di antara kerusi rotan tersebut dengan cermat. Bila dah siap ikat kain batik menjadi alas pada kerusi.
Selain tu, bunga api yang diperbuat dari buluh juga ada bagi melengkapkan acara berjulang ni. Bagi aku, bunga api buluh ni hanya terdapat di Melaka. Tapi kalau aku silap tolong betulkan yer. Aku dah tempah 10batang khas dari Bandar Melaka berharga RM17.00 sebatang
Masa acara menjulang, kerusi julang akan diangkat seramai beberapa orang mengikut saiz dan berat pengantin yer.. Jangan pengantin besar, tapi tukang angkat nye 4 orang je, mau sakit nak angkat nanti. Mengikut adat kat kampung aku, pengantin perempuan akan menjemput pengantin lelaki. Pengantin perempuan duduk di bahagian kiri kerusi dan dijulang berseorangan sampai ditempat pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki menunggu dengan iringan kompang. Selepas sampai kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan akan bersalam dengan pengantin lelaki dan menjemput beliau duduk. Dan sekali lagi mereka akan dijulang bersama sampai di pelamin. Bila sampai di pelamin, bunga api buluh akan dibakar bagi menamatkan majlis....Okey, abis cerita.
P/S : Lepas ni (tapi entah bila) aku akan update masa majlis persandingan kami pula yer.. Tunggu tau.. L.O.V.E