Dah 6 bulan berlalu, baru aku nak sambung part 2 pula. Kalau
nak baca yang part 1 kat SINI yer. Aku ni sekarang dah macam takde mood nak
berblog ni. Sebab takde idea nak cerita apa. Kadang tu bila ada idea je aku lak
busy (busy ke???) Okay kita sambung yer.
6/3/2013
Pagi tu darah keluar lagi. Tapi aku tak rasa sakit pun.
Malam tu dalam pukul 10 aku dah rasa baby kerap mengeras dan aku rasa sakit
yang amat sangat. Rasa macam pinggang ni dipulas-pulas. Aku ajak En. Suami
pergi hospital. Jalan pun sakit. Dah masuk semua barang dalam kereta. Sampai
hospital, En. Suami turunkan aku kat lobi wad bersalin sebab nak cari parking.
Dia suruh aku tunggu tapi aku degil dan terus naik wad bersalin. Macam biasa,
bagi buku pink dan aku cakap contractions dah sangat kerap. Dia suruh aku masuk
bilik dan macam biasa dia pasang CTG kat perut aku, dalam 15minit dia cakap
suruh tunggu dulu coz aku punya contractions ni dah patut macam orang nak
bersalin. Dia cakap tunggu doctor pakar check aku. Lepastu doctor panggil dan
check aku punya bukaan. Dah 3cm. OMG!! So aku warded. Disebabkan wad penuh, aku
kena tunggu kat tempat menunggu dulu.
Memang sakit sangat perut aku masa tu. Tak tau nak cakap
macam mana. Duduk salah, berdiri salah, jalan pun salah. Semua rasa tak kena.
Kejap-kejap aku menangis, time tu semua doa yang aku tau aku baca. Dahla tak
dapat baring atas katil, kena duduk menunggu sampai wad ada yang kosong. Kau
gila, aku dahla sakit ni. Menangis-nangis aku sebab sakit sangat. Tuhan je yang
tau. En. Suami suruh aku bersabar. Macamne nak sabar sayang, sakit sangat okay.
Dia tak rasa boleh la cakap. Time tu aku rasa jam tu lambat sangat berpusing.
7/03/2013
3.00am
Pukul 3 pagi aku dah sakit sangat, bukaan still 3cm lagi.
Tapi aku tak tahan. So aku minta doctor ubat tahan sakit. Doktor cakap tak
boleh sebab takde katil. Nanti kalau dah injection ubat tahan sakit, aku kena
baring. Aku tak kira, aku sakit sangat so aku nak juga ubat tahan sakit tu.
Doktor : Awak ni minum air selusuh ke?
(Sebenarnya memang sebelum tu aku ada minum air selusuh 2
minggu awal sebab nenek aku suruh. Aku
confused juga sebab setahu aku minum air selusuh ni bila dah rasa sakit nak
bersalin nanti baru minum. Tapi disebabkan nenek aku yang suruh, so aku minumla
juga walau rasa macam tak perlu lagi masa tu)
Aku : Erkk.. Mana doctor tau?
Doktor : Sebab saya tengok awak sakit sangat dan contractions
awak sepatutnya awak dah boleh bersalin.
Aku : Yer doctor, saya ada minum.
Doktor : (Terperanjat) Saya memang dah agak dah! Sebab saya
tengok sakit awak ni lain macam sangat! Kenapa awak minum?
Aku : Nenek saya suruh minum. Saya tak tau, so saya minumla
Doktor : (Dengan suara marah) Next time awak minum juga
rahim awak boleh pecah tau tak!! So jangan amalkan lagi faham. Saya tau memang
boleh minum, tapi kalo boleh jangan amalkan.
Aku : Tapi doctor, saya betul-betul sakit sangat ni. Boleh
tak saya nak juga ubat tahan sakit tu.
Doktor : Baiklah, saya usahakan untuk dapatkan katil untuk
awak. Sebab lepas injection tu awak akan rasa ngantuk.
Time tu aku rasa macam bodoh je. Dan aku salahkan nenek aku
pula sebab suruh aku minum awal. Haha..
Doktor dah dapatkan katil untuk aku TAPI bukan kat wad yer.
Korang tau katil apa? Katil yang selalu dalam ambulance tu. Yang dorang tolak
pesakit atas katil dalam ambulance. Tapi time tu aku bersyukur sangat sebab
dapat katil tak kira lah katil apa sekalipun. So aku ditempatkan kat tempat
kosong kat dalam wad sementara di atas katil tu. Lepas aku di injection ubat
tahan sakit, aku tidur sampai pukul 6 pagi. Dalam tidur tu pun aku dapat rasa
sakit walau dah ada ubat tahan sakit. Korang bayangkan, macamtu lah kot mak
–mak kita sakit masa nak bersalinkan kita. Time tu aku insaf sangat. Tapi
yelah, setiap orang rasa sakit yang berbeza, tak sama macam kita.
7.00am
Aku terasa macam ada air keluar banyak sangat. Eh, aku
kencing ke? Tapi takkan lah rasa sakit nak bersalin sampai tak rasa nak kencing
kan. So aku syak yang air ketuban aku dah pecah. Dalam payah tu aku panggil
nurse. Suara tak keluar okay. Aku try jerit juga.. “Nurse.. Nurse.. Doktor”
Doktor datang dan tanya aku kenapa, so aku cakaplah yang air
ketuban aku dah keluar. Dia check dan memang betul air ketuban aku dah pecah.
So dia suruh nurse amik tah benda apa tapi macam chopstick tu dan masuk kat
bawah dan tetiba aku rasa banyak gila air keluar. Doktor check bukaan aku dan
dah 6cm. Yes, aku dah nak bersalin. Nurse letak ubat untuk buang air besar dan
suruh aku buang apa yang patut. Tapi takde apa yang keluar pun time tu.
10.00am
Rasa sakit lepas air ketuban pecah berganda okay, dan doctor
suruh nurse prepare untuk aku masuk labor room. Mak dan nenek aku pun dah
sampai masa tu. So gilir-gilir dengan En. Suami masuk labor room. Aku dah
meraung-raung sakit. Time tu apa doa pun boleh lupa. Kesian kan aku. Minta maaf
dengan emak sambil nangis-nangis. Cium mak bagai. Lepastu minta maaf dengan En.
Suami.
Aku : Awak, jue minta maaf. Halalkan makan minum Jue, kalau
Jue mati, awak jaga anak kita baik-baik yer (Drama sangat okay, tapi aku
sungguh-sungguh minta maaf)
En. Suami : Yer, saya maafkan awak. Jangan cakap macam tu.
Mengucap banyak-banyak.
Aku rasa sakit sangat. Pusing kiri kanan. Nak bangun tapi
tak larat nak jalan.
Aku : Zaman, awak tak maafkan saya ke? Napa saya rasa sakit
sangat. Tolonglah maafkan saya. Saya dah tak tahan sangat ni.
En. Suami : Saya dah maafkan awak sayang. Awak sabar la yer.
Istigfar okay.
Aku : Suruhlah doctor operate saya. Saya tak tahan sangat
ni. Rasa macam nak mati sakit.
Time ni aku pasrah sangat. Biarlah aku kena operate
sekalipun asalkan sakit aku hilang dan baby keluar. Nurse ada cadangkan aku amik
epidural. Tapi aku taknak. Berlagak okay, dah sakit tapi taknak amik juga. Aku
takut sebab dengar orang cakap nanti sakit tulang belakang. Nurse cakap, nanti
awak dah masuk umur 40-an pun awak sakit juga kalau tak amik pun. Tapi aku
berkeras taknak ambil epidural.
-Muka menahan sakit. Masa ni kat Labor Room lagi- |
2.30pm
Dari pukul 10 pagi sampai lah ke pukul 2.30 petang, bukaan aku masih 6cm. Sepanjang masa tu juga aku minta di operate sebab tak tahan dengan sakit contractions. Aku merayu dekat doctor supaya operate aku. Tapi doctor cakap nanti dia cakap dengan doctor pakar. So pukul 2.30 petang tu doctor decide untuk operate aku kerana kepala baby dah bengkak sebab berlawan dengan pintu rahim untuk keluar tapi bukaan still tak besar.
3.00pm
Aku telah bersedia di bilik operation. Dah kena injection epidural. Ha, tadi berlagak sangat kan. Sekarang kau rasa la Jue. Setengah orang cakap masa injection epidural ni sakit. Tapi Alhamdulillah aku tak rasa sakit. Sepanjang masa operation tu aku banyak berdoa semoga aku tak bleeding dan baby selamat. Kalau aku bleeding, doctor dah bagitahu kesan-kesan yang akan aku hadapi selepas terima darah lain. So nasib aku baik sebab aku tak bleeding. Doctor yang operate aku masa tu doctor lelaki dan ada 2 orang doctor perempuan sebagai pemerhati kepada doctor-doctor pelatih.
3.33pm
Aku terdengar suara baby menangis dan doctor perempuan yang ada sebelah aku cakap "Tahniah puan, puan dapat anak lelaki, nanti kami bersihkan baby dulu dan letak kat puan ya". Benda pertama yang aku tanya kat doctor tu adalah samada aku bleeding atau tak. Dan Alhamdulillah darah aku tak banyak keluar. Selepas anak aku dibersihkan doctor letak anak aku kat atas badan aku. Time tu aku menangis dan bersyukur sangat anak aku selamat. Hanya Allah yang tau perasaan aku time tu bila anak aku pandang aku. Haa.. tetiba sedih okay.
4.00pm
-Lahirlah seorang khalifah yang aku beri nama Muhammad Umar Hadif- |
Aku dibawa keluar dari bilik operation dan ditempatkan di wad sementara sebab nak pastikan semua bius yang ada dalam badan aku kebah. Maksudnya, bila kaki kita dah boleh digerakkan masa tu baru boleh masuk ke wad biasa.
5.00pm
Aku ditempatkan di wad biasa dan time ni mak dan En. Suami dapat melawat anak aku. Stay la aku selama 3 hari 2 malam. So tamatlah pengalaman aku bersalin.
Setiap orang berbeza pengalaman dan sakit semasa bersalin. Kita tak boleh nak compare dengan sesiapa. Tengoklah rezeki kita time tu kan. Kalau sakit maybe itu cara penghapus dosa-dosa kita. Kalau tak sakit, Allah dah bagi mudah untuk kita. Itu semua pengalaman masing-masing. Harap Allah permudahkan. InsyaAllah. Banyak-banyak kan berdoa dan membaca tentang info semasa mengandung.