Pengalaman Bersalin - Part 1



Heh.. anak dah nak masuk 4 bulan barulah aku nak update pasal saat-saat genting aku nak bersalin. Busy la. Diri sendiri pun tak terurus. Masuk 4 bulan ni dah 3 kali aku demam. Aku ni bukan boleh tak cukup tidur atau rehat. Mulalah badan ni down yang sangat. Biasalah, umur makin meningkat ni (taknak cakap diri dah tua) kena banyak rest, makan yang berkhasiat. Tambah bila dah ada anak kecil. Bila masa nak masak, kemas rumah, urus suami, jaga suami (eh??), jaga anak, berjaga malam lagi. Makin bertambah tanggungjawab mak ni. Tapi takpe, tu semua pahala.. Cuma aku tak pandai nak arrange masa lagi. Anak first la katakan.

Intro pun dah panjang kan.hew..hew..hew.. Ok, mulakan story aku. Aku taknak cerita panjang-panjang. Just yang penting untuk di share. *padahaldahlupa

1/3/2013 Sepatutnya DUE aku 13 March 2013, tapi aku sakit awal 2 minggu dari tarikh tu. Awal bulan 3 aku dah start bleeding. Orang kata aku kembar darah and bila nak bersalin nanti sakit. Memang sakit pun okay. Aku pun terlebih pandai, minum air selusuh awal. Sepatutnya bila dah keluar tanda sakit tu baru minum. Ni diri sihat walafiat, aku minum. So awal la aku sakit. Bila dah start bleeding, aku pun pergi la Hospital Selayang. Dengan bawa beg bagai konon nak beranak la sangat kan. Nurse pun check aku. CTG bagai dengan macam-macam wayar kat perut aku. Dalam 15minit juga la. Lepastu doctor datang check pula. Tengok result CTG untuk tau kekerapan aku contraction, hanya 2 kali dalam 10minit. Dan bermula la doctor check bukaan. (Adoi.. sakit okay.. ). Nasib doctor perempuan, takla jatuh kemaluan I sangat.. hew..hew..hew.. Tapi aku tutup juga la muka. Still takde bukaan. So aku kena balik rumah.

Ambil perhatian, ni bukan perut aku eh. Aku google je. Tak sanggup I nak show my perut kat semorang. Perut I tak chanktek macam perut orang ni.. Kalau I tunjuk pun pasti sangat korang tak mau tengok *hew.hew..hew
Malam tu dalam pukul 11pm, aku gi toilet nak kencing. Ada darah banyak keluar kat toilet bowl. Giler terkejut aku. Nak pergi hospital balik, doctor tu cakap kalau setakat darah jangan datang lagi. Kalau air ketuban pecah baru datang. So esok paginya aku just pergi klinik. Doctor cakap takde apa-apa. So aku cool lagi. Dapat MC 2 hari. Dia suruh aku rest. 

5/3/2013 aku last checkup kat KK Selayang. Aku bagitau nurse tu yang aku bleeding. So dia refer aku pada doctor. Masuk bilik doctor, mati aku kena marah. 

“Kenapa u tak pergi hospital terus. U jangan main-main. Ni anak first u kan. Kalau jadi apa-apa kat u sapa nak bertanggungjawab?”

Hambik kau.. Sebakul aku kena bebel. Padahal aku tak salah apa pun. Dah doctor kat hospital cakap kalo darah tu keluar normal. Kena tunggu air ketuban pecah baru datang hospital balik. Aku kan ikut nasihat. Mana satu aku nak ikut ni. Hospital cakap lain, klinik cakap lain. Pening kepala I tau tak. Last, doctor KK Selayang buat surat suruh aku pergi hospital hari tu juga. Dengan slumber aku boleh lagi pergi makan ikan bakar kat area Stadium Selayang tu. Dalam pukul 2pm baru aku sampai hospital. Macam biasa, daftar, check CTG, kena seluk dengan doctor untuk tau bukaan, last nye kena balik juga.

Malam tu darah keluar lagi, tapi biasa je. Aku pun tidur macam biasa. Tapi perut dah start rasa sakit. Relax dulu. Eh, kita sambung next entry yer. Dah nak lunch ni. Nak siap-siap pergi lunch. Hari ni kan hari Jumaat. Selalunya kami ramai-ramai keluar jenjalan.. Bye..

1 comment:

~CAHAYA~ said...

Xsbr nk tgu sambungn....Huhu

Pink Cherry