29

15 February 2014

Genap umur aku 29 tahun. Hoiiihhh.. Tahun depan dah 30 tahun. Napa lah cepat sangat masa berlalu? Rasa macam tak percaya je. Aku masih anggap umur aku baru 25 tahun. Bila orang tanya mesti tersasul cakap 25. Perasan betul. Tapi takpelah, apa ada pada nombor kan.

Menganjak usia 29 tahun ni, aku jadi lagi cepat touching. Lagi-lagi bab anak. Bila tengok kat news hari-hari ada pasal baby meninggal sebab ibu bapa, pengasuh dan orang jahat. Aku jadi sebak sangat. Aku tau itu dah ketentuan Allah SWT. Walau kita jaga baik macam mana pun, kalau dah sampai ajal, dengan cara apa sekalipun kita tak dapat menolak dan menidakkan nya. Kadang tu, baru baca tajuk aku dah scroll laju-laju sebab taknak baca. Takut nanti aku nangis. Ada sekali tu, aku baca pasal anak orang ni baru berusia 10 bulan meninggal sebab jangkitan paru-paru. Aku nangis sampai tersesak-esak kat depan PC. Orang pun pelik napa.

Umur bertambah, berat pun sama. Dah tak boleh nak turun. Selera pun bertambah. Bila kata nak diet je, mula rasa lapar. Padahal baru lepas lunch tak sampai sejam. Tengok makanan, selera je. En. Suami dah cakap yang perut aku makin buncit. Hahaha... Pastu aku balas la sebab napa aku buncit ni. Terus dia diam. Tapi dalam hati tu touching okay dan dalam diam pasang niat nak kempiskan perut.. Harap aku kuat hadapi godaan.

Harapan aku untuk pertambahan umur ni :

1) Semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga anak aku. Aku tak harapkan suami aku jaga dia macam mana aku jaga. Memanglah suami aku jaga okay, tapi kita kan mak.

2) Permudahkanlah rezeki aku sebab aku nak beli rumah. Aku tak sanggup untuk menyewa lagi. Dahlah mahal. Kalau rumah sendiri berbaloi lah bayar mahal bulan-bulan. Lagipun suami aku kerja sendiri. So pendapatan tak menentu. Kadang kena tipu. Kerja pernat-penat pastu orang tak bayar.

3) Semoga aku bertabah menghadapi hari-hari yang mendatang. 

4) Semoga aku dapat membahagiakan suami, anak, emak dan keluarga aku sebelum aku mati.

5) Semoga aku menjadi Muslimah yang baik. Sekarang ni banyak yang perlu aku perbaiki dalam hidup aku. So aku nak berubah sikit-sikit yang termampu.

Setakat tu, ini je harapan aku. Harap semua menjadi kenyataan. Ameen

Ni birthday present dari officemate aku, Pn Rohana. Dan kek tu aku saje beli untuk celebrate dengan officemate. Just nyanyi









No comments:

Pink Cherry