Umar Lagi


Anak aku dah memang confirm Allergic telur. Masa checkup setahun 10/3/2014 haritu sepatutnya dia kena Injection MMR vaksin. Dalam vaksin tu ada unsur telur. Jadi KK Selayang tak boleh buat and kasi surat refer kat Hospital Selayang. Aku ada gak google pasal vaksin ni. MMR ni untuk tiga jenis penyakit yang berjangkit iaitu Measles (Demam campak), Mumps (beguk) dan Rubella ( rubela). So bagi aku memang wajib kena ambil. Nak tau lebih lanjut tentang MMR Vaccine ni boleh refer kat SINI

Umar injection ni kat peha.

Sebab apa KK tak buat dan suruh refer pada hospital? Sebab lepas injection ni, takut baby akan sesak nafas, tumbuh lebih banyak merah-merah kat badan dan tekanan darah jadi rendah. So kat hospital kan ramai doctor pakar. If berlaku perkara tu, doctor boleh terus bertindak. 

Pengalaman aku pulak kat Hospital government ni. Sebelum injection, nurse ambil berat badan dan tekanan darah Umar. Lepastu pergi bilik doctor dan doctor akan soal siasat aku mengenai Umar dan macamana masa aku bersalinkan dia. Then kena tunggu vaksin dari farmasi untuk dibawa ke bahagian Pediatric dan lepas Umar injection aku memang sangat risau. Nurse suruh aku pantau dalam sejam. Tengok ada tak perubahan macam yang kat atas tu. Lepas sejam, ambil balik tekanan darah, if okay boleh balik. Alhamdulillah Umar okay. So aku sarankan kepada ibu bapa yang mengalami perkara yang sama macam anak aku, jangan risau. Ambil lah vaksin yang telah disarankan oleh kerajaan mengikut waktu/usia mereka. Sebab sekarang ni macam-macam penyakit pelik yang kita dengar. InsyaAllah dengan vaksin ni anak kita akan terlindung dari penyakit bahaya. Wahhh, skema gila aku.. hihi.. Umar lepas injection ni boleh pergi shopping dengan aku kat SOGO.. heheh
 
Umar dan Horse

Ni patung kesayangan Umar. Aku beli binatang ni masa CNY. CNY tahun 2014 ialah tahun kuda. Masa tu ingat nak carikan dia kereta mainan. Lepastu sampai kat rak yang penuh dengan macam-macam jenis binatang kuda ni. En. Suami gatal tunjuk kuda ni kat Umar. Umar dengan reaksi manja dan penuh kasih sayang peluk kuda ni taknak lepas. Bila aku suruh letak balik dia marah. So aku decide beli je lah. Mana tau memang dia suka kan. Hasil dia kat dalam gambar tu okay. Umar sangat sayangkan kuda ni. Asal balik dari rumah pengasuh atau jalan, sampai je rumah memang dia akan peluk dan cium kuda ni. Nama manja kuda ni ialah 'Horse'. Bila aku atau En. Suami peluk horse ni Umar mesti jealous. Nampak tak betapa sayangnya Umar pada mainan dia.. Hihihi.. 

Umar dan pool

Yang ni pula gambar masa weekend 3 minggu lepas. Masa ni kan musim panas sangat. Aku beli pool ni kat Giants. Beli yang murah-murah jer. Asalkan anak aku happy. Lagipun Umar tak boleh mandi kat swimming pool sebab dia ada Eczema. Walaupun tak teruk, tapi aku takut kulit dia gatal-gatal. So mandi kat rumah je lah. Asalkan pool juga kan. Takde chlorine. Kulit Umar pun selamat.. Heheh.. Yang dalam gambar ni sepupu-sepupu Umar belah aku. Kalau belah En. Suami ramai dah sepupu dia.

Separuh dari sepupu Umar belah En. Suami. Yang girl buat peace tu makcik yang bongsu

My SIL and MIL

Sekian..







No comments:

Pink Cherry