Umar Potong Rambut

Weekend haritu kami tak kemana pun. Sebab En. Suami pagi kerja sampai petang. Mak aku pula balik kampung. So duduk rumah je lah. Sementara Umar tidur, aku pun kemas rumah apa yang patut. Nak tidur tapi badan tak letih.

Ni Gambar mula-mula nak gunting. Tak nangis lagi tapi dia pelik napa orang pegang kepala dia.

Petang En. Suami balik, aku ajak dia pergi potong rambut Umar kat kedai gunting rambut. Sebelum ni memang En. Suami yang potong, tapi dah macam kena gigit tikus rambut anak aku. So marilah kita gunting kat kedai yer. Ingat nak slope sikit je sebab asyik botak je rambut Umar. Sian dia. Tak merasa nak ada rambut. Tanya juga kat abang-abang ipar kedai mana yang bagus. Kalau boleh taknak saloon sebab mahal. Nak potong nye sikit je pun. Akhirnya jumpa kedai India ni. Memang laju gila dia buat. Tak kekok langsung potong rambut budak walau Umar dah menjerit-jerit nangis. Macam kena pukul. Meronta-ronta nak bangun. Tu pun En. Suami kena pegang badan Umar. Tak sampai 10 minit settle. Gila cepat.

Riak muka selepas seminit bergelut. Nasib ayah dia pandai handle

India tu cakap, sebelum ni lagi teruk. Dia ada potong rambut budak lelaki ni, siap kena gigit dengan budak tu. Kau bayangkan. Hahha.. Kebanyakkan budak lelaki memang tak suka gunting rambut. Sebab yang aku tau, diorang takut dengar bunyi mesin gunting rambut tu. Macam-macam kan. Dah ada anak ni baru tau betapa seksa nak bawa anak kecil gunting rambut. Dulu aku asyik dengar biras dan kawan-kawan aku bercerita. Sekarang aku dah merasa.

Tadaa.. Dah siap.. Hensem anak mama

Itulah cerita weekend kami. Sekian.. hehehe









No comments:

Pink Cherry