Lalok Sampah

Niat di hati nak sampai office awal dan nak beli nasi lemak kesukaan ku. Apalah nasib hari ini.
Seperti biasa, bila aku rasa nak makan nasi lemak sambal bawang aku akan melalui jalan belakang. Tapi jangan fikir lain okey.. Jalan belakang tu maksudnye jalan alternatif lain bagi aku. Selalunya aku akan lalu kat highway MMR2 depan Batu Caves tu. Tapi sebab aku nak beli nasi lemak kesukaan aku tu (sebab nasi lemak tu je yang boleh buat aku makan sampai licin), aku kena lalu jalan belakang (laluan ke Kampun Laksamana). Lagi 1, kalau aku ikut jalan belakang, masa melintas untuk kekedai tu, kereta tak banyak. Takde la aku takut.

So aku bawa la motor aku seperti biasa. Sampai di Kg. Wira Damai. Ada la satu lori sampah. Hurm.. seperti biasa aku kena tunggu lori tu beri laluan kat aku. Dah la bau dia.. Al-maklumla, lori sampah kan. Tentu semua dah tahu baunye macamana. Kalau aku bawa kereta boleh juga aku tutup tingkap. Takpun memang la tutup tingkap sebab ada aircond kan. Ingat pagi2 dapat la hidu udara segar.. Hurmm...Tapi aku tak salahkan lori tu. Dah tugas dia kutip sampah. Kalau tak habisla rumah aku dan semua orang busuk.

Aku rasa lega kerana berjaya lepasi lori sampah tu. Tak sampai 1KM aku terbau sampah. Haissshh.. Takkan lori sampah lagi. Tapi memang betul lori sampah. Baru aku nak hirup udara pagi. Terpaksa lagi menghidu pencemaran udara di pagi hari. Nak kena potong lagi lori ni. Dahla jalan tu teruk, berlubang2, berselekoh pulak. Sabar okey. Lepas aku berjaya memotong lori tu, aku harap sangat cukupla bau yang tak best ni..

Dan, kesabaran aku diuji lagi. Tak sampai 500m ada lagi 1 lori sampah. Aduhhh.. apa lah nasib aku pagi ni. Nasib aku teringin sangat nak makan nasi lemak tu. Kalau tak, mesti aku serik nak lalu jalan belakang ni lagi.. Seperti biasa, takkan la aku nak tunggu dan hidu je bau sampah tu. Pemotongan kali ketiga.. dan berjaya.

Sampai di kedai nasi lemak tu, aku tapau 3 bungkus nasi lemak. Tapi bukan aku makan 3 bungkus tu yer. Aku saje beli lebih. Belanja kawan2 sekali-sekala.

So aku meneruskan perjalanan ke office dengan niat nak cepat makan nasi lemak tu. Lepas je kawasan Construction sebelah kawasan office aku, sepatutnye aku masuk kanan. Tapi kenapa aku terus je? Kalau terus mesti nak balik rumah. Aku lalok apa ni?? Bagi meng'cover' diri dari guard yang jaga parking tu, aku terus jalan jauh dan pusing kat tempat lain. Buat2 macam pergi tempat lain. HaHaHaha..

Sampai office, engineer tegur. "Sempat kau pergi jalan2" sambil gelak2 kan aku. Alamak, macamne dia boleh perasan pulak aku terlajak.






P/S: Benci betul la... hilang MOOD aku pepagi hari.

No comments:

Pink Cherry