Movie : Pirate of the Caribbean - On Stranger Tides

Pada 20 Mei 2011 bertempat di Selayang Capitol, aku dan encik tunang pergi tengok movie yang bertajuk Pirate of the Caribbean-On Stranger Tides atau lebih dikenali sebagai Pirate of the Caribbean 4. Walaupun movie ini ditayangkan pada 19 Mei 2011 di seluruh negara tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, so aku dan encik tunang memilih keesokkan harinya. Agak lewat jugala aku book tiket tu. Pukul 10.45malam. Nasib jugala tak ambil midnight. Aku memilih Selayang Capitol sebab panggung kat situ tak terlalu ramai orang. biasala, selalunya cerita yang baru keluar mesti sold out. So untuk mengelakkan kan kesesakan orang dan kecewa bila tiket dah habis, aku pergila ke Selayang Capitol.
Bagi aku movie ini amat memuaskan hati aku SEBAB aku amat meminati lakonan Johnny Deep tetapi hanya untuk movie Pirate of the Caribbean je la.. Sebab watak dia yang gila-gila dan macam lalang. Tapi encik tunang tak berapa suka movie ni. Dia cakap masa serangan ikan duyung tu je yang best. Hah, aku tetap suka. Aku bagi 4 bintang okey.

Sinopsis movie ini

Pirate of the Caribbean: On Stranger Tide adalah siri ke-4 dan terakhir selepas siri ke-3 yang ditayangkan pada tahun 2007 iaitu Pirate of the Caribbean : At The World's End. Untuk siri terbaru ini, Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) sekali lagi membawa watak utama dan bergandingan bersama Angelica (Penelope Cruz).

Jack Sparrow tiba di London untuk menyelamatkan rakan baiknya, Joshamee Gibbs dari hukuman gantung. Namun dalam usahanya itu, dia tertangkap dan dipaksa untuk berkhidmat dengan kerajaan British dalam mencari Fountain of Youth, sebuah telaga yang boleh mengembalikan keremajaan seseorang sekiranya minum air dari telaga itu.

Jack Sparrow berjaya melarikan diri dari kerajaan British dan tanpa disengajakan, bertemu kembali dengan kekasih lamanya, Angelica. Tanpa disangka, Angelica yang ditinggalkan Jack Sparrow itu adalah anak kepada lanun paling digeruni iaitu Blackbeard. Jack Sparrow terpaksa berkhidmat dengan Blackbeard untuk menyelamatkan nyawanya. Blackbeard juga dalam misi mencari telaga sakti itu untuk mencapai cita-citanya kembali muda serta menolak ramalan takdir yang kononnya dia bakal menemui ajal di tangan lelaki berkaki satu.

Pada masa yang sama, Kapten Barbossa yang kini berkhidmat dengan kerajaan British mengetuai angkatan tentera British menjejaki Fountain of Youth. Barbossa kini tempang berkaki satu setelah kapalnya dirampas Blackbeard dan dia tercedera. Barbossa juga harus bertindak cepat kerana satu lagi pihak iaitu kerajaan Sepanyol, turut berminat dengan telaga itu.

Maka bermulalah pengembaraan tiga penjuru antara kerajaan British, Sepanyol dan angkatan lanun Blackbeard mencari Fountain of Youth. Tetapi mereka perlu mencari dua cawan perak dan setitis air mata ikan duyung yang masih segar untuk upacara ritual di Fountain of Youth itu.


Kemuncak pertama Movie ini apabila ingin menangkap ikan duyung bagi mendapatkan air mata duyung tersebut. Walaupun dilihat dari luaran yang duyung ini sangat cantik dan seksi tetapi sebenarnya duyung ini sangat ganas dan kejam. Ramai anak kapal terkorban semasa penangkapan duyung. Dapatkah mereka menangkap duyung itu bagi mendapatkan setitis air mata duyung yang sangat sukar? Apakah kesudahan cerita ini?

Marilah beramai-ramai menonton movie ini. Anda lihat dan anda nilai



P/S: Jatuh cinta dengan Jack Sparrow. Jangan encik tunang tahu dahla..

No comments:

Pink Cherry