Isu Semasa : Cabul


Kejadian ni juga terjadi kat aku semalam. Aku tak tau la ada orang lain mengalami sama macam aku. Cuma yang aku harapkan wanita-wanita di luar sana lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

Okey, semalam aku balik lewat sebab, kan aku ada cakap pada entry sebelum ni yang aku sangat-sangat busy buat kerja orang.. Hehehe.. So semalam aku balik dalam pukul 8.00 malam. Selalunya kalau aku balik lewat malam aku akan pakai spek mata sebab aku ni rabun dan silau. Pagi tadi hati ni dah terniat nak ambil spek atas meja. Tapi berat je.. Okey sambung cerita, aku kan pergi dan balik kerja naik motor(bukan minah rempit yer). Dari Sunway Batu Caves aku dah perasan ada orang follow aku dari belakang. Aku laju, dia laju. Aku slow dia pun slow gak. Dalam hati aku, mamat ni nak race ke dengan aku. Aku pun ada gak rasa takut. Dalam hati ada bimbang.. Heheheh..

Masuk je selekoh Taman Industri Bolton (BH Petrol), dia masih ekori aku. Aku mula perlahankan kelajuan motor aku sebab konon nak cari ketenangan (Sebab aku ada krisis dengan En. Tunang). Tetiba lak aku nak lalu jalan yang lagi satu iaitu kawasan kilang(nak ke rumah aku ada 2 laluan, 1 kawasan kilang dan 1 kawasan perumahan). Kawasan tu agak sunyi dan gelap almaklum la dah malam, kilang semua dah tamat beroperasi. Kenapa la dia ni ikut aku lagi. Tiba-tiba dalam kepala aku terfikir pasal kes simbah asid. Apa lagi, aku pun memecut dengan laju. Habis semua bumper aku langgar. Mamat tu still laju dan nak memotong aku. Dalam hati, Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini.

Dengan keadaan yang sangat kelam-kabut tu, aku cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Aku pun memperlahankan motor. Tiba-tiba dia sempat meraba t**** aku dengan keadaan yang laju. Memang sangat terkejut dan dengan tiba-tiba aku jadi berani. Aku menekan horn motor sepanjang perjalanan sambil mengejar dia. Dengan harapan aku dapat menyepak motor dia dan dia akan jatuh. Tapi dia terlepas disebabkan ada kereta didepan aku. So aku tak dapat nak menyelit. Dia terlepas, dahla aku tak sempat nak tengok nombor plat motor dia disebabkan kerabunan aku. Takpe, maybe hari ini dia selamat. Aku berdoa semoga Allah S.W.T membalas perbuatan dia dengan setimpal dan berharap wanita lain tak kena macamana aku kena.

Semasa kejadian, orang sekeliling ramai memerhatikan aku tapi tak bertindak apa-apapun. Kesian kan rakyat Malaysia ni. Aku tak faham dengan mentaliti rakyat Malaysia. Bila time accident, jalan jemm tapi takde seorang pun yang menolong. Hanya menyesakkan lalu-lintas. Sifat ingin 'Tahu' rakyat Malaysia sangat tebal..

Tapi aku sangat bersyukur kerana aku tidak diapa-apakan dengan teruk.. Harap lepas ini aku akan lebih berhati-hati.


P/S : Ya Allah, Kau selamatkan lah hambaMu ini dari segala kecelakaan, kemalangan dan perbuatan khianat. Amin.

No comments:

Pink Cherry