Raya..Raya.2011.MERDEKA

Kat sini aku nak mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Aku nak minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa,bosan dan apa-apa perasaan yang kurang menyenangkan sepanjang korang membaca blog ini. Tahun ni juga kita beraya dan menyambut Kemerdekaan yang ke-54 tahun. Harap negara kita aman dan makmur selamanya.

Tahun ni macam biasa, aku akan beraya di Melaka(Kampung belah emak aku). Dan macam biasa juga En. Tunang yang akan menghantar aku dan family balik ke kampung. Sebab jarak antara kampung aku dengan En. Tunang dalam 30minit je. So kalau aku kahwin nanti takla berebut nak beraya mana kan..


-ngeee... aku dpt duit raya tau walaupun dah kerja-

Raya di Melaka memang sangat seronok. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, Family aku, dan pakcik makcik akan berkumpul untuk bersalam-salaman. Selepas itu kami akan berkonvoi beramai-ramai untuk beraya di rumah sedara-mara jauh mahupun dekat. Tapi sekitar Melaka je la. Banyak benda nak cerita tapi aku betul-betul busy. Nak upload gambar raya pun tak sempat sebab aku sangat-sangat busy buat kerja yang sepatutnya bukan bahagian aku. Tetapi memandangkan orang yang meminta tolong tu sangat memerlukan bantuan aku, aku dengan rela hati menolong.. hehehe... harap-harap dia menghargai pertolongan aku yang tak seberapa ni. So bila aku tak busy lagi, aku akan upload gambar sepanjang aku beraya ok..




P/S : Apa-apapun aku sangat bersyukur sebab aku dapat merasa berpuasa dan beraya lagi tahun ini. Harap tahun depan pun sama. Insya'Allah

No comments:

Pink Cherry