CANTIK ke??

Orang akan menilai setiap individu melalui pandangan pertama (first impression) mereka. Bagi mereka apa yang mereka nampak, itulah peribadi individu tersebut. Bagi aku pula, first impression tu adalah HIPOKRIT semata-mata. Contohnya la kan, kita nak pergi interview. Kita nak company tu terima kita bekerja di situ. So mestilah nak pakai kemas-kemas walaupun pada hakikatnya kita bukan macam tu. Nak kena bangun pagi sebab kena sampai awal, kalau boleh sebelum office tu buka kita dah terpacak depan pintu office tu. Padahal kalau kita tak kerja, jangan kata pagi, tengahari pun belum tentu mata ni nak dibuka melihat dunia. Kita buat tu semua sebab kita nak company tu memikirkan kita seorang yang sangat disiplin.

Okey, aku bukan nak cerita pasal tips nak pergi interview kat sini yer. Macamni lah, baru-baru ini(takla baru sangat sebab dah banyak kali aku nak tulis kat blog ni tapi tak berkesempatan) aku adalah berborak dengan dua individu berbeza umur tetapi sama jantina. Iaitu Wanita. Tanggapan mereka berdua ni sama jer walaupun berbeza umur.

Situasi Pertama

Wanita A
: Saya rasa Minah tak sesuai la dengan Abu tu. Dahla tak handsome

Aku : Kenapa rasa Minah tak sesuai dengan Abu tu?

Wanita A: Sebab Minah cantik.

Hello awak, sebabkan dia CANTIK je ker dia tak sesuai nak di jodohkan dengan si Abu tu? Ada je orang cantik berkahwin dengan orang tak handsome. Contohnya si Heidi Klum tu. Dia punyalah cantik Peragawati/Model lagitu. Tapi suami dia, Negro okey. Si hitam legam tu gak dia pilih buat jadi laki. Lagi siapa, ha.. si Zizie izzate tu pun. Cantik juga la kan. Kahwin gak dengan si Bung Mokhtar yang macam kura-kura tu. Leher takde. Muka penyet.Dah jodoh katanya si Zizie tu. So tak kira la kau cantik macam mana sekalipun. (kalau boleh si CANTIK, elakkan la suami orang yer)

Situasi Kedua

Wanita B : Bedah tu baiklah

Aku : Kenapa lak rasa Bedah tu baik?

Wanita B : Sebab dia cantik. Dahla putih, mata color hijau katak pisang, pakai tudung.

Uwekk. Apa??? Disebabkan dia CANTIK je awak kata dia baik. Ayo ama, apa. Lu duduk di kurun abad keberapa ni sayang? Habis yang hitam legam, mata warna hitam legam gak dan tak pakai tudung ni jahat la yer? Mentang-mentang la si hitam tu buruk. So perangai pun buruk ke?


Situasi Ketiga

Encik A : Boleh tak saya mengorat si Jamilah tu

Wanita A : Tak boleh la encik, encik dah kahwin, ada anak, wife encik vogue apa.

Encik A : Ala, lelaki kan boleh kahwin sampai 4. Lagipun saya nak buat dia jadi GF saya je. Takkan tak boleh?

Wanita A : Eee.. tak boleh..tak boleh..

Encik A tergelak lalu pergi ke tempat duduk dia....

Aku : kenapa Encik A tak boleh mengorat Jamilah?

Wanita A : Sebab Jamilah CANTIK. Tak sesuai. Lagipun Encik A dah kahwin.

Sayang, I tengok kat luar sana ramai je wanita-wanita CANTIK ni kebas suami orang. Perempuan zaman sekarang ni nak hidup mewah. Mereka gunakan kecantikan untuk memikat lelaki kaya. Kebanyakan lelaki kaya ni adalah SUAMI orang. Jangan jadikan alasan “ Dah Jodoh”. Kau boleh je elakkan dari berkawan dengan suami orang. Memang la suami orang ni sangat “caring” orang nya. Understanding. Cer belum dapat kau lagi, tambah anak dara CANTIK, cer kalau dah dapat?? Bini dia dulu yang cantik dan vogue yang sangat dicintai pun sekarang dia cari perempuan lain.

Letih aku melayan korang yang sangat naif ni. Jangan jadikan kecantikan seseorang untuk menutup keburukan mereka. Kalau setakat cantik kat luar tapi kat dalam buruk buat apa. Ada penyakit M bagi aku pun dah cukup cacat untuk si cantik ni.


P/S : Don’t judge the book by the cover

No comments:

Pink Cherry