Not ready yet.......

Hurrrmmm...
Hari minggu haritu aku ada selisih faham sikit dengan En. Tunang.
Maybe aku yang tak mahu memahami kerjaya dia yang sangat sibuk
Yang memerlukan lebih masa ditempat kerja.
Dan aku sangat memerlukan dia setiap masa
Atas alasan aku sunyi.
Bukan dia tak bagi aku keluar dengan kawan-kawan
Tapi aku sendiri yang hanya suka keluar dengan dia
Padahal Giant yang 1km dari rumah tu pun aku tunggu dia..hehehehe
Aku sangat bergantung dengan dia kot.

Sebab kerja sebelum ni dia banyak masa bersama aku
Nak kemana-mana aku mesti kena tunggu dia
En. Tunang ni sangat cemburu
So aku susah sikit nak keluar tanpa dia
Dia yang manjakan aku
So sekarang bila dia dah busy.. Siapa yang salah yer??

Okey, En. Tunang cuba cari jalan penyelesaian
Hurmmm...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia ajak aku nikah awal dari tarikh yang sepatutnya kami bincang
Aku tak bersedia lagi sekarang
Banyak benda nak prepare.
Sebab aku perempuan. Kenduri sebelah aku emak aku yang sediakan
Arrggghhh... tension aku....

P/S: Aku dah bersedia untuk jadi seorang isteri, tapi bila memikirkan kenduri tu aku macam tension sikit. Apa-apa pun biar dia la bincang dengan family dia dan family aku.

2 comments:

Cik Bambam said...

org nak bina masjid nie.. insyaAllah dipermudahkan juju.. :P jgn lar bergantung sgt.. susah sok lusa.. cer bawa kwn2 ko hangout ker.. :P

-budakmusyuk- said...

hurmm.. tu la bam.. dulu dia manjakan aku sgt. skang aku sendiri yg susah.. apa kata ko bawa aku gi jenjalan.. heheh...

Pink Cherry