Cacing dalam perut

Tadi berborak dengan officemate tentang cacing pada haiwan bulus (kucing) masing-masing. Entah macam mana termasuk cerita pasal cacing dalam perut manusia. Jangan ingat masa kecil je kita ada cacing okey. Manusia dewasa juga mengalami kecacingan dalam perut. Last aku makan ubat cacing awal tahun lepas (2010). Doctor cakap kalau orang dewasa kena makan ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ubat cacing sekarang dah tak macam dulu masa kecil-kecil. Makan dan masa berak keluar sekali cacing dengan najis kita. Ubat cacing sekarang dia hancurkan cacing dan masa najis keluar takde lah nampak cacing sebijik.. Cacing juga ada beberapa jenis seperti cacing jarum, cacing gelang, cacing pita. Ini ada info sihat tentang kecacingan dalam perut.

Cacing dan Jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.

Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasisdan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi Jangkitan

Cacing Gelang

Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan

Cacing cemeti

Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan prolaps rectum atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu

Cacing kerawit

Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Simptom Jangkitan Cacing

* Kurang selera makan

* Tumbesaran terganggu

* Kerap muntah

* Sakit perut

* Kerap cirit-birit

* Pucat

* Gatal pada dubur

P/S : Balik ni nak pergi klinik panel ambil ubat cacing la.. huhuhuh




No comments:

Pink Cherry