Dengan penuh keyakinan dan suara yang kuat Pn. A bercerita pada Pn. B
Pn. A : Hari Isnin tu saya pergi Imigresen nak buat passport anak saya, dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam saya tunggu. Itu pun tak siap lagi. Pastu esoknya saya kena pergi ambil pula.
Pn. B: Biar betul?
Pn. A : Betul... Ramai sungguh orang kat sana
Hari ini aku, my mum, adik aku dan kawan- kawan office pergi membuat group passport untuk adik aku dan juga kawan-kawan office yang masih tiada passport lagi. Kami bercadang untuk berkumpul di office dalam pukul 7.30 pagi. Tapi biasalah, janji manusia kan. So dalam pukul 7.45 pagi bertolak dari office. Jalan pula jamm. Kami sampai di Imigresen Sri Hartamas nak dekat pukul 9.00 pagi. Seramai 18 orang dalam group passport tu. Disebabkan campur ada yang anak-anak masih bawah 18tahun, so urusan tu lambat sikitlah. Tapi dalam pukul 10.30 pagi, urusan kami selesai.
Can you imagine what i mean??? Itulah dia, macam nak percaya tapi bila kita sendiri yang melaluinya tak seteruk itu.
4 comments:
eh saya..pun 7am-7pm.hemmm
kan!
kan!
dialog di atas tu saya sendiri yg create okey.. xtau la mcmne cara dia ckp dgn Pn. B.. heheh
...sukahatisyje...
bukan kita pergi bersama2 ker tadi??
Post a Comment