Tak sabar....

Hurmm..

Aku suka kerja di company ni sebab tiap-tiap tahun company mengadakan trip.. Tak kira kat mana pun.. So selama 4 tahun aku di sini, merasa la aku pergi negara orang, naik flight dan cuaca yang sejuk..

Aku mula-mula masuk company ni pada tahun 2008 dan aku dapat ke Bandung Indonesia. Pada tahun 2009 company tak berapa nak banyak duit dan kami tetap dapat pergi melancong ke Langkawi.. Dan tahun 2010 rezeki company bertambah dan yang mendapat untung adalah staff, kami melancong jauh sikit iaitu ke Beijing China..

Pada tahun ini 2011, banyak juga quotation yang kami suggest pada BOSNITA. Sabah la, Krabi la, Vietnam la (nasib tak pergi sini, si RUBY pun pergi sini..hahahah) dan banyak lagi. Akhirnya BOSNITA memilih Singapore sebagai destinasi seterusnya.

Memula tu agak memberontak juga sebab korang tahu la duit sana kan mahal kalau di convert dengan duit kita.. Mau koyak rabak poket i nanti. Dan sedia maklum, i kan nak KAHWIN dengan En. Tunang. Boleh lak i nak pergi melancong bagai. Tapi kan u, kalau i tak pergi. RUGI sangat okey. Dahla company sponsored semua benda. Makan, kenderaan, hotel, masuk USS, Night Safari dan macam- macam lagi. Tinggal nak kena bawa baju dan duit untuk shopping sendiri jer. Takkan shopping pun nak company sponsored. Kalau macamtu i kena jadi second wife BIG BOSS la.. Eh... lariii..hehehe.. I gurau je okey.. Mana i nak campak En. Tunang kesayangan tu??..

Lagi seminggu je nak pergi sana. Sangat teruja okey.. Lelebih FREE kan..hahahah.. Dan sekarang tengah menjengah memana blog yang berkaitan Singapore.. Blog INI best juga.. Itu la yang membuatkan keterujaan yang melampau sekarang ni


P/S : Thanks to BIG BOSS sebab bawa kami berjalan-jalan. Mungkin ini cara bosses Entertain staff.. Kami happy sangat.. Walau gaji naik sikit, ini kira okey la dari takde apa..

4 comments:

Cik Bambam said...

syoknya wehhh!! comp aku.. pergi PD pon dorang xnk bawa!huhuhu

afendi ariff said...

bosnita?ayat sapa tu ye?
hehhhhh......

p/s: aku tak panggil big boss....aku panggil boski...heh!

...sukahatisyje... said...

rasa nak nyampuk:sy panggil lady bos tau..dia baik dh skrg...(teringat singa betina ms kat USS kan jue)

-budakmusyuk- said...

afendi ariff
Rasanye mcm ayat en fendi je.. heheh..

...sukahatisyje...
hahaha.. betul kak tie.. tp muka singa tu cam marah je.. eh?..

Pink Cherry