...Cerita episod lagi...


Lepas habis Drama Tentang Dhia kat TV3, sambung lak drama Gemersik Kalbu. Baru aku teringat yang cerita ni di adaptasi dari novel Gemersik Kalbu penulisnya Anis Ayuni. Seingat aku, aku dah baca novel ni masa aku study dulu. Orang duk sebok study buku tebal-tebal (mahal), aku lak duk berjiwang baca novel. Dan disebabkan aku tengok drama ni, so aku pun baca novel ni buat kali ke_2 untuk refresh balik apa yang aku dah baca.

Ni sinopsis Novel Gemersik Kalbu yang aku ambil dari belakang novel tu:

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.


Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Dimanakah titik pertemuan mereka?

Novel ni sangat sedih dan buat aku nangis juga. Macam baca novel Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Part yang sedih tu masa lepas Cikgu Wan (tunang Raihana) meninggal dan Rihana terpaksa melalui hidup dia tanpa insan yang dia amat sayang. Bayangkan dia dah merancang nak kahwin dan duduk rumah idaman mereka. Waaa... touching okey..

Okeyla, aku nak continue baca novel ni. Malam kang nak tengok drama dia pulak. Korang pun tengokla sekali okey.. bye..

No comments:

Pink Cherry