Haritu aku ada buat DIY pasal Bunga Crepe kan.
Tapi cara tu macam susah sikit.
So harini aku nak ajar cara mudah kat kamu orang.
1) Bahan-bahan sama macam yang haritu, cuma tambahan dia penutup botol pewangi
2) Mula-mula buat bentuk bulatan. Ikutlah, kalau korang nak bunga tu besar, besar lah bulatannya
3) Gunting bulatan tu, susun berapa keping yang korang nak. Macam aku, aku ambil 7 keping je. Lepastu stapler.
4) Kemudian korang renyukkan satu-satu(sekeping), sampai habis. Dan kemudian kembangkan setiap keping hingga yang akhir
5) Dan... Tada
Okey, tajuk entry aku pasal Pomander Ball kan? Tapi aku melalut pasal Bunga Crepe pula.
Nanti dulu, sebenarnya dengan Bunga Crepe ni, macam-macam korang boleh buat.
Antaranya Bunga Telur, Bunga Rozek dan juga Pomander Ball ni. Kalau korang nak beli mahal juga tau.. Dalam RM20.00++ juga
Tapi aku buat sendiri modal cuma dalam RM10.00 jer
1) Selepas siap Bunga Crepe ni korang sediakan barang-barang ni pula
- gabus bulat
- jarum peniti/glue gun
- riben
2) Susun dan gam bunga ikut creativity masing-masing
3) Lekatkan riben pada gabus bulat ni. Ia sebagai pemegang Pomander ball tu nanti. Dan siap..
bunga crepe kat pomander ball ni color lain tau. Sebab lupa nak amik gambar masa buat bunga crepe color ni..hihihi
P/S : Lepasni aku nak tunjuk DIY bunga rozek pula yer..
1 comment:
cantek!!!!
Post a Comment