Ikutkan memang aku nak upah indon yang sewa sebelah rumah aku tu cat. Tapi mak aku cakap, dari kasi orang duit, baik kasi adik aku duit. Actually, adik aku yang second ni memang seorang yang sangat creative. Bab kemahiran, semua dia pandai. Elektrik, paip, motor, cat dan sebagainya serah kat dia. Tapi kalo time kita suruh tu dia malas, tak jadi juga kan.
Disebabkan aku mengemas bilik yang banyak habuk tu (nasib incik dan cik lipas takde), masuk malam tadi je dah 4 malam aku semput. Dan pagi ni, aku dah tak tahan sebab tak dapat tidur lena. Aku pi klinik amik oksigen.
Dan juga, sampai sekarang (masa aku tulis blog ni), badan, kaki dan tangan aku menggigil. Sebenarnya, itu memang effect selepas kita amik oksigen. Antara larat dan tak je la menanggungnya.
P/S: Mesti korang bosan kan sebab aku asyik cerita pasal persediaan aku nak kahwin je. Dah itu je yang aku akan buat 2-3 bulan ni. Nak buek camno laie.. layan kan yo..
1 comment:
sama lar ngan aku..semput sbb alergik habuk..huhuhuhu
Post a Comment