Harapan Ogos

Entry Blog untuk permulaan bulan ini memang agak sedih sebab aku kehilangan insan yang aku kenali. Aku redha dengan pemergian dia dan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Semoga Roh dia tenang di sana.

Ok, aku nak bercerita tentang bulan Ogos 2011 ini adalah Bulan Ramadhan 1432 Hijrah. Maknanya semua umat Islam di dunia akan berpuasa pada bulan ini. Aku jalani bulan puasa ini dengan permulaan yang agak sedih. Aku berharap hari yang seterusnya akan lebih bahagia dan bukan Ramadhan yang terakhir bagiku.

Pada 1 Ogos 2011 juga genap 3 bulan aku bergelar tunangan orang. Macam pasangan tunang yang lain. Gaduh, baik dah jadi asam garam hubungan kami. Harap-harap hubungan kami bahagia hingga ke akhir hayat. Amin..

Pada 19 Ogos 2011 pula hari lahir Encik Tunang. Genap lah umur dia 26tahun. Aku tak tahu hadiah apa yang aku nak bagi kat dia. Sebab dah lama sangat kan hubungan kami. Takpe lah, nanti aku fikir. Aku doakan semoga Encik Tunang bahagia bersama-sama aku dan family dia. Moga murah rezeki (cepatlah aku kahwin..huhu) dan hidup diberkati Allah SWT. Amin.

Hujung bulan Ogos 2011 pula iaitu 30&31 Ogos, bagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seronoknya. Baju dan kuih Raya dah tempah. Tinggal nak ambil dan bayar saje. Cuti pula seminggu. Tak sabar aku nak beraya di kampung. Makan lemang, ketupat, rendang,dan macam-macam juadah hari raya. Harap-harap Raya tahun ini memberi kebahagiaan pada aku sekeluarga.


Pada 31 Ogos 2011 itu juga rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun. Merdeka.. Merdeka..Merdeka..Semoga negaraku ini aman dan damai. Tiada peperangan,perpecahan kaum, politik yang kotor dan sebagainya.

- T A M A T -

P/S : Itulah harapan aku untuk bulan Ogos 2011 ini. Moga harapan ini menjadi kenyataan

"Always do what you want, and say what you feel, because those who mind don't matter, and those who matter don't mind"

No comments:

Pink Cherry