Semalam 1 Ramadhan 1432 bersamaan dengan 1 Ogos 2011, aku menyaksikan sebuah kematian yang amat tragik. Orang yang amat rapat juga lah dengan family aku. Iaitu adik kepada adik ipar aku. Dia meninggal dalam satu kebakaran. Dia masih muda. Baru 14 tahun. Perempuan. Mayat dia rentung dan hanya tinggal tulang. Ya Allah….Tapi dah itu takdir yang Allah SWT telah tetapkan di Loh Mahfuz. Kematian nya yang kita tak dapat jangka.
Baru je aku jumpa dia minggu lepas. Bergurau seperti biasa. Cuma dia agak diam sikit masa tu tapi aku tak fikir apa-apa pun. Takde apa-apa yang pelik. Dalam masa yang sama aku cuma rasa agak sayu dan sebak melihat dia. Aku tak tahu kenapa. Bagi aku dia baik, rajin dan berdikari walau bahasa dia sedikit agak kasar. Selalunya orang yang kasar ni baik kan. Itu pandangan aku lah. Kalau nak bandingkan dia dengan adik ipar aku sangat berbeza. Bila dia di rumah aku, dia rajin tolong emak aku. Pandai bawa diri bila duduk di rumah orang. Aku suka orang macam itu. Sedar diri dimana dia berada. Walaupun dia muda, dia pandai berdikari. Mungkin disebabkan masalah family dia jadi macamtu. Aku selalu puji dia rajin depan mak dan adik ipar aku.
Tiba-tiba aku jadi rindukan dia. Lepas ini aku tak akan dapat jumpa dia lagi. Aku doakan dia tenang di Sana. Semoga Tuhan ampunkan dosa-dosa dia dan tempatkan dia dikalangan orang yang beriman. Walaupun aku agak sebak semasa menulis blog ini.
"Dekna, Along minta maaf seandainya perkenalan kita along ada menyakiti hati Dekna. Along halalkan segalanya selama Dekna duduk di rumah emak. Along ampunkan segala dosa Dekna pada family Along. Yang pasti Along sayang Dekna dan akan kenang Dekna selalu. Pergilah kau dik. Semoga kau tenang disana. Al-Fatihah kepada Werfa Suhana"
P/S : Semoga aku dapat beramal kepadaNya sebelum aku pergi menghadap Nya.. Amin
"biarpun kematian yang memisahkan kita, kenangan kau tetap terpahat di ingatanku, semoga kau tenang di sana sayang"
No comments:
Post a Comment