Masuk hari ini dah 3 hari aku tak boleh tidur dengan lena. Aku masih terbayang-bayangkan arwah Dekna. Tak baik aku wat macamtu. Tapi aku tetap mendoakan dia setiap kali aku solat semoga dia tenang dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.Sebenarnya aku memang macamni. Kalau aku pergi ke rumah sesiapa yang meninggal, aku pasti susah nak tidur dalam masa seminggu juga lah. Aku ni lemah semangat sikit.
Tadi aku berjumpa dengan officemate aku dan bertanya tentang kemusykilan yang aku alami.
Aku : Saya nak tanya ni
En. Ujg: apa dia. Cakaplah
Aku : En. Ujg tahu kan pasal.....
En. Ujg: Yang meninggal terbakar tu ke?
Aku : yer, saya tak boleh tidur lah. Asyik fikirkan benda yang bukan-bukan.
En. Ujg : Saya ada terbaca tentang Mati Syahid ini macam perempuan mengandung, mati lemas, mati terbakar atau mati secara mengejut ni. Ini tergolong dalam golongan Syahid kecil. Lagipun dia meninggal hari Isnin, macam Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin. That good kan. Bulan ramadhan lagi. Ju janganlah risau ok.
Aku : (Dalam hati ada sedikit lega). Thanks En. Ujg
Aku nak lebih kepastian, so aku search kat google pasal Mati Syahid. Dan ini yang aku dapat dalam forum
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=515690.html
_____________________________________________________
S : terima kasih untuk penerangan syahid..ada2 jenis ya.
J : Saya tidak ingat siapa tokoh yang membahagikannya kepada Syahid al-Kubra (Syahid Besar) dan Syahid al-Sughra (Syahid Kecil), namun pembahagian bertujuan membahagikan tahap dan tingkatan para syuhada' ini di Hari Akhirat kelak.
Sekalipun semua syuhada' mendapat pahala yang banyak dan kedudukan istimewa di Hari Akhirat, mereka yang gugur syahid di medan perang berada di tingkatan yang lebih tinggi berbanding mereka yang gugur syahid kerana wabak penyakit.
Sebagai info tambahan, jika dirujuk kepada syarahan al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari, para syuhada' dapat dibahagikan kepada tiga kategori:
[1] Syahid dunia dan akhirat.
Ini merujuk kepada mereka yang berjuang secara ikhlas menegakkan kalimah Allah sehingga gugur syahid di medan perang.
Di dunia jenazah para syuhada' ini tidak dimandikan, tidak dikafankan dan dikebumikan di medan perang, tempat mereka gugur syahid. Di akhirat pula mereka mendapat ganjaran istimewa sebagai seorang syuhada'.
[2] Syahid akhirat.
Ini merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan yang dahsyat. Ibn Hajar menyatakan jika dihimpun semua hadis dalam bab ini, ada 20 lebih kematian yang masuk dalam kategori ini. Antaranya mati kerana wabak penyakit, mati terbakar, mati dihempap runtuhan, mati ketika bersalin, mati ketika hamil, mati kerana sakit paru-paru, kerana sakit perut dan macam-macam lagi.
Di dunia jenazah mereka diuruskan seperti biasa (mandi, kafan dan dikebumikan di kawasan perkuburan Islam) manakala di akhirat mereka mendapat ganjaran istimewa sebagai seorang syuhada'.
[3] Syahid dunia.
Ini merujuk kepada mereka yang berjuang secara tidak ikhlas sehingga gugur di medan perang.
Memandangkan kita tidak mengetahui niat mereka, kita tetap menguruskan jenazah seperti para syuhada' yang lain = tidak dimandikan, tidak dikafankan dan dikebumikan di medan perang, tempat mereka gugur syahid. Namun di akhirat kelak mereka akan diazab oleh Allah yang Mengetahui niat mereka yang tidak ikhlas ketika berjuang.
Lebih lanjut rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Jihad, Bab mati syahid ada tujuh selain terbunuh. Syarah kepada hadis no: 2829-2830.

S : Capt Hafizf, ada tak perbezaan syahid al-kubra dan syahid al-sughra. maksud ana lebih spesifik bila di akhirat?
J :Mereka yang syahid sama ada Syahid al-Kubra atau Syahid al-Sughra mendapat kedudukan yang istimewa sebagai para syuhada' di hari akhirat kelak.
Sebagai contoh, salah satu kategori orang yang masuk dalam Syahid al-Sughra ialah mereka yang mati kerana wabak taun. Di akhirat kelak mereka yang mati kerana wabak taun ini berada bersama mereka yang mati kerana gugur di medan perang.
Ini berdasarkan sebuah hadis daripada 'Irbadh bin Sariyah, Rasulullah SAW bersabda:
(Pada hari akhirat kelak) para syuhada' (yang gugur di medan perang) dan orang-orang yang mati di atas tempat tidur mengadu kepada Tuhan kita Azza wa Jalla berkenaan orang-orang yang mati kerana wabak taun.
Para syuhada' berkata: "Mereka adalah saudara-saudara kami yang terbunuh seperti kami".
Sedangkan orang-orang yang mati di atas tempat tidur berkata: "Mereka adalah saudara-saudara kami yang meninggal di atas katil seperti kami yang meninggal di atas katil".
Maka Allah Azza wa Jalla berfirman: "Lihatlah kepada luka-luka mereka, jika mirip dengan luka orang-orang yang terbunuh di medan perang bererti mereka adalah dari kalangan para syuhada' dan bersama para syuhada'."
Setelah dilihat ternyata ia mirip dengan luka para syuhada' di medan perang.
[Musnad Ahmad 28/391, #17159. Dinilai hasan lighairihi oleh Syu'aib al-Arnauth dan rakan-rakan]
Namun sebagai para syuhada', tingkatan mereka berbeza-beza sebagaimana yang diterangkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari.
P/S : Doakan yang terbaik untuk dia...

"We are afraid to live, but scared to die"
No comments:
Post a Comment