Orang Melayu

Aku pernah baca satu blog ini yang mengupas tentang Tolong Orang Melayu. Kat sini bukan aku nak condemn orang Melayu, cuma aku rasa tak puas hati dengan situasi yang dah beberapa kali aku terkena.


Situasi 1

Baru-baru ini dalam juga berlaku. Aku dah hantar baju untuk dijahit sempena Hari Raya nanti pada bulan June. Aku dah berjanji dengan Mak Cik tukang jahit ni yang aku nak ambil pada 18/8/2011. So semalam aku call dia. Boleh dia cakap tak siap lagi. Padahal aku hantar untuk jahit baju je. Bukan sepasang dengan kain. Sedangkan dress yang aku hantar bulan May tu pun dia tak siap alter lagi. Alasan aku nak hantar kat dia sebab dia MELAYU. Aku nak tolong dia. Jahitan dia tak lah sehebat Aunty Ah Foong pun. Harga lagi mahal dari Cina tu. OMG!

Situasi 2

Kenapa emak aku tak nak beli barang kat kedai Pak Ya tu. Sedangkan kita tahu dia MELAYU. Alasan emak aku senang je. Kedai Pak Ya tu mahal. Boleh pergi Haji balik hari agaknye. Kedai Cina tu dengan barang yang sama, kita boleh beli dua barang tu cuma tambah sedikit duit je. SEE!


Cukup setakat ni aku mengata okey. Ada banyak lagi sebenarnya. Cuma aku malas nak mengata kaum sebangsa aku sendiri.

P/S: Situasi satu tu, lepas ni jangan harap aku nak hantar kat kau baju Nikah aku tu. Baik aku cari kedai orang yang betul-betul nak berniaga.

"Hating people is like burning down your own house to get rid of a rat"

No comments:

Pink Cherry