Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku









Weekend Kami

Lama dah tak update. Bulan ni je macam-macam masalah yang menimpa aku. Alhamdulillah semuanya dah settle. Aku harap aku boleh bertabah dan sabar menghadapi ujian ini. So akan datang ianya akan menjadi teladan dan peringatan kat aku supaya tak berlaku lagi. Allah menguji mengikut kemampuan kita. Mungkin sebelum ni aku jauh dari Nya. Dengan ujian ini membuatkan aku dekat dengan Nya. Moga lepas ni aku tak terlupa lagi. Apa yang jadi ada hikmah disebaliknya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Biarlah ianya tersimpan di ingatan aku selamanya. Tak manis untuk aku bercerita. Cukuplah sekadar orang tau ianya melibatkan keluarga. Dan harapan aku agar kami bahagia selepas ni. Amin.

Skema sekejap kan. Haha... Now aku dah okay sikit. Sebelum ni aku murung and tak selera makan. Tapi best juga tak ada selera makan. Sebab perut aku dah kempis sikit dan berat badan aku dah turun. Kalau tak perut aku je dah macam orang ngandung 3 bulan.

So berbalik pada cerita weekend, aku ajak En. Suami pergi Tasik Titiwangsa. Saje nak bawa Umar jalan-jalan. Kesian dia asyik duduk rumah je. Tapi En. Suami tak nak sebab dia nak tengok Piala Thomas pukul 5.30pm. Aku paksa juga. Aku cakap kejap pun takpe. So keluar dari rumah pukul 4.00pm dan sampai sana dalam 4.30pm. Round tasik bawa Umar naik Tricycle dia. Tetiba nampak orang naik kereta kuda. Selama ni Umar tengok kuda dalam buku and TV je. Sekarang tengok live. Dia teruja sangat. So aku ajak En. Suami naik kereta kuda bawa Umar. Carilah mana tempat kereta kuda ni. Penat pusing akhirnya jumpa juga.

Signboard Rekreasi Berkuda. Siap ada harga dan masa beroperasi.

Kat tempat Rekreasi Berkuda ni, ada banyak kuda dalam kandang. So pengunjung boleh lah melihat dan bergambar dengan kuda-kuda tu. Umar mula-mula takut nak pegang kuda. Lepas dah sekali aku suakan juga tangan dia sentuh kuda tu, dah dia nak pegang kuda tu lagi. Dah puas bergambar dengan kuda, aku pergi kuanter bayaran untuk naik kereta kuda. Umar tak boleh naik kuda lagi sebab umur dia. Pegang pun tak kuat lagi, mau jatuh anak aku nanti. So marilah kita naik kereta kuda yer Umar.

Gambar kami bersama kuda.. Heheheh

Aku naik dengan Umar je sebab En. Suami jaga barang. Takut hilang pulak tricycle Umar tu nanti. Dahla ramai orang. Aku dengan Umar je naik, so takleh nak amik gambar sebab aku kena pegang Umar kuat-kuat. Duduk depan sebelah pemandu kuda okay. Yang belakang aku semua anak dara. Disebabkan dorang anak dara, lepaslah aku naik 2 pusingan. FREE. Rezeki katakan.. Hehehe..

Jom balik. Gigih ayah menolak anak.

Lepas habis naik kereta kuda, kami bergegas balik sebab dah janji dengan En. Suami. Dia nak tengok Piala Thomas. Kejap pun kejaplah.. Asal anak aku dapat berjalan. Itu jer cerita weekend kami. Sekian..








Pink Cherry