37 minggu


Lagi dekat nak bersalin, lagi banyak post aku pasal waktu-waktu aku menunggu kelahiran. Takut gak tapi aku tawakal je pada Dia yang menentukan segalaNya. Sakit bersalin setiap orang tak sama. Ada yang cakap sakit sangat, ada yang cakap tak sakit. Redha je la.. Sekejap je dah 37 minggu. Kalau diikut kiraan 37 minggu bersamaan 9 bulan 7 hari kan? Ikut due date lambat lagi. 13 Mac 2013. So tunggu je la. Tapi aku selalu cakap dengan anak aku, kalau nak keluar, biarlah ayahnya ada bersama. Senang, takdelah aku menyusahkan semua orang. Lagi-lagi kalau kat office. Aku taknak menyusahkan officemate aku. Banyak lagi kerja yang diorang nak buat dari handle aku yang dah nak terberanak nanti.

Semalam check-up pun nurse ada cakap suruh aku standby je coz anytime aku boleh melahirkan. Aku senyum je la. Apa lagi nak cakap kan. Dah tiba masanya, akan lahirlah seorang anak Adam ke muka bumi ini. Cuma yang aku harapkan anak ini sihat dan jadi manusia yang berguna. Amin.

Kalau anak ni lahir bulan ni (February), sama bulan la dengan mama dia. Owh, aku dah 28 tahun. Ini adalah HADIAH yang amat bermakna dalam hidup aku. Melahirkan zuriat dari kasih sayang kami yang telah tersulam sejak 10 tahun. Harap-harap zuriat ni dapat mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang kami. Amin... Korang pun harap doakan yang terbaik untuk kami yer.

Info dari babycenter.com.my

 Sekarang ni aku dalam langkah berjaga-jaga. Nak pergi jauh pun takut. Mungkin ni last entry aku sebelum aku bersalin. Kat rumah takde internet, tak dapat nak update. So dua bulan akan datang akan menyusul entry pasal pengalaman bersalin dan anak.



P/S : Kepada reader yang follow blog aku, aku nak minta maaf seandainya penulisan aku ini ada menyakiti hati kamu. Doakan keselamatan aku dan baby semasa proses kelahiran nanti yer. Doa korang amatlah aku hargai

36 Minggu


Waaahhh..kalau diikutkan kiraan doktor aku dah 36 minggu bersamaan 9 bulan. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku mabuk/alahan.... Apa perasaan aku? Hurmm.. Seriously, aku tak rasa takut. Yang aku rasa sekarang ni ialah sangat tak sabar nak tunggu anak ini lahir ke muka bumi.. Sampai aku mimpi-mimpi okay. Punya tak sabar. Persediaan untuk anak aku dah settlekan masa kandungan aku masuk 7 bulan. Baju, barut, stokin, dan perkakas lain semua dah ready. Beg nak bawa ke hospital pun dah letak tepi katil. Tunggu masa nak letak dalam bonet kereta.

agaknya macamni keadaan baby aku dalam perut

Ni sedikit info yang aku dapat dari Baby Center .

"Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6paun/2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna. 

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan" 

Sejak akhir-akhir ni, badan aku makin rasa berat. Pastu bila nak bangun perlukan pertolongan orang atau tarik something. Barulah aku boleh bangun. Pinggang pulak, asal bangun tidur je rasa sakit yang amat sangat. Tak boleh berdiri lama. Tapi lepaslah pusing satu IKEA dengan The Curve seharian.. muahahha..


P/S : Harap Allah permudahkan urusan masa aku bersalin nanti. Korang doakan sekali yer.

35 minggu

 Harini aku genap 35 minggu kalau ikut kiraan doktorla.. Huisshh.. Pejam celik, pejam celik. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam tak percaya dalam tak sampai sebulan lagi aku akan menjadi seorang Emak/Ibu. Tak sabar sangat nak tunggu saat tu. Harap semua berjalan lancar. Amin

Semalam checkup, semua ok. Cuma dua minggu lepas masa checkup, HB aku low. So doktor suggest aku makan ubat tambah darah. Kena beli kat Farmasi. Iberet Folic nama ubat tu. Aku makan sebiji je ubat tu. Hasilnya aku muntah-muntah sampai lembik. Masuk gak la ke wad bersalin kat Hospital Selayang kejap. Check jantung baby bagai. Yelah, badan aku dah lembik. Aku risau kot apa jadi kat anak aku. Yang En. Suami ni ingat aku dah nak bersalin. Belum lagi la sayang... Dia risau sangat. Alhamdulillah, pergerakan baby and jantung dia ok. Doktor kasi aku keluar hospital dan suruh aku berhenti makan Iberet Folic and continue makan Obimin je balik.

Sebenarnya antara faktor HB aku rendah sebab aku sejak akhir-akhir ni takde selera makan. Makan tu memang makan, tapi paksa sebab risaukan anak aku ni. Tapi makan sekadar tu jela. Tak sampai kenyang pun. Kesian anak mama... Masak pun aku dah malas. Bukan malas apa pun. Sebab kaki aku ni dah sembap. Kalau takat sembap takpe juga. Ni sampai sakit nak pijak. Kadang jalan pun pakai tumit. Kau hado?? So dalam seminggu tu boleh kira la berapa kali je aku masak. Selebihnya makan kat luar je la. Nasib En. Suami faham. Kalau tak faham, nasib diala. Makan jela burger dengan roti kat rumah tu.. Heheh.. 

Pergerakan anak pun sangat aktif. Perut pun makin membesar dan kejap herot ke kanan, kejap herot ke kiri. Anak aku buat kuak lentang dalam perut agaknye.. So sweet... Tapi kadang terkejut-kejut mak kau ni sebab kena tendang.
Aku ni bukan nak merungut, tapi cuma nak ngadu. Yelah, tiap orang lain yang mereka rasa masa mengandung kan..

Hari Ahad haritu adik sepupu aku bertunang. Nak tolong aku tak larat. So datang tengok apa yang patut je la. Tapi mak aku la banyak menolong. Segan pula aku tak dapat nak tolong. Mak sepupu aku ni adik kepada mak aku. Aku dah anggap diaorang macam mak bapak aku sebab aku memang sangat rapat dengan diaorang sejak kecil lagi. Kalau ada masalah pun diaorang yang banyak tolong family aku. Aku kahwin pun diorang yang berkampung kat rumah aku sampai la majlis settle. So kita share la gambar sikit

- Ni cousin aku -

Anak buah aku yang sangat gedik dan nakal

Yang baju melayu merah tu pakcik aku

Antara lauk yang sempat aku snap, lauk lain tak sempat sebab aku dah lapar

Cousin aku dengan tunang dia

hantaran perempuan ke lelaki color pink and lelaki ke perempuan color purple

Lagi hantaran

Sebelum aku sambung breakfast untuk second round, terimalah gambar mak buyung yang sangat lomantika de amor ni.. Jangan muntah ok..















Mak buyung dengan En. Suami


Sila muntah sekarang.. heheheh



Pink Cherry