Kadang-Kadang II


Pernah tak korang rasa nak tampar orang tu kerana dia buat lawak yang akan memalukan atau menjatuhkan maruah kita? Dia tau tak yang lawak dia tu bodoh. Itu bukan lawak okey, tetapi berniat untuk memalukan atau menyindir kita. Aku paling menyampah benda-benda macamni. Dia langsung tak menjaga sensitivity atau perasaan orang lain.

Okey, kau boleh bergurau. TAPI kau kena fikir dulu sebelum kau bergurau. Ok, fine. Kau boleh cakap aku ni tak fun. Fullstop! Setengah orang boleh terima cara kita kalau ianya tak melampau. Setengah orang akan rasa terpukul dengan lawak kau tu.

Senang cerita macamni lah, kalau aku yang buat lawak tentang kau. Apa kau rasa?? Kalau setakat benda kecil atau kadang-kadang mesti kau tak kisah kan. Tapi kalau setiap masa kau asyik ulang benda yang sama, adakah kau rasa itu LAWAK? Aku bukan budak-budak yang boleh main ayat “Kepala Bapak kau”.



P/S : Kalau nak bergurau ada batasnya. Jangan orang anggap anda bodoh dengan lawak tu

"If your love could be drug

then i'm willing to be addicted on it"

Kadang-Kadang

Aku sangat jeles....... hurmmmm..
Nak tahu kenapa aku jeles??
Aku jeles sangat sebab macamana orang lain boleh update blog dia hari2..???
Sedangkan aku? Dalam sebulan hanya ada berapa je yang aku post




Aku suka baca blog orang dan suka juga nak update blog
Tapi aku takde idea apa yang aku nak bagitahu atau share dengan orang lain (itu pun kalau ada orang follow blog aku.. heheheh)
Sekarang aku akan cuba untuk update blog aku walau sekali dua dalam seminggu







P/S : Harap aku ada masa untuk blog aku sendiri dan dapat share dengan orang lain tentang aku dan kehidupan..
"My love for you is a journey
Starting at forever and ending at never"

My E-Day

Aku nak share sikit gambar-gambar semasa hari pertunangan aku dengan Encik Tunang. Walaupun dah dekat 2 bulan kami betunang, baru hari ini aku sempat nak upload dalam blog aku ni.

Sebelum itu aku cerita lah serba sedikit tentang aku dan dia. Aku berkenalan semenjak tingkatan 4 sebab kelas sama. Masa tingkatan 5 dia memulakan bibit-bibit cinta. Aku memang jual mahal lah sebab masa tu aku ramai kawan lelaki dan aku malas nak serius.. Mendengar nasihat kawan-kawan dan guru aku terima juga huluran cinta dia sebab memikirkan nak SPM. Pelikkan. Sebenarnya dia ada masalah disiplin dan pelajaran. Sebab itu aku terima cinta dia. Konon nak tolong dia dalam SPM la. Tapi Alhamdulillah SPM dia lebih bagus dari sebelum ini. Seperti hubungan orang lain, ada suka, duka, gaduh, benci, sayang dan macam-macam rasa aku harungi hubungan ini.

-masa aku tingkatan 5, budak je lagipun-

Setelah lebih sembilan(9) tahun menyulam cinta, pada 1 Mei 2011 aku telah menjadi tunangan orang. Aku rasa sangat gembira. Aku berharap agar hubungan kami berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

-masa make-up-


-hasilnya-


-barang-barang hantaran-


-waktu yang sangat mendebarkan-


-akhirnya aku menjadi tunangan orang-



P/S: Semoga dia sentiasa menyayangiku
'You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly'

Cara Menghapus Lipas


Disebabkan aku amat geli dengan LIPAS, so hari ini aku ingin berkongsi dengan penggeli lipas cara-cara menghapus lipas di rumah anda. Info ni pun aku dapat dari blogger lain...

  • Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:

Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

-beratus anak-anak lipas-

  • Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

  • Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

  • Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Jangan biarkan sampah sarap di rumah. Selalu cuci bilik air. Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya. Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas. Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai. Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

  • Mengurangkan lebuhraya lipas:

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

  • Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:

Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan ). Dua bahagian tepung gandumSatu bahagian koko. Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup. Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya. BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!! Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.



P/S : Aku sanggup tak tidur sebab nak tunggu hingga lipas tu benar-benar dah mati. Tapi aku suka sangat tengok cerita 'Oggy And The Cockroaches'

Penyakit atau habit


Hari ini aku nak bercerita tentang penyakit diri aku. Tapi aku tak pasti itu satu penyakit atau habit aku. Aku ni jenis yang sukar nak tidur. Kepantangan aku bila aku tidur atau nak tidur ialah:
  • Aku tak boleh bising : tak kira lah suara atau bunyi apa pun contohnya bunyi radio& TV, orang bercakap, berdengkur, berlari, berjalan kuat,memasak, membasuh, kucing bergaduh, baby menangis atau menjerit. Senang cerita, masa aku tidur aku nak keadaan yang sangat SUNYI.

  • Tidur atas lantai, tempat rata atau keras : kalau aku tidur juga aku akan sesak nafas atau sakit belakang. Tidur atas toto nipis pun tak boleh. Dan yang pasti aku akan tidur sangat sekejap. Bukan aku berlagak, aku memang kena tidur atas tilam. Tilam tu pula mesti tebal dalam 3inci. Kalau takde tilam pun aku kena alas dengan kusyen. Yang penting pengalas badan aku itu lembut dan tinggi.

  • Terkejut : Kalau aku tengah tidur dan terkejut confirm aku tak boleh nak sambung tidur balik. Lepas tu mula la mood berubah jadi “Incredible hulk”. Aku akan mula marah-marah tak tentu arah.
  • Orang Call atau mesej : So masa aku tidur jangan lah ada seorang makhluk pun pandai-pandai nak telefon atau mesej aku. Aku mesti terjaga dan tak boleh nak tidur balik. Tapi sebenarnya boleh je nak call cuma cakap sekejap je la. Janganlah aku cakap aku tengah tidur kau nak borak-borak dengan aku lagi. Terkecuali ialah Encik Tunang. Anytime je boleh call atau mesej aku.
  • Tidur duduk atau selain dari baring : aku pelik macamana orang boleh tidur masa duduk. Aku kalau nak tidur mesti kena baring.
  • Banyak bantal : Kalau nak tahu, aku tidur mesti berbantal. Dan bantal aku mesti lebih dari 2 bantal. Sekarang ni aje pun aku tidur dengan 5 bantal. Kedudukan bantal yang paling penting ialah di kepala dan sisi kiri atau kanan aku.

Sangat lah mengada-ngada kan aku ni. Bukan aku sengaja. Tapi dah memang menjadi kemestian aku sebelum nak tidur dan semasa aku tidur. Dalam sebulan atau 2 bulan aku mesti susah nak tidur dalam seminggu dua. Pernah juga dalam masa 3hari aku hanya boleh tidur dalam 3jam setiap hari. Dan aku terpaksa mengambil ubat tidur atas nasihat doctor la. Bukan saje-saje yer. Hurmm.. itulah cerita aku. Aku harap sangat benda ni akan berubah satu hari nanti.



P/S: Macamana bila aku kahwin nanti dan suami aku berdengkur. Mau aku suruh dia tidur kat luar.

Jalan-Jalan Yang Ditutup Sempena Bersih 2.0

Peringatan Dari PDRM

Antara jalan-jalan yang akan ditutup sempena BERSIH 2.0

  • Lebuh Ampang
  • KLCC
  • Bank Negara
  • Dataran Merdeka
  • Sogo
  • Chow Kit
  • Menara Sultan Ismail
  • Masjid Negara
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ipoh
  • Sentul
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan P.Ramlee
  • Jalan Bandar
  • Subang Jaya ( Near Segi )
  • Sunway Pyramid and Subang Parade
  • The Federal Highway
  • LDP ( Lebuhraya Damansara Puchong )
  • The KL – Seremban Highway in Seri Kembangan
Aku baru nak balik kampung minggu ni nak melawat datuk aku.. aduyaiiii.. kena la aku postpone minggu depan pula.. Melepas nak mandi laut..



P/S : Apalah nak jadi dengan Malaysia ni. Perkara kecil pun nak diperbesar-besarkan...

Kerja di kala bosan

Tiada apa yang menarik untuk permulaan awal bulan Julai ni. Cuma sekarang heboh tentang cerita Perhimpunan Bersih yang akan di adakan pada 9 Julai 2011. Aku pun malas nak ambil pusing sangat hal politik sebab semuanye menjengkelkan hati dan perasaan aku. So baik aku berdiam diri. Cuma kenalah aku menjalankan kewajipan aku kepada Negara dengan mengundi pada pihak yang berlandaskan Islam. Eh, aku bukan nak cerita pasal politik kat sini kan..

Hari ini sebab aku bosan, jadi aku berjalan lah dari meja ke meja kawan2 office aku. Tetiba aku ternampak spek mata. Dalam otak aku “Elok gak kalau aku snap 2-3 keping ni. Leh masuk dalam FB. heheheheh”. Tanpa melengah masa aku duk berposing depan camera handphone aku. Pastu aku edit kat www.picnic.com. Website ni pun aku dapat dari member aku yang aku cilok dia nye spek mata tuh. Dan inilah hasil dia dari aku yang baru2 nak berjinak dalam edit-mengedit gambar ni.

-bila pula aku jadi putih ni?-

Masa aku study dulu ada juga aku belajar guna Adobe Photoshop. Tapi basic aje lah. Nak install balik software tu aku malas sebab berat sangat dan makan ruang dalam laptop aku. Apa-apapun ini lah cerita aku untuk awal bulan Julai ni. Tak menarik pun.






P/S : Takde kerja pun bosan, tapi kalau asyik mengadap kerja yang sama pun bosan juga.. hurmmm

Pink Cherry