Big Day : Nikah Ceremony

Fuhhhh..... (tiup habuk) cerita yang dah nak expired dalam beberapa hari lagi..

Dah masuk 2 minggu aku nikah, ni baru aku ada mood untuk menceritakan detik-detik bahagia pada majlis pernikahan kami.

Aku nikah pada 09.03.2012. So aku decide dengan En. Suami untuk tak berjumpa dalam seminggu. Ikutkan memanglah tak boleh jumpa dalam masa sebulan, tapi disebabkan banyak hal yang kami kena settlekan bersama. So dalam seminggu tu je la baru semua benda selesai dan baru lah boleh tak berjumpa. Kita teruskan cerita yer : -

Pada pukul 8.30am aku telah disolek oleh Pak Andam. Bukan mak andam yer kawan-kawan. Aku lebih suka disolek oleh lelaki lembut ini kerana aku suka seni yang dia orang sampaikan. Boleh tak macamtu.. hahahah... Bukan tak percaya pada solekan wanita ni. Tapi kamu orang tentu tahukan lelaki lembut ni macam mana..

Selepas selesai bersolek dan berdandan bagai, aku menunggu waktu 10.00am untuk bersama-sama keluarga ke surau di kawasan rumah aku. Untuk pengetahuan semua, aku bernikah di Surau Al-Muhajirin (Kg. Seri Gombak Indah) atas permintaan tok kadi di kawasan aku. Aku memang tak nak buat kat rumah sebab malas nak susahkan family aku kemas bagai. Nanti nak letak pelamin la, itu la, ini la. So aku decide buat kat masjid. Tapi tok kadi kata, leceh sebab jauh dari rumah. So ikut je la kemahuan tok kadi tu.

Warna baju nikah aku adalah grey/silver. Bukan aku tak nak buat warna putih, tapi sebab konon nak lain sangat la kan. So aku dengan En. Suami bersetuju dengan color tu. Baju aku sangat simple sebab niat aku lepas ni nak guna balik baju tu masa Hari Raya nanti. So takde labuci ke, manik bagai la kan. Saaaangaaatt simple.

Sepatutnya aku nikah pukul 10.00am, tapi disebabkan tok kadi tu ustaz kariah aku, kebetulan masa tu ada orang meninggal kat taman sebelah, so dia kena mandikan jenazah pula.. Dalam menunggu tok kadi tu sampai, aku sangatlah berdebar-debar. Rindu pun ada dengan En. Suami ni. Almaklumlah dah lama tak jumpa. (Lama la sangat, baru seminggu kan) Tertinjau-tinjau aku cuba untuk melihat pengantin lelaki.. Amboi gatai eh aku ni.

Pada pukul 10.45am ustaz sampai dan meneruskan majlis kami.. Dalam kol 11.00am aku telah sah menjadi isteri kepada Syahid Zaman bin Ismail. So enjoy the pictures...

detik-detik ijab dan kabul

keluarga En. Suami, keluarga aku dan kawan-kawan

hantaran kiri dari lelaki kepada pihak perempuan (handbag, set perfume, set shower, sireh junjung, mas kahwin & barang kemas, telekung dan macaroon)
hantaran kanan bawah dari perempuan kepada lelaki (set perfume,sireh junjung,kasut sport, set wallet & belt, chocolate, seluar jeans, kemeja, buah-buahan dan cincin)

P/S : Next post pasal malam berinai aku.. (Entah bila aku nak buat)

Diari Seorang isteri

Sejak aku menjadi isteri ni, suka sangat aku baca-baca benda yang macamni. So kepada isteri dan bakal menjadi isteri, mari kita share sama-sama okey

ANDA SEORANG ISTERI? REBUTLAH PELUANG INI....


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Lawak IV

Suatu kisah

Seorang anak bertanya kepada ayahnya

"ayah, kenapa tv dulu-dulu tiada warna?"

ayahnya pun menjawab, "kerana warna pada masa dahulu tidak wujud, nak"

"habis tu, mana datang warna nya ayah?"

"mari ayah ceritakan sebuah kisah...."

--------------------------------------------------------

Pada masa dahulu, warna tidak wujud lagi. Hanya ada hitam dan putih sahaja. Manusia pun hidup dalam keadaan bosan, kerana pemandangan sangat tidak menarik.

tiba-tiba, selepas hujan yang lebat malam sebelumnya, satu pelangi besar muncul dilangit. Semua orang pun terasa tertarik melihat pesta warna-warna di atas langit.

Semasa manusia tengah asyik melayan suasana meriah tersebut, pelangi besar itu terjatuh dan melimpah warna keatas bumi ini.

Manusia pun berebut-rebut memilih warna masing-masing.


P/S : Ni aku share dari blog ayam dan Babi. Pemilik blog ni orang utara, so dorang guna loghat utara la yer..

Cara-cara nak atasi hantu..






1 ) Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

2) Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

3) Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

4) Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

5) Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

6)Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

7) Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu

8) Hantu Ponteng

Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok e-mail, FB, blog..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja

Hahaha.. just kidding.. Lawak di pagi Isnin.. Kata Monday blues kan..

P/S : LEPAS BACA NIE DAH TAK YAH TAKUT-TAKUT DENGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG-KADANG DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!

Soalan yang buat BADMOOD

Hurmmm..

Dahla mood aku memang tak berapa nak elok hari ni.. Sedang aku rasa best je update status kat FB.. Tetiba ada pula makhluk ni PM aku dalam FB soalan yang aku rasa agak B***H kot. Yela, aku share benda ni kat wall aku

(click untuk tumbesaran)

Dan ini yang dia PM aku..


Soalan aku cuma satu, kau pandai ke tak guna FB ni.. Adoiiii.. spoil mood aku pepagi hari ni la.. Kan aku dah kata, aku share, so aku share untuk sapa-sapa yang tak friend dengan Maharaja Lawak Mega . Kan kata

" SHARING IS CARING"

...PerSEDIAAN KaHwin.... Seminggu sebelum majlis

Dalam seminggu sebelum majlis, 90% sudah siap. So balance lagi 10% tu hanya tinggal benda-benda kecil yang aku nak kena settlekan. Antaranya

1) Beli bekas door gift & isinya

- door gift aku adalah makanan. So tak boleh beli awal-awal. Takut rosak atau busuk

-ni salah satu doorgift untuk kanak-kanak-

2) Hiasan Bilik Tidur

- Bilik aku dihias sepenuhnya hasil kreativiti mak aku sendiri. Dari menjahit langsir, alas katil(guna yang masa tunang) dan bunga-bungaan, semua mak aku yang buat. Sangat simple okey.. Atas permintaan anakanda tercinta.. heheh

-abaikan barang2 yang selerak tu okey-

3) Fitting baju sanding & malam berinai

- Di sebabkan aku punya badan sangatla "comel" & slim, so aku kena fitting 2 kali. Dan sebab baju tu aku sendiri punya design yang aku tengok dari majalah pengantin dan aku just tambah-tambah untuk nampak lagi menarik, so aku nak hasilnya sangat memuaskan aku.. Vavooommm..


4) Kad Kahwin

- Ada permintaan last minute dari kawan-kawan tersayang yang nak kad. So aku kena post kepada mereka sebelum wedding aku bermula.


5) Macam-macam

- Yang macam-macam ni, banyak sangat. Yang kecil-kecil je. Contohnya, bunga manggar, signboard rumah pengantin, confirm, remind & call balik khemah, PA system, kompang , pakai inai dan banyak lagi.

-sedara-mara pakat pasang bunga manggar-

-pakai inai-


P/S : Next post aku akan cerita pasal wedding aku okey.. So sabar menanti.. L.O.V.E

Mood : Cuti lagi

Hurmmm...

Masih lagi mood cuti..
So nak cerita pasal wedding pun malas lg..
So next time aku cerita okey..

Cuma nak ucapkan terima kasih kepada yang hadir kenduri aku haritu
Maaf seandainya ada yang terkurang yer..

Cuti Kahwin

Hari ini last aku kerja sebagai gadis bujang..
So aku bercuti selama 6 hari bekerja..
07.03.2012 hingga 14.03.2012
Selebihnya mungkin aku ambil unpaid leave
Untuk terus gi honeymoon..
Tak pasti di mana.
Yang pasti PANTAI
Last minute decide.

Sebenarnya cuti aku untuk tahun ni ada banyak lagi
Ada 16hari + balance tahun 2011 ada 3 1/2 hari.
Tapi sistem kat office ni kira cuti untuk tiap-tiap bulan
16hari/12 = 1.333/month
Teruk betul aku rasa sistem ni.
Susahlah kalau orang nak kahwin ke bagai.

Sepanjang bercuti tu nanti, aku tak boleh nak update blog ni.
Sebab kat rumah takde internet.
Handphone pun tak canggih.
So berkulat la kejap blog ni.

Tapi balik jer dari cuti, aku akan update gambar kahwin aku.
hurmm.. seram la pula.. Lagi 3 hari..
Nervous sangat..
So, kepada B2B yang follow blog i, see you next week or another week.. heheheheh
Doakan majlis aku berjalan lancar yer..
Harap sangat doa kalian..
DAN anda dijemput hadir majlis aku nanti..




P/S : Selamat menjadi Puan Jue kepada diri sendiri.. L.O.V.E

Berdebar-debar..


Hurmmm..

Lagi 4 hari aku akan diijab kabul..
Lagi 4 hari aku akan bergelar isteri orang..
Lagi 4 hari kehidupan harian aku akan berubah..

Giler duduk kat office ni..
Ada pula officemate aku pasang lagu kahwin..
Adoii..
Makin laju jantung aku..
Berdebar-debar rasa dada ni..
Dah macam nak terkeluar segala isi perut aku..

Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan semasa hari perkahwinan kami nanti..
Ya Allah, Semoga perkahwinan kami mendapat restu dari Mu dan keluarga kami..
Amin..

P/S: Masih menghitung hari.. esok last kerja untuk cuti kahwin..

Pink Cherry