Pengalaman Pregnant : Aktiviti Hari Minggu..

Bermula dengan hari Sabtu. Macam biasa, bangun lewat dalam pukul 11am. Basuh muka, gosok gigi dan breakfast (eh, dah pukul 11am pun masih breakfast?). Pastu masuk baju dalam washing machine dan basuh. Sambil tu lipat kain baju yang bertimbun (minggu lepas punya baju yang kering). Makan tengahari. Relax kejap sambil tengok cerita hindustan. Kalau hero atau heroin tak best, masuk bilik dan tidur... hehehe.. Bangun dan minum petang. Pastu baru mandi. (Boleh? Dah petang baru mandi.. kan aku cakap masa aku preggy ni aku malas mandi.. jangan kutuk aku okay). Tunggu En. Suami balik kerja. Dia mandi dan makan malam pulak. Pastu pergi rumah Mak Mertua. Lepak-lepak dengan adik-beradik ipar, ipar duai dan anak buah bagai sambil makan. Pukul 12.00 malam balik. Sebelum balik singgah mana-mana kedai untuk beli makanan tengah malam aku. (Makan je kerja aku sejak elok dari alahan ni). Lepas makan tidur.

Ahad, bangun lewat juga. Tapi awal sikit dari hari Sabtu. Pukul 10am.. Sejam je kan.. takde beza pun. Breakfast dan mandi. Hari Ahad aku mandi awal sikitla... Tunggu makan tengahari pastu ajak En. Suami pergi jalan ke, pasar ke atau shopping mall.. Kalau ada kenduri kahwin, pergi kenduri la kan. Balik, lepastu tidur. Bangun dan minum petang. Malam tengok cerita menarik kat TV sambil dinner. Sepanjang 5 bulan aku preggy ni aku memang JARANG masak. Nasib duduk dengan My Mum. Kalau tak makan kat luar la aku laki bini...

Macamtu lah rutin harian aku sepanjang aku ngandung ni.. Tapi takde beza juga masa tak ngandung. Cuma aku jarang tidur dan kurang makan masa weekend la...

Minggu ni aku kena attend wedding BFF aku. Macam biasa, bangun tidur breakfast dulu. Pastu baru mandi. Siap-siap dan gerak ke kenduri dia. Ni kawan baik aku masa ambil Diploma dulu. Sama-sama course. Masa mula-mula sebelum kawan, kami bermusuh sebab dia ingat aku rampas BF dia. Aku memang rapat dengan BF dia tapi hanya sebagai kawan baik je la. Dia salah anggap dan selalu gaduh dengan BF dia. Aku tak sampai hati ajak dia jumpa untuk bincang. Dia, bf dia dan aku. Aku terus-terang hubungan aku dengan BF dia. Akhirnya kami jadi kawan baik sampai sekarang.. Hikmah sebalik tu kan.. Kawan pergi makan, shopping, suka duka, tempat luah perasaan bagai..

Dia memang seorang yang cantik dan tinggi macam model. Bila aku jalan sebelah dia je aku rasa aku ni sangat katik okay.. Suami dia pun tinggi macam dia. Sangatlah sepadan. Dia tak kahwin dengan BF dia dulu, tapi dengan orang lain.. Heheh.. takde jodoh kan.. Ni gambar masa kenduri dia.



- bergambar bersama bunting yang menyambut kedatangan tetamu -

 - En. Suami pun nak bergambar sama sambil menunjuk doorgift dia -

- ni lah pasangan pengantin tu. cantikkan BFF aku -

- Tinggi tak dia.. tambah dengan heel 3inch dia -

 - gadis bunga..heheh.. yang cantik manis ni adik BFF aku -

Lepas kenyang makan, aku ajak En. Suami pergi jalan-jalan. Malas nak balik rumah terus. So En. Suami decide nak gi Wangsa Walk. Sampai je sana aku teringat nak beli barang-barang dapur sikit. So singgahlah Cold Storage. Mahal lak barang-barang kat sini. Beza gila kot dengan NSK.. Tapi disebabkan aku malas dah nak singgah mana-mana lagi, aku beli juga barang kat situ. Jalan-jalan terjumpa lak barang-barang untuk sambut Halloween. Aku tak sambut yer perayaan ni. Just bergambar je dengan menatang tuh.. hehehe

- Hahaha.. akulah yang berkuasa... -






P/S : Semenjak aku dah tak alah/muntah ni, setiap weekend je aku ajak En. Suami gi jalan-jalan..

Kod E Tak Semestinya Lemak Babi Atau Tak Halal

Ingat tak dulu aku ada post pasal Lemak Babi? Tadi aku tengok ada comment yang perlu aku approve sebelum publish.


Kat Malaysia ni, tak semua produk yang ada Kod E tu adalah lemak babi atau bahan berasas tumbuhan yang tak halal untuk kita umat Islam. Sebab selalunya Kod E ni dijadikan bahan rujukan bagi umat Islam yang berada di luar negara, untuk menentukan sesuatu produk makanan itu halal atau tak. (Kalau aku salah tolong betulkan yer). So sebelum kita judge sesuatu produk makanan, adalah lebih baik kita confirm dulu kesahihan produk tersebut. Tetapi tak salah bagi kita umat Islam ni untuk berasa was-was pada sesuatu produk tu. Sebab adalah menjadi kewajipan kita mencari yang HALAL. Wajib okay. Sebab makanan yang halal itulah yang akan menjadi sebahagian darah daging kita. Membentuk peribadi dan zuriat kita di masa akan datang. (Cewahh... skema sangat)

Korang boleh baca info pasal Kod E kat SINI okay.


P/S : Entry aku yang sangat pendek utk kali ini

Panduan Mengatasi Masalah Tidur Ketika Hamil

Sejak kandungan aku dah mencecah 4 bulan (16 minggu), tidur aku mula rasa tak selesa. Nak kata perut aku besar. Nan hado pun.. Kecik je. Bila tidur telentang je, perut rasa keras, senak, susah nak nafas dan sakit pinggang. Nak kena alas pinggang kiri dan kanan bagai. Pastu sekarang ni aku cepat rasa panas dan berpeluh. Kalau dulu kipas tu memang En. Suami yang conquer. Tak pun kalau pasang je kipas aku mesti berselubung macam hantu. heheh. Pagi je dalam pukul 4am aku matikan sebab suhu dah sejuk. Sekarang ni, kipas tu aku yang punya. Selagi tak bangun tidur, selagi tu kipas berpasang. Kesian kat En. Suami. Dia yang pulak berselubung bila waktu pagi.. Terbalik..

Tadi aku search kat Mr. GOOGLE posisi tidur yang sesuai dan cara mengatasi masalah tidur ketika hamil. Meh kita share sama-sama okay.

 

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam. Kebaikan mengiring ke kiri ialah :

-i- posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung

-ii- ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.


P/S : Semoga anda semua dapat tidur dan rehat yang baik ketika hamil.

Pengalaman Pregnant : 2nd Check-up Klinik Kerajaan


Hari ni pukul 8.00am aku check-up kali ke-2 dengan klinik kerajaan. Pagi-pagi aku dah bangun, mandi, breakfast (itu penting) dan bersiap bagai. Aku check-up di Klinik Kerajaan Sungai Tua, Selayang. Pukul 7.57am aku dah sampai. Memang ramai giler la kan. Terus letak buku merah dalam bakul tulis 8.00am. Sambil menunggu aku gi timbang berat. Naik 2.5kg. Padahal itu berat time aku tak pregnant. 1st check-up berat aku 45kg. Sebelum tu aku check dengan private 43.5kg.. Turun yang sangat mendadak. Mana tak turunnya.. Kan aku muntah teruk.. Alhamdulillah, setelah sebulan berhempas pulas dengan muntah, akhirnya aku kembali normal. Dah boleh makan nasi walau takla berselera sangat. Eh, tercerita benda lain lak kan.. hehehe

Okay, tak sampai 5minit nama aku dipanggil untuk ambil darah.. Dalam bilik ambil darah aku tunggu 15minit. Lepastu kena bawa darah pergi makmal. Tunggu lagi 5minit. Keputusan darah keluar. Pergi balik kuanter 1st tadi kasi keputusan darah. Haaa.. kat sini punyalah lama okay aku kena tunggu. Dari pukul 9.30am sampai 10.30am. Padahal orang yang depan ambil darah dari aku dah 15minit settle dan boleh balik. Biasala kan.. Kata klinik kerajaan. Kau kenalah sabar menunggu. Kalau tak sabar, kau keluarlah duit dan check kat private. 

Sambil menunggu, adalah dalam 2 kali nurse buat announcement " Ibu mengandung yang belum test air kencing mari sini ". Aku buat tak tau je masa 1st time tu. Bila kali kedua dia announce aku dah gelabah. Di klinik kerajaan kau orang jangan jadi BODOH SOMBONG okay. Kalau tak sampai kesudah la kau memang bodoh.. Kau kena banyak tanya. Jangan harap dorang akan bagitau kau satu-satu. Aku pun tanya la kakak sebelah aku.

Aku : Kak, memang tiap kali check-up kena test air kencing ke?

Akak : Yer dik. Tiap kali check-up kena test. Kalau tak nanti nurse marah.

Okay, aku dah kelam kabut. Cepat-cepat aku jalan pergi toilet dan kencing dalam bekas urine tu. Hahah.. Tak sampai 10minit nama aku kena panggil dengan nurse kaunter depan. Cek tekanan darah dan dia tanya :

Nurse 1 : Dah test air kencing

Aku : (Gulp) Dah, tapi tak check lagi. ( Jawapan untuk selamatkan diri dari kena marah. Padahal dah banyak kali nurse announce kan)

Nurse 1 : Owh.. yeke (nurse tu jawab macam tak caya je..)

Nurse tu pun suruh assistant dia check untuk aku. Lepas dah check aku gi balik kat kuanter tu untuk tunggu apa lagi lepas ni. Dia kasi buku merah dan nombor giliran suruh aku tunggu. Buku tu kena letak dalam bakul bilik 1. Dalam 5minit tunggu nombor aku dipanggil masuk bilik 1. Dalam bilik nurse 2 suruh aku baring untuk ukur perut. Lepastu dah ukur perut dia memulakan nasihat. Sebelum tu nurse 2 tanya aku punya result scan yang buat kat private ada bawa ke tak sebab aku disahkan ada fibroid. Tapi aku lupa bawa. Nurse 2 tu pun bebel tanya aku kenapa boleh lupa.. Hahah.. aku diam je la. Malas menjawab nanti kena marah. So next time check-up aku kena bawa. Okay nurse..

HB (hemoglobin) dan berat aku nurse 2 cakap okay. Macam biasa, kena makan makanan berkhasiat, minum susu, makan ubat, jangan angkat berat dan sebagainya. Settle dan boleh balik. (Eh, mana boleh balik. Aku kena masuk office. Kerja. So minta la time-slip)

Sekian saja cerita aku untuk second check-up. Next check-up 6/11/2012 nanti.. So bersedia macam biasa.


Pink Cherry