Finally


Dah dekat 5 bulan aku menanti dan mengharap.. Akhirnya aku dapat apa yang aku idamkan.. Ceewaahh.. Sepanjang aku preggy ni, Alhamdulillah takde permintaan pelik dari aku kat En. Suami. Cuma 1 benda ni jer yang aku nak. Tu pun penat aku kumpul duit. Tapi bila dah cukup duit je, ada benda lain yang aku kena beli.

Aku ni bukan jenis yang suka pada benda yang terlalu mahal tapi takde kepentingan. Masa hantaran kahwin tu pun sebab aku rasa aku akan guna benda tu sampailah dah buruk. Gitu kan.. Bukan aku ni kedekut, cuma aku tak suka membazir. Tapi kalau bab makan, kau cakaplah kat mana. Mahal sekalipun aku akan pergi asalkan sedap. Kalau tak sedap kau rasa worth it ke nak bayar mahal?. Macamtu juga benda-benda wanita ni. Macam handbag, baju, perfume dan cosmetic. Aku akan beli bila ada kepentingan dan waktu SALE.

Aku tertarik dengan benda ni pun sebab adik ipar aku. Nak tau apa yang aku harapkan sangat tu?







-Love Chloe by Chloe-
Benda alah ni la yang aku idamkan tu. Bau dia sangat soft. Macam baru lepas mandi and kita pakai bedak gitu. Benda ni kalau tak silap kat Malaysia bagi aku mahal. Dekat RM400 gak la. Haritu aku ada kirim kat member aku yang pergi Singapore. Sebab aku tau perfume kat sana memang sangat murah. Tapi dia cakap takde. Last-last aku suruh dia beli Pure Seduction By Victoria Secret je.

Perfume ni aku beli kat Cheap Original Perfume kat dalam FB. Murah sangat. Kalau bukan original dia akan pulangkan balik duit kita. Aku ni jenis yang tak berapa nak percaya kalau beli barang mahal secara online. Nasib kedai dia dekat je dengan rumah aku. Dekat Tesco Selayang. Kebetulan hari Jumaat lepas dia ada display kat wall FB, so aku terus pergi beli semalam dengan En. Suami. Alang-alang beli barang dapur sekali kat Tesco tu.



P/S : Lepas ni dah ada anak, tak boleh la nak membazir sangat kan. Kena pentingkan anak dulu. Melabur untuk masa depan anak-anak. 

Pertama Kali Sepanjang 28 Tahun

Sejak menjadi isteri dan duduk berdikari ni, banyak benda yang aku belajar. Dari yang aku tak pernah buat dan terpaksa buat. Jangan fikir bukan-bukan okay..

Hari Sabtu tu aku teringin nak masak ikan keli sambal. Padahal ikan keli tu dah seminggu aku beli. Tapi disebabkan aku sangat takut untuk masak ikan tu, so aku padamkan saje niat aku. Tapi simpan lama-lama ikan tu pun nanti isi dia dah tak sedap pulak kan. Aku gagahkan juga masak. Aku keluakan dari fridge. Of course la keras lagi ikan tu. So aku rendam dalam air sampai ikan tu lembut. Sebenarnya mesti korang tertanya-tanya apa sebenarnya aku cuba nak cerita. Dalam hidup aku, inilah first time aku cuci dan masak ikan keli. Sebab ikan ni kan remeh sikit. Bagi aku la. Nak kena buang lendir dan bau dia dulu la. Kalau goreng mesti meletup bagai.

Okay, sambung cerita. Lepas ikan tu dah agak lembut, mak aku cakap rendam dengan air asam jawa. Aku pun rendamla dalam 10minit gitu. Hilangla dia punya lendir dan bau hanyir ikan tu. Tapi kat rumah mak, aku nampak mak aku basuh dengan air limau, so aku pun basuh dengan air limau pulak. Sebab tak confident, aku call emak aku. Sama ada nak kena basuh dengan air paip ke tak.

Aku : Emak, ikan ni Along dah rendam dengan air asam jawa. Lepastu basuh dengan air limau. Nanti nak kena basuh balik ke dengan air paip. 

Emak : Laaa....kalau dah rendam dengan air asam jawa, buat apa basuh dengan air limau lagi.

Aku : Haa?? Yeke? Abis tengok kat rumah mak basuh dengan air limau.

Emak : Mak basuh dengan air limau sebab tak rendam dengan air asam jawa

Aku : Owh.. yeke.. (gelak). Habis ni nak basuh dengan air paip tak

Emak : Yela, kena basuh dengan air paip..

Aku : Ok, terima kasih mak..
 
Kan.. gitu ceritanya.. Habis bab mencuci ikan keli. Ini bab nak masak pulak.. Ikan keli ni kalau masak gulai bagi aku mungkin takde masalah. Tapi kalau nak kena goreng, aku jadi takut. Kenala pakai alat keselamatan. Macam nak pergi berperang pulak kan. Takde lah aku pakai baju kalis peluru bagai. Cuma aku pakai spek mata. Sebab aku tak kisah kalau ikan tu meletup dan minyak kena tangan aku. Kalau kena MATA?? Mau buta aku. Hahah.. Aku main campak je ikan tu dalam kuali. Takut nak tunggu, aku lari pergi ruang tamu. Bila rasa macam dah garing, nak kena terbalik ikan tu ke bahagian sebelah pulak. Kalau tak mau sebelah je yang hitam, sebelah putih. Heh.. Nasib la ikan tu memahami aku yang takut ni. Ikan tu tak mau bagi aku trauma goreng dia buat kali pertama. So ikan tu tak meletup sangat. Meletup light-light je. Haaa.. Selamat mak nok dari kena serang dengan ikan.. Hahahah...

-nampak tile tu kena tembak dengan minyak-


-hasil selepas di terbalikkan, habis tertanggal kulit ikan tu aku kerjakan-


-hasil selepas diangkat-


Lepas goreng, aku buat sambal ikan tu. Finally, masa makan aku tanya En. Suami sedap ke aku masak. Dia cakap sedap. Alhamdulillah.. dan ini hasilnya..

-Tadaaaa.. dah siap ikan keli masak sambal aku-


Korang nak tengok tukang goreng ikan yang memakai alat keselamatan tak?? Kalau nak tengok scroll ke bawah

|

|

|

scroll lagi
|

|

|

|

|
dan lagi

|

|

|

|

|

|

|

|

|
Tadaaaa....






-gemuk tak mak buyung ni? sememeh gila muka aku.. adoi..-

P/S : Inilah pengalaman pertama aku dari mencuci dan memasak ikan keli. Very adventure okay.. (Adventure la sangat). Okay, baby dah tendang. Aku nak kena gi toilet.. Bye..

Pertolongan


Pagi-pagi lagi dah buat mood aku spoil. Aku nyampah betul dengan orang yang berlagak pandai ni. Aku taula kau belajar sampai MASTER bagai. Aku ni tahap diploma je. Tu pun cukup-cukup makan sebab course yang aku tak berapa minat. Tapi aku cuba juga demi emak dan masa depan aku. Tapi kau belajar tinggi mana pun tak membezakan semua benda/perkara dengan sesama manusia. Mungkin kau belajar tinggi dan kau pandai bidang kau je. Tak semua bidang kau tahu. Aku belajar bidang aku dan aku mahir bidang aku TAPI tak semua benda aku tak tau.

Dahla kau minta tolong aku. Itu aku tak kisahla. Aku bagi pendapat kau taknak dengar takpe. Sekurang-kurangya kau bagila respond apa yang aku cuba tolong. Ni tak, dengan slumber badak ko wat tak tau apa yang aku cakap. Asal, kau belajar tinggi-tinggi tu, dorang tak ajar kau beradap ke dengan sesama manusia. Sakit tau tak hati aku ni. Bukan sekali dua kau buat aku macamni. Kau macam bangga sangat sebab kau belajar tinggi-tinggi. Ada jer yang tak belajar tinggi tapi tau menghormati perasaan orang lain. Lepasni jangan harap aku nak tolong kau kalau kau terus berlagak macamni. Jangan meninggi diri sangat, sesekali pandang orang yang kat bawah ni walau aku lagi tinggi dari kau.. EH..



P/S : Tak pasal-pasal baby aku pun turut rasa yang aku rasa. Stress ok..

Solat Duduk

Sejak perut and kandungan dah besar ni, makin sukar untuk aku bangun, duduk, tidur dan buang segala toksin dalam badan (menyangkung). Kalau dah duduk tu especially bila duduk bersila, mesti bila nak bangun kena pegang/berpaut pada sesuatu untuk bangun. Tak pun En. Suami yang kena bangunkan aku. Nak dukung dah tak larat. Eh... hihihihi..

Nak solat pun macamtu juga. Bila dah duduk antara 2 sujud dah takleh nak bangun. So sekarang ni kena la solat dalam keadaan duduk. Dah lama nak share cara solat duduk. Solat duduk ni bukan saja untuk wanita yang hamil. Untuk sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan juga boleh. Islam itu memudahkan.. Tapi kalau masih boleh sembahyang berdiri, teruskanlah.. I kan manjew.. Takde lah, dah tak larat nak bangun duduk bagai.

- Solat Duduk -
(click untuk tumbesaran)



P/S : Baby dah tendang-tendang. Nak kena rehat sat. Selamat Beramal..

Musim Mengawan


Sebab apa aku kata musim mengawan/kahwin. Cer tengok keywords yang asyik orang terjah pada bulan December..

KAHWIN

Thanks la kepada bakal pengantin yang sudi refer i punya blog. Harap jadi panduan kepada anda. Leh tolong apa yang patut.

Selamat Pengantin Baru yer. Semoga jodoh anda kekal hingga ke akhir hayat, dapat baby comel-comel dan ingat tanggungjawab sebagai suami/isteri.


Pink Cherry