S.A.H.A.B.A.T / K.A.W.A.N

Dah lama aku nak menulis pasal ni. Korang faham makna SAHABAT/KAWAN?

Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.



Ok.. panjang lebar definifi SAHABAT/KAWAN.. Aku nak cerita, aku ni jenis kalau dah berkawan baik dengan sesiapa jer, aku sanggup buat apa2 untuk kawan aku. Selagi aku terdaya la. Kadang2 tu sampai bil telefon aku beratus sebab dengar masalah kawan. Bagi aku apa lah sangat bil tu sebab aku takde disisi kawan aku bila dia ada masalah. So cakap kat telefon lama2 pun tak apalah.. Aku cuba untuk memahami dan merasai pahit manis perasaan kawan2 aku. TAPI selalunya, aku yang CUBA untuk berbaik dengan dorang. Maksud aku, aku yang terhegeh2 untuk call, tanya khabar dan sebagainya. Sebaliknya dorang, kalau aku diam, dorang pun terus diam. Itu ker yang dipanggil KAWAN?

Pernah sekali, kawan yang dah lama tak jumpa tiba2 datang mengadu yang tunang dia tak hiraukan dia. Lebih2 lagi bila tarikh perkahwinan dah makin hampir. Dia risau tunang ada perempuan lain. Taknak nanti kahwin menyesal. So aku tenangkan dia. Fikir yang positif. Dia ajak aku siasat tunang dia. Dalam hujan, aku bawa motor pergi rumah tunang dia untuk siasat. Tapi sekarang dia dah kahwin pun. Kahwin awal dari aku. Bahagia je aku tengok. Masa dia kahwin, sampai ke pagi aku berkampung rumah dia. Tolong apa yang patut. Korang tau apa yang aku dapat? Dia janji nak datang kenduri aku. Masa kenduri aku, batang hidung pun tak nampak. Sedih sangat. Tak datang satu hal, sampailah aku bersalin pun tak datang melawat. Baik kan kawan baik aku? Banyak dah aku terkena dengan orang yang mengaku kawan baik ni. Tapi nampak aku time dorang SUSAH je.

Aku sayang kawan2 aku. Walau aku dah kahwin, aku cuba untuk teruskan hubungan dengan kawan2 aku biarpun tak berjumpa. Bukan sorang dua kawan aku macamni. Tapi ramai yang macamni. So apa yang patut aku buat? Sekarang ni aku sedih sangat. Nak sangat tau khabar dorang. Tapi dorang tak hiraukan aku. Nak aku call selalu. Penat sangat jaga hati kawan yang mengaku KAWAN BAIK.

Buat masa ni, aku rasa baiklah aku berdiam diri dari berkata2. Malas dah memikirkan. Harap mereka bahagia.. So aku bagi ni kat dorang...



Online Cara Berhemah




Korang pernah buat macam ni? Ni time bila ada boss kat floor aku. So nak chat, buka FB atau update blog memang susahla kan. Tadi aku chatting dengan BFF kat FB. Tapi disebabkan bos ada, aku terpaksa type dulu kat MS Word, pastu paste kat FB. Pastu bila kawan aku reply, aku copy and paste kat MS Word untuk baca. Giler punya kerja. Nak juga online bagai bila ada boss kan. Bosan weh. Kerja dah siap separuh. Nak take 5 jap boss ada lak. Ni kira curi-curi la ni. Hahah..

Ni nak update entry ni pun aku type dulu kat MS Word. Dah siap curahkan semua idea baru aku paste kat blog.. Kau ada.. Asal aku dapat online.. hahah.. Okay la, bye.


Penat

 

Semalam aku EL setengah hari (petang). Alasan?? Sebab aku dah penaaaatttt sangat. Tak tau penat tahap apa. Yang aku tau, kalau aku letak kepala memang terus pengsan. Pukul 12.30pm aku terus start motor dan balik rumah. Samapai rumah, buka je pintu, aku menangis mengongoi-ngongoi macam budak. Pernah tak korang letih sampai nangis?? Aku pernah..

Sebelum ni letih juga, biasala dah ada anak kecil. Masa tidur tu kena korban untuk berjaga malam demi anak. Tapi letih semalam maybe sebab aku puasa, buat kerja rumah, berjaga malam, bangun sahur dan tak cukup tidur. Tenaga aku banyak guna.

Dengan pakai baju kerja, aku terus letak kepala dan ZZZzzzzzz... Sedar-sedar dah pukul 4.30pm. Boleh.. Berapa jam aku tidur?? Dalam 4jam. Tu pun rasa nak sambung tidur lagi. Tapi memikirkan nak kena masak untuk berbuka, aku terus bangun. Baru rasa fresh. Badan dah ringan sikit.



Hijrah


Suprised!!!!... Hana Tajima la sangat kan. Cantik kan style tudung dia. Bak kata orang, orang elok pakai apa pun elok. Kan?

 -Cer teka siapa -
Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Hari baik bulan baik ni, aku rasa dah sampai seru untuk aku berhijrah. Lagipun umur bukan muda lagi. Banyak lak dosa aku suami tanggung. Kesian laki aku.. Ikutkan dah lama aku nak berhijrah, tapi biasalah. Bila kita nak buat suatu benda baik tu, ada je setan yang menghasut..Hew..hew..hew..

- Tadaaa... new me, hew...hew..hew.. -

Salah satu halangan nak berhijab ni ialah MODAL. Nak kena beli baju yang longgar sebab sebelum ni baju aku semua ikut badan je. Takkan kepala dah tutup badan macam telanjang lagi kan? Lepas dah beli baju, nak kena cari tudung yang sesuai dengan color baju kita pulak. Perempuan kan, nak kena pandai mix & match. Adoi la.. Jenuh aku spend duit gaji dan duit En. Suami kasi tiap-tiap bulan. Asyik ke Jalan TAR je la kerja aku tiap-tiap bulan. Sebab kat situ je aku dapat berjimat untuk beli tudung dan baju budget.

Dan halangan yang paling besar bagi aku ialah HATI. Hati mau kuat, takkan kejap pakai kejap nak buka lak. Dulu aku pakai juga, tapi masa study je la. Habis class je, pergi tandas Sogo dan terbanglah tudung kepala aku.. Tengok kawan pakai cantik, aku pakai juga. Bila rasa tak sesuai aku tak pakai balik. Kan ke tak bagus macamtu.

Sebelum ni ada gak En. Suami sound light2 kat aku suruh pakai tudung

"Setahun dah saya tanggung dosa awak"
"Awak kan dah jadi emak, tunjuk la yang baik kat Umar"

Emak mertua pun cakap gak.. "Cantik bila Jue pakai tudung"

Kakak Ipar merujuk masa pantang.. "Kan susah nak bertutup kepala dengan kain, elok kalau pakai tudung, takdelah susah"

So, harap-harap kali ini aku dapat berubah ke arah yang lebih baik. Banyak benda yang aku nak kena betulkan selain tutup aurat ni. InsyaAllah, aku akan cuba. Korang doakan la yer untuk kebaikan aku.





P/S : Masih mencari style apa yang sesuai untuk bentuk muka aku.. Haissshh...
Pink Cherry