5 Perkara Orang Melayu WAJIB Baca

Benda ini aku dapat melalui FB member yang share dengan aku.. SO aku nak share dengan kengkawan dalam blog pula..

5 RAHSIA Orang Cina KAYA RAYA

1) Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup
- Orang Cina perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka.

2) Pelanggan lebih penting dari untung
- Untung jangan letak banyak-banyak, sedikit TAPI berterusan. Pelanggan adalah RAJA. Kehilangan pelanggan adalah musibah bagi mereka. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia susah nak jumpa.

3) Orang cina jarang bangkrup, kecuali 2 perkara
- Berjudi dan kaki perempuan/perempuan simpanan

4) Modal orang cina, 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk
- 1 mangkuk untuk keluarga, 1 mangkuk simpanan dan BAKI lagi 3 mangkuk adalah untuk modal balik

5) Kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal
- Mereka akan tanya, berapa BUNGANYA. Tetapi bukan berapa ANSURAN tiap-tiap bulan

See, betapa bezanya mereka dengan Orang Melayu.. Yang baik tak salah untuk kita ikut. Betul tak?. heheh.. No wonder la ekonomi Negara kita banyak di monopoli oleh Orang Cina.











Tak sabar....

Hurmm..

Aku suka kerja di company ni sebab tiap-tiap tahun company mengadakan trip.. Tak kira kat mana pun.. So selama 4 tahun aku di sini, merasa la aku pergi negara orang, naik flight dan cuaca yang sejuk..

Aku mula-mula masuk company ni pada tahun 2008 dan aku dapat ke Bandung Indonesia. Pada tahun 2009 company tak berapa nak banyak duit dan kami tetap dapat pergi melancong ke Langkawi.. Dan tahun 2010 rezeki company bertambah dan yang mendapat untung adalah staff, kami melancong jauh sikit iaitu ke Beijing China..

Pada tahun ini 2011, banyak juga quotation yang kami suggest pada BOSNITA. Sabah la, Krabi la, Vietnam la (nasib tak pergi sini, si RUBY pun pergi sini..hahahah) dan banyak lagi. Akhirnya BOSNITA memilih Singapore sebagai destinasi seterusnya.

Memula tu agak memberontak juga sebab korang tahu la duit sana kan mahal kalau di convert dengan duit kita.. Mau koyak rabak poket i nanti. Dan sedia maklum, i kan nak KAHWIN dengan En. Tunang. Boleh lak i nak pergi melancong bagai. Tapi kan u, kalau i tak pergi. RUGI sangat okey. Dahla company sponsored semua benda. Makan, kenderaan, hotel, masuk USS, Night Safari dan macam- macam lagi. Tinggal nak kena bawa baju dan duit untuk shopping sendiri jer. Takkan shopping pun nak company sponsored. Kalau macamtu i kena jadi second wife BIG BOSS la.. Eh... lariii..hehehe.. I gurau je okey.. Mana i nak campak En. Tunang kesayangan tu??..

Lagi seminggu je nak pergi sana. Sangat teruja okey.. Lelebih FREE kan..hahahah.. Dan sekarang tengah menjengah memana blog yang berkaitan Singapore.. Blog INI best juga.. Itu la yang membuatkan keterujaan yang melampau sekarang ni


P/S : Thanks to BIG BOSS sebab bawa kami berjalan-jalan. Mungkin ini cara bosses Entertain staff.. Kami happy sangat.. Walau gaji naik sikit, ini kira okey la dari takde apa..

Tolong apa yang patut..

"Jue, nanti awak tolong Kak A buat apa yang patut yer. Sebab macam kecoh je kat atas tu saya tengok"

"Okey encik, tapi kerja apa yang Kak A buat?"

"Dia kena compile surat-surat projek kot"

"Okey".. Senyum****

Baik encik, saya tak kisah pun kalau encik nak minta tolong banyak pun boleh. Asalkan

1) Bukan kerja last minute (saya nak balik ontime walau datang lewat.. hhihi)
2) Masa minta tolong tu saya banyak kerja (saya tak tamak kerja encik , kena bahagi2 kerja kan?)
3) Tak memerlukan saya OT sampai pagi (bahaya, saya kan perempuan)
4) Tak lari dari bidang saya (saya kan receptionist cum admin je. Bukan multipurpose staff)
5) Dan saya tak perlu tinggalkan tempat saya (siapa nak take over kerja saya kalau saya tinggalkan meja reception tu?)

Saya pun tak kisah encik kalau saya ada kerja. Sebab dah nama pun pekerja. Lainlah suri rumah kan. Tu kena duduk rumah buat kerja lah. Dari saya asyik update blog dan melayari FB, baik saya buat kerja. Saya dah dibayar dengan gaji yang sikit dan untuk buat kerja pun mestilah sama dengan gaji saya kan. Lainlah kalau gaji saya banyak, so berbaloi la kalau kerja saya pun banyak kan encik????

Tapi kan encik, saya peliklah. Kenapa orang yang gaji banyak tapi kerja sikit?? Why encik?? Tak apalah, biarlah dia jawab nanti di Akhirat. Apa-apa pun saya sangat suka buat kerja sebab saya bosan dah duduk tengok PC je ni.. Hahahah

Imbuhan yang bukan milik kita..

Sebelum cuti sekolah baru-baru ini, kerajaan telah memberi bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Dan ada pihak yang tak bertanggungjawab telah mengambil duit itu. Contohnya ada pihak sekolah yang telah menolak awal-awal separuh dari duit itu untuk PIBG sekolah. Bagi aku,ini adalah sangat tidak wajar. Sebab duit itu bukan hak mereka. Duit itu adalah bagi meringankan beban mereka.

Serius betul ayat-ayat aku kan.. hehehhe.. Sebenarnya selain pihak PIBG sekolah, aku ada juga dengar ada segelintir ibu bapa yang tak bertanggungjawab menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi mereka sendiri. Sepatutnya gunakanlah duit itu untuk membeli baju,kasut dan buku-buku sekolah untuk anak-anak mereka. Dengan ini dapat meringankan beban ibu bapa juga.

Okey, sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku sendiri tentang RM100 untuk pelajar ni. Semalam adik aku yang bongsu (11tahun) ada cerita, yang jiran “ kesayangan” aku tu ambil duit anak-anak mereka. Anak dia yang sekolah dan layak menerima bantuan tu seramai 4 orang. So anda bayangkan berapa yang dia dapat??? RM400. Siap bahagi-bahagi berapa suami dan isteri dapat. Aku bukan nak mengata, tapi ini adalah pengalaman aku sendiri. Bagi aku benda macam ni sangat tak wajar. Itu hak anak-anak yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka. So sebagai parent yang bertanggungjawab tak akan terjadi perkara macamni.

Lepastu adik aku ada cakap..(haa, ini memang aku mengata)

“Along, tadi anak Ruby(bukan nama sebenar) bagitahu adik yang Ruby nak pergi Jahanam (Vietnam)”

What the hell ha kau bagitahu anak kau. Dan suruh anak kau bagitahu adik aku supaya aku tahu kau nak pergi Jahanam.. kau nak berlagak dengan aku kan. Duit anak-anak pun kau ambil untuk kau pergi suka-suka dan beli baju. Eh… (aku tak jeles pun dengan kau okey sebab aku nak pergi Singapore)

Aku suruh adik aku cakap macamni (jahat nye kakak) Kau cakaplah kat anak si Ruby tu, emak kau pergi Jahanam tak bawa anak-anak. Tapi aku (aku la tu) pergi Singapura bawa kau (adik aku). Lagipun nak pergi Vietnam tu tak payah company sponsored, aku boleh pergi sendiri. Apalah sangat nak bandingkan Vietnam dengan Singapore tu. Lagi mahal (uishhh.. berlagak betul aku. Sebab dalam keadaan emosi kan)”

Kesian adik aku yang tak tahu apa-apa. Korang perasan tak apa motif si Ruby tu??

Korang mesti tak tahu kenapa aku marah sangat dengan si Ruby tu kan?? Dia jiran aku. Tapi aku ada masalah sikit dengan dia. Next entry la aku cerita okey

P/S: Aku tak suka orang yang berlagak kaya dan susahkan orang lain. Bagi aku cukuplah kau hidup sederhana. Cukup makan dan pakai. Tidak berhutang keliling pinggang untuk menunjuk yang kau mampu bertukar macam orang yang mampu. Semua kekayaan tu hanya pinjaman. Kita hidup bagai roda. So tak perlu menunjuk-nunjuk.. Eh..

Terkena....




Kurang ajar...
Aku dengan seriusnya bagitahu kawan-kawan office tentang ini..
Ending nya, pagi-pagi aku terkena.. Kau ni memang saja kan..
Memainkan perasaan aku..
Hahahahah
Nak tahu lebih lanjut tekan SINI

Bahana Pengat Durian

Hurrrmm..

Aku halfday harini. Dahla aku selsema. Pastu kena cirit-birit pula
Pagi-pagi buta dalam pukul 1.30am aku terjaga sebab sakit perut. Siang tu memanglah aku makan banyak sangat. Nasi sebungkus, rojak buah aku sorang makan dan pengat durian bersama 2 keping roti. Agaknya perut aku meragam sebab makan banyak kot.
Tak sampai sepuluh minit perut aku buat hal lagi. Tapi disebabkan aku ngantuk, aku terus tidur.. Hahah.. Lepas solat subuh perut masih buat hal.. Apakah sebab itu??
Dalam pukul 8.00am, kawan office call aku tanya sama ada aku cirit-birit sama macam dia. Dan benda yang bermain dalam kepala kami ialah PENGAT DURIAN. Bagi mengukuhkan lagi alasan itu, aku tanya kawan-kawan lain. Dan alasan yang sama..PENGAT DURIAN

Ceritanya macam ni. Semalam bosnita (director wanita) kami buat pengat durian
Tak tahu la bila punya pengat, dia bawa datang office siap dengan 2 roti gardenia jumbo sekali. Aku memang hantu sikit dengan pengat durian ni. So dengan tak malu, aku orang pertama yang merasa pengat durian tu. Mula-mula tu rasa dia memangla pelik sikit. Tapi sebab ada rasa manis, aku teruskan juga makan. 2 keping roti juga lah aku makan. Nasiblah bosnita tu bawa lepas lunch dan perut aku kenyang lagi. Cer dia bawa sebelum lunch.. Mesti tak cukup setengah roti jumbo tu aku melantak. Tapi tak sampai 10minit, pengat tu dah berbuih...???


Ulasan aku : Aku rasa pengat tu dah lama. Sebab tak habis kat rumah, dia sedekah kat kami di office ni.. Hahaha... Kesian kami puan. Nasib tak keracunan. Kalau tak, puan tunggu surat saman saya.. Hahaha.. Apa-apapun thanks sebab sudi bagi kami makan.

Ubat cacing...

Heheheh..


Aku dah makan ubat cacing.. heheheh (tu pun nak cerita)
Semalam aku dah pergi klinik panel untuk ambil ubat cacing
Sebab stock ubat cacing yang selalu aku ambil dah habis
Nurse tu kasi aku ubat cacing ni


Rasa coklat okey.. sedap..
Mesti korang ingat ini ubat cacing untuk kanak-kanak kan??
Tak lah, orang dewasa pun boleh makan tau.
Kalau kanak-kanak bawah 2tahun kena kunyah 1 tablet je.
Kalau 2tahun ke atas dan dewasa, kena kunyah 2 tablet.

Pagi ini aku buang air besar
Tengok gak benda yang keluar tu, tapi takde lak cacing keluar sekali dengan najis aku.. hehehe..(habis la lepasni aku jadi pelupa)

Ubat cacing ada 2 jenis

* Albendazole/mebendazole – Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

* Pirantel Pamoate – Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Patutlah aku rasa pening lepas makan ubat cacing ni. Rupanya ada side effect. Aku google gak pasal ubat cacing ni. Ni side effect nye ye aku dah translate.

"Anda mungkin mempunyai sakit kepala, sakit perut atau loya semasa dirawat dengan Champs D-Worms 6 ®. Kesan-kesan sampingan ini lebih cenderung jika anda mengambil Champs D-Worms 6 ® untuk tempoh yang panjang, seperti selama sebulan. Jika anda mengambil Champs D-Worms 6 ® hanya sebagai satu dos, kesan-kesan sampingan ini biasanya tidak mungkin berlaku.
Champs D-Worms 6 ® boleh menyebabkan pening. Jika anda berasa pening, jangan memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti di mana anda perlu berwaspada"

(untuk tumbesaran sila click image)

Tak sihat....

Hurrmmmm...

Memang sekarang ni musim orang demam, selsema dan batuk ke?
Hujan panas, hujan panas.. Adoii...
Last week aku demam..
Genap seminggu lepas demam, hari ini aku selsema pulak..
Ingat tadi nak rest je kat rumah
Tak tahan sebab asyik bersin je keje aku.

Ni kat office, asal aku angkat bila orang call je, mula la hidung aku rasa cam ada ulat nak keluar. Berlumba-lumba nak bersin. Bila takde orang call elok je ni.
Kang makan ubat selsema, mau aku tidur kat depan ni kang.
Sebab ubat tu akan buat kita ngantuk. Ubat selsema tu memang aku saje minta supaya ngantuk. Sebab aku alergi ubat. Takleh nak makan ubat yang ada PCM (Paracetemol yang terdapat dalam Panadol atau ubat demam). Kan kalau kita selsema kepala akan sakit. So aku minta ubat selsema ngantuk sebab ubat tu akan buat aku rest(tidur). So takdela aku akan menderita sakit kepala..
Dah habis tisu office ni aku kerjakan..


P/S : Boss.. boleh tak saya nak MC lagi.. Waaa.. mata ni dah berair dan kepala saya sakit la boss. Nak balik tidur..!!!!






Cacing dalam perut

Tadi berborak dengan officemate tentang cacing pada haiwan bulus (kucing) masing-masing. Entah macam mana termasuk cerita pasal cacing dalam perut manusia. Jangan ingat masa kecil je kita ada cacing okey. Manusia dewasa juga mengalami kecacingan dalam perut. Last aku makan ubat cacing awal tahun lepas (2010). Doctor cakap kalau orang dewasa kena makan ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ubat cacing sekarang dah tak macam dulu masa kecil-kecil. Makan dan masa berak keluar sekali cacing dengan najis kita. Ubat cacing sekarang dia hancurkan cacing dan masa najis keluar takde lah nampak cacing sebijik.. Cacing juga ada beberapa jenis seperti cacing jarum, cacing gelang, cacing pita. Ini ada info sihat tentang kecacingan dalam perut.

Cacing dan Jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.

Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasisdan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi Jangkitan

Cacing Gelang

Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan

Cacing cemeti

Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan prolaps rectum atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu

Cacing kerawit

Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Simptom Jangkitan Cacing

* Kurang selera makan

* Tumbesaran terganggu

* Kerap muntah

* Sakit perut

* Kerap cirit-birit

* Pucat

* Gatal pada dubur

P/S : Balik ni nak pergi klinik panel ambil ubat cacing la.. huhuhuh




Dear lovely boss

Hi Boss,

People who do lots of work...
make lots of mistakes

People who do less work...
make less mistakes

People who do no work...
make no mistakes

People who make no mistakes...
gets promoted

That's why I spend most of my time
sending e-mails & playing games at work
I need a promotion

Persamaan Sikap antara kucing jantan dan LELAKI

Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! Don’t take seriously... Jika anda mahu MEMAHAMI LELAKI, cubalah baca sampai habis...Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mari kita baca mengapa

Sila baca di bawah:

1) Kucing jantan suka dibelai.

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka wanita yang kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur

Lelaki memang kuat tidur (tapi ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan nasi lauk ikan

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama macam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tapa dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dengan yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ni selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "meow, meow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalau kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia pada seekor kucing betina

Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tapi ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi first girlfriend dia). Begitu juga dengan lelaki yang modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la). (macam En. Tunang la, i ni kira GF first dia yang konon first love la ni.. ahakk)


Salesman yang Vavi

Panas betul hati aku.


Aku sangat marah okey..
Tadi ada 2 orang Salesman datang office aku nak jual produk mereka
Meh aku cerita sikit menatang apa yang dia promote


'Relaxation Sandal' yang sesuai bagi orang yang kerja di office sebab mereka lebih banyak duduk
Kata salesman tu lagi, kasut ni 100% getah yang di import dari Singapore dan kita tak akan tergelincir walau kat atas tile. Bila pakai seolah-olah kita urut kaki kita. Nanti ada jual kat Watson atau farmasi mana tah dia cakap tadi. Harga pasaran RM79.00. Tapi hari ini HANYA RM19.90 katanya. (Kau katalah walau hanya RM5.00. Tengah bulan ni bang. aku pun sengkek ni. Harapan la aku nak beli. Hahahah)

Itu sedikit sebanyak tentang benda tu la
Siap suruh aku pakai lagi. Padahal tak rasa apa pun. Biasa je macam pakai selipar jamban je

Yang menjadi amarah aku di sini
Ada sorang salesman ni, dahla muka pun budak lagi. Budget macho lak depan aku yang santek ni
Dengan pakai spek mata hitam dia. Aku rasa kat luar tu mendung. Nampak ke??
Jalan ala-ala model konon nya. Bila bercakap dengan aku nak kerek(berlagak) je kau kan
Kau sedar tak yang kau nak promote produk kau orang. So kau kenalah sabar layan kerenah customer kau. Ni nak kekwat lak depan aku. Lagi la aku tak nak beli produk kau. (Kalau aku ada duit la kan) Vavi nye budak. huh..Nasib kau la.

Terus aku cakap " Tak apa lah. Nanti saya promote kat ibu-ibu mengandung yang lain". hakhakhak.. Malas aku layan kau orang. Baca blog lagi bagus.

Pasni aku nak print dan tampal kat depan pintu menantang ni

ganas tak haku??? mesti takde sapa berani masuk office aku pasni.. haha

Cerita Pelik tapi macam tak percaya..

Hurrrmmm...


Dengan penuh keyakinan dan suara yang kuat Pn. A bercerita pada Pn. B

Pn. A : Hari Isnin tu saya pergi Imigresen nak buat passport anak saya, dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam saya tunggu. Itu pun tak siap lagi. Pastu esoknya saya kena pergi ambil pula.

Pn. B: Biar betul?

Pn. A : Betul... Ramai sungguh orang kat sana

"Please, trust me. It's true"

Hari ini aku, my mum, adik aku dan kawan- kawan office pergi membuat group passport untuk adik aku dan juga kawan-kawan office yang masih tiada passport lagi. Kami bercadang untuk berkumpul di office dalam pukul 7.30 pagi. Tapi biasalah, janji manusia kan. So dalam pukul 7.45 pagi bertolak dari office. Jalan pula jamm. Kami sampai di Imigresen Sri Hartamas nak dekat pukul 9.00 pagi. Seramai 18 orang dalam group passport tu. Disebabkan campur ada yang anak-anak masih bawah 18tahun, so urusan tu lambat sikitlah. Tapi dalam pukul 10.30 pagi, urusan kami selesai.

Can you imagine what i mean??? Itulah dia, macam nak percaya tapi bila kita sendiri yang melaluinya tak seteruk itu.

Badan aku yang manja..

Hurmmm..

Semalam aku MC.
Al-kisahnya...
Memang tiap-tiap minggu aku and officemate aku akan main badminton
Tapi lepas je Raya Aidilfitri, terus stop main badminton
Badan aku pun mula la cepat letih, lelemak degil dah start naik..
Hari Selasa malam tiba-tiba dia orang nak main badminton balik
Sebelum tu aku dah dapat rasa badan aku tak berapa sihat
Tapi niat di hati, maybe kalau berpeluh badan aku akan segar

Kebetulan masa main tu, group wanita hanya ada 3 orang termasuk aku
Yang lain masing-masing tak dapat datang sebab ada hal
Bayangkan court tu dah di booking untuk 2 jam. 8.00pm - 10.00pm
Kami ada 3 orang je. Kenala main single secara bergilir-gilir selama 2 jam
Penat dik non oiii..
Dahla perut mak ni tak makan lagi.
Mau masuk angin perut den..

Belum sempat pukul 10.00pm aku dah suruh En.Tunang jemput
Perut aku dah bernyanyi lagu rock dah ni.. Sampai order terus makan tak pandang kiri kanan

Keesokan paginya, bila aku bangun badan aku sakit sangat
So aku paksa En.Tunang bawa aku pergi klinik
Puas aku kena bebel dengan En.Tunang..
"Sapa suh awak main badminton??"
"Selalu pas main mesti awak sakit"
"Badan awak tu manja sangat, mengada"
Sakit telinga aku mendengar nya.. dahla aku tengah sakit ni.

Jumpa doktor pun kena bebel
"Macam mana saya nak kasi awak ubat, awak ni alergi ubat?"
"Dah tahu awak tak sihat, kenapa main badminton?"

"Tekak awak bengkak ni, minum air banyak-banyak"


"Doctor, tekak saya ni sakit sangat. Telan air dah macam telan kaca.. Badan saya ni dari bahu sampai pinggang dah rasa macam nak tercabut. Kepala saya lak rasa nak pecah ni doktor..Arrgghhh"
Thanks doc sebab bagi saya MC. Suruh saya rehat kat rumah

Balik rumah makan ubat, terus tidur..
Bangun habis baju basah sebab peluh. Dah gaya orang mandi pula.

Pagi ni bangun, mata aku bengkak dah gaya kena tumbuk pula
Sebabnya, aku alergi ubat. Tak tahu ubat yang mana
Malas nak pergi klinik balik, confirm aku kena injection punya..


P/S : Aku sangat TAKUT dengan jarum. Lepas kena injection aku mesti pitam. So kena berteman kalau kena injection..

Gelojoh+budget lawa = MALU

Hahahahaha.....



Giler, aku memang tak perasan okey.
Gini citer nya..

Pagi tadi berebut nak masuk toilet dengan akak kat office aku
Okey, aku bagi dia masuk dulu...
Lepas tu aku lak masuk..

Masa lunch tadi, aku beriringan dengan budak officemate aku untuk pergi tapau macam biasa...
Dengan rasa budget lawa aku jalan ayu-ayu gitu dengan mereka pergi restoren
Tetiba aku terasa 'sesuatu' dan rasa nak pandang 'sesuatu' tu
Ayyooo amma....



-lupa zip seluar-



Hahahaha..
Nasib akak tu tolong cover aku zip balik seluar aku..
hahahah.. Thanks kak T
Tulah, gelojoh sangat. Berebut-rebut nak masuk bilik air kan..
Nasib takde siapa yang nampak...

...PerSEDIAAN KaHwin....Langsir Rumah

Hurmmm...

Sangat stress juga bila memikirkan pasal perkahwinan yang semakin hampir ni kan.
Macam-macam nak kena buat. Survey sana-sini. Kena buat budget lah..

Semalam aku, my mum, adik dan En. Tunang pergi ke Nagoya Masjid India coz my mum nak cari langsir rumah untuk majlis kami nanti. Dalan masa yang sama aku nak cari langsir untuk decorate bilik aku nanti. Bila sampai sana puas la mencari warna, corak dan jenis langsir yang sesuai. Pening juga kan bila awal-awal tak decide warna dan tema apa.. Habis satu Nagoya aku cari. Sampai my mum pening dan rasa nak pengsan.. Kesian kat my mum.. Yang aku ni pula, sebelum pergi lupa nak ukur langsir dalam bilik aku. Dah tak tahu berapa meter aku kena beli. So next time je la aku pergi dengan En. Tunang.

Balik rumah, my mum terus demam. Kesian my mum. Terpaksa bersusah demi anak perempuan tunggal dia seorang ni. Thanks emak.. Love you soooo muchh.. muaaxxx

Pagi ini sampai office, aku search kat Mr. Google. Cari contoh decoration yang cantik dan simple untuk bilik pengantin. Senang nanti aku sendiri yang hias bilik aku. Kata nak saving kan. Hehehe.. Tetiba pula aku jagi creative.. so kena tunggu je la hasilnya masa aku kahwin nanti

Antara contoh yang agak aku berkenan kat Mr. Google. Yang penting simple..


P/S: Lepas ni apa pula yang aku kena survey...??? (*___*)

Hye November 2011

Selamat datang November 2011

Tarikh yang paling menarik pada bulan dan tahun ini

1.1.11
1.11.11

11.11.11

Cer cuba ambil 2 nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini
????

keputusannya ialah 111

WOW

Saya bagi contoh kat sini okey

Tahun saya lahir = 1985
Umur saya tahun ini = 26 tahun

So 85+26 = 111

Dan untuk pengetahuan semua, hal ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun

So kena tunggu lagi 823 tahun???







Pink Cherry