Lalok Sampah

Niat di hati nak sampai office awal dan nak beli nasi lemak kesukaan ku. Apalah nasib hari ini.
Seperti biasa, bila aku rasa nak makan nasi lemak sambal bawang aku akan melalui jalan belakang. Tapi jangan fikir lain okey.. Jalan belakang tu maksudnye jalan alternatif lain bagi aku. Selalunya aku akan lalu kat highway MMR2 depan Batu Caves tu. Tapi sebab aku nak beli nasi lemak kesukaan aku tu (sebab nasi lemak tu je yang boleh buat aku makan sampai licin), aku kena lalu jalan belakang (laluan ke Kampun Laksamana). Lagi 1, kalau aku ikut jalan belakang, masa melintas untuk kekedai tu, kereta tak banyak. Takde la aku takut.

So aku bawa la motor aku seperti biasa. Sampai di Kg. Wira Damai. Ada la satu lori sampah. Hurm.. seperti biasa aku kena tunggu lori tu beri laluan kat aku. Dah la bau dia.. Al-maklumla, lori sampah kan. Tentu semua dah tahu baunye macamana. Kalau aku bawa kereta boleh juga aku tutup tingkap. Takpun memang la tutup tingkap sebab ada aircond kan. Ingat pagi2 dapat la hidu udara segar.. Hurmm...Tapi aku tak salahkan lori tu. Dah tugas dia kutip sampah. Kalau tak habisla rumah aku dan semua orang busuk.

Aku rasa lega kerana berjaya lepasi lori sampah tu. Tak sampai 1KM aku terbau sampah. Haissshh.. Takkan lori sampah lagi. Tapi memang betul lori sampah. Baru aku nak hirup udara pagi. Terpaksa lagi menghidu pencemaran udara di pagi hari. Nak kena potong lagi lori ni. Dahla jalan tu teruk, berlubang2, berselekoh pulak. Sabar okey. Lepas aku berjaya memotong lori tu, aku harap sangat cukupla bau yang tak best ni..

Dan, kesabaran aku diuji lagi. Tak sampai 500m ada lagi 1 lori sampah. Aduhhh.. apa lah nasib aku pagi ni. Nasib aku teringin sangat nak makan nasi lemak tu. Kalau tak, mesti aku serik nak lalu jalan belakang ni lagi.. Seperti biasa, takkan la aku nak tunggu dan hidu je bau sampah tu. Pemotongan kali ketiga.. dan berjaya.

Sampai di kedai nasi lemak tu, aku tapau 3 bungkus nasi lemak. Tapi bukan aku makan 3 bungkus tu yer. Aku saje beli lebih. Belanja kawan2 sekali-sekala.

So aku meneruskan perjalanan ke office dengan niat nak cepat makan nasi lemak tu. Lepas je kawasan Construction sebelah kawasan office aku, sepatutnye aku masuk kanan. Tapi kenapa aku terus je? Kalau terus mesti nak balik rumah. Aku lalok apa ni?? Bagi meng'cover' diri dari guard yang jaga parking tu, aku terus jalan jauh dan pusing kat tempat lain. Buat2 macam pergi tempat lain. HaHaHaha..

Sampai office, engineer tegur. "Sempat kau pergi jalan2" sambil gelak2 kan aku. Alamak, macamne dia boleh perasan pulak aku terlajak.






P/S: Benci betul la... hilang MOOD aku pepagi hari.

Movie : Pirate of the Caribbean - On Stranger Tides

Pada 20 Mei 2011 bertempat di Selayang Capitol, aku dan encik tunang pergi tengok movie yang bertajuk Pirate of the Caribbean-On Stranger Tides atau lebih dikenali sebagai Pirate of the Caribbean 4. Walaupun movie ini ditayangkan pada 19 Mei 2011 di seluruh negara tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, so aku dan encik tunang memilih keesokkan harinya. Agak lewat jugala aku book tiket tu. Pukul 10.45malam. Nasib jugala tak ambil midnight. Aku memilih Selayang Capitol sebab panggung kat situ tak terlalu ramai orang. biasala, selalunya cerita yang baru keluar mesti sold out. So untuk mengelakkan kan kesesakan orang dan kecewa bila tiket dah habis, aku pergila ke Selayang Capitol.
Bagi aku movie ini amat memuaskan hati aku SEBAB aku amat meminati lakonan Johnny Deep tetapi hanya untuk movie Pirate of the Caribbean je la.. Sebab watak dia yang gila-gila dan macam lalang. Tapi encik tunang tak berapa suka movie ni. Dia cakap masa serangan ikan duyung tu je yang best. Hah, aku tetap suka. Aku bagi 4 bintang okey.

Sinopsis movie ini

Pirate of the Caribbean: On Stranger Tide adalah siri ke-4 dan terakhir selepas siri ke-3 yang ditayangkan pada tahun 2007 iaitu Pirate of the Caribbean : At The World's End. Untuk siri terbaru ini, Kapten Jack Sparrow (Johnny Depp) sekali lagi membawa watak utama dan bergandingan bersama Angelica (Penelope Cruz).

Jack Sparrow tiba di London untuk menyelamatkan rakan baiknya, Joshamee Gibbs dari hukuman gantung. Namun dalam usahanya itu, dia tertangkap dan dipaksa untuk berkhidmat dengan kerajaan British dalam mencari Fountain of Youth, sebuah telaga yang boleh mengembalikan keremajaan seseorang sekiranya minum air dari telaga itu.

Jack Sparrow berjaya melarikan diri dari kerajaan British dan tanpa disengajakan, bertemu kembali dengan kekasih lamanya, Angelica. Tanpa disangka, Angelica yang ditinggalkan Jack Sparrow itu adalah anak kepada lanun paling digeruni iaitu Blackbeard. Jack Sparrow terpaksa berkhidmat dengan Blackbeard untuk menyelamatkan nyawanya. Blackbeard juga dalam misi mencari telaga sakti itu untuk mencapai cita-citanya kembali muda serta menolak ramalan takdir yang kononnya dia bakal menemui ajal di tangan lelaki berkaki satu.

Pada masa yang sama, Kapten Barbossa yang kini berkhidmat dengan kerajaan British mengetuai angkatan tentera British menjejaki Fountain of Youth. Barbossa kini tempang berkaki satu setelah kapalnya dirampas Blackbeard dan dia tercedera. Barbossa juga harus bertindak cepat kerana satu lagi pihak iaitu kerajaan Sepanyol, turut berminat dengan telaga itu.

Maka bermulalah pengembaraan tiga penjuru antara kerajaan British, Sepanyol dan angkatan lanun Blackbeard mencari Fountain of Youth. Tetapi mereka perlu mencari dua cawan perak dan setitis air mata ikan duyung yang masih segar untuk upacara ritual di Fountain of Youth itu.


Kemuncak pertama Movie ini apabila ingin menangkap ikan duyung bagi mendapatkan air mata duyung tersebut. Walaupun dilihat dari luaran yang duyung ini sangat cantik dan seksi tetapi sebenarnya duyung ini sangat ganas dan kejam. Ramai anak kapal terkorban semasa penangkapan duyung. Dapatkah mereka menangkap duyung itu bagi mendapatkan setitis air mata duyung yang sangat sukar? Apakah kesudahan cerita ini?

Marilah beramai-ramai menonton movie ini. Anda lihat dan anda nilai



P/S: Jatuh cinta dengan Jack Sparrow. Jangan encik tunang tahu dahla..

Aku tak faham


Aku betul-betul tak faham bila:


Situasi 1: Pekerja lama

Kau kata kau dah kerja lama. kau dah tahu semua pasal company. kenapa bila aku tanya mengenai projek-projek lama, pasal office kau cakap tak tahu bila bercakap semua tahu, tapi bila disuruh semua tak tahu la, lupa la. habis apa guna kau kerja lama-lama kat sini kalau kau tak tahu apa-apa? bila bab kenaikan gaji atau bonus, kau lah pekerja lama dan patut dapat lebih. tapi bila bab suruh buat kerja, kenapa kau tak tahu, kau tak ingat..


Situasi 2 : Professional

Aku paling meluat bila hal-hal personal yang mengganggu emosi, kau bawa masuk sampai ke office. Be Professional, please. kalau kau gaduh dengan suami ker,boyfriends, bini, nenek, datuk atau sesiapun. tolonglah kau tinggal kan emosi kau tu kat rumah. tak perlu la kau bawa emosi kau tu sampai ke office. Bermasam muka dengan semua orang, bila tanya kau nak melenting. Apa, kau ingat semua orang takde masalah sendiri ke? Semua orang ada masalah masing-masing. cuma diorang tu professional. tahu nak tangani masalah tu sendiri. tak perlu la nak buat-buat muka masam kau kat orang lain yang tak tahu apa-apa masalah kau. dan tak pernah ingin tahu apa masalah kau yang konon rumit sangat tu.










P/S : Siapa pun kau, aku tak kisah dan aku tak ingin nak tahu siapa kau. sebab takde kepentingan dalam diari hidup aku.

Isu Semasa : Simbah Asid

Aku buka FB dan ada orang post di wall entri ini:

“Kami menerima maklumat yang sekarang ni ada kejadian 2 lelaki india menaiki motosikal sengaja menyimbah asid ke muka wanita-wanita cantik yang mereka jumpai. Antara sasaran mereka di Brickfrields, Jln Bukit Bintang, Jln Pudu dan Bangsar. Sejauh kebenaran hal ini tidak dapat dipastikan, apa yang pasti tak salah jika kita sentiasa berhati-hati. Tiada apa yang rugi. (pakai purdah confirm selamat!)”

Di TV3

“Suspek berbadan gempal dan berkulit gelap. Menaiki motosikal. Suspek melakukan jenayah ini pada wanita melayu”.

-gambar suspek simbah asid-

Simbah asid??Wadehel benda ni?? Jenayah simbah asid ini makin berluasa. Jenayah kejam dan tak berhati perut. Dan meninggalkan kesan trauma pada mangsa.So scary right?Takde keje ke mereka2 ni? Apa salah wanita2 cantik diluar sana tu? Setakat ini dah 22 orang menjadi mangsa.

Menakutkan betul. Kenapa perlu mereka ni berbuat demikian (ayat skema)? Banyak lagi benda lain yang boleh kita buat. Apa motif mereka yer? DENDAM? PERKAUMAN?MASALAH MENTAL? Kenapa mesti wanita yang cantik dan MELAYU. Polis masih lagi menyiasat dan meningkatkan kawalan. Semoga manusia yang tak berhati perut ini dapat ditangkap dan dijatuhi hukuman yang setimpal

Diharap wanita2 di luar sana sentiasa berhati2. Dijauhi dari perkara yang tak di ingini.



P/S : Menakutkan. Takut pula nak keluar sorang2..

New Family

Nur Issya Emilia





























































:: hurmmm.... seronoknye menjadi seorang ibu. Melahirkan zuriat hasil dari perkongsian kasih dan sayang dari orang yang kita cinta. Dapat mendidik anak kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan kedua ibu bapa.



P/S : Bila yer aku akan jadi seorang isteri dan ibu? Lupa pulak.. Issya ni anak buah aku.

Stamina

Semalam ada game badminton friendly dengan Ihsan Team.
Dari pukul 8mlm – 11mlm. bukan main lagi aku main. Padahal bukan nye aku main dengan Ihsan Team pun. Aku main dengan budak opis aku jer.. hahah..

Malu la nak main dengan dorang. Aku bukan terror pun main badminton ni. Kalo takat nak main dengan adik2 aku boleh la..Yela, aku memang pemalu sebenarnya. Semenjak umur dah naik ni (sejak couple dengan zaman sebenarnya). Aku jadi malu dengan lelaki. Dulu tak pun macamtu. Haisss.. macam la aku takde hidung. Mulut aku herot ke? Macam la aku ni cantik sangat.. Cuma perasaan aku je macamtu. Tapi kalo aku kenal takpe, takde la perasaan macamtu.

-Gaya je lebih

Ok.. ok.. berbalik pasal badminton tadi. Aku ni dah lama tak exercise katakan. Abis peluh jantan aku kuar. Dah macam orang mandi pun ada. Basah baju dan rambut aku. Mengigil2 badan aku. Rasa macam nak tercabut tangan. Penat oiii usah nak dikata. Tak sampai sejam pun aku pukul shuttle tu. Nampak sangat stamina aku lemah. Ni tak boleh jadi. Lom kawin dan tua lagi dik non oi aku dah tak larat. Alamatnye aku kena la jogging this week. ( tapi macam tak leh je coz jerebu teruk kat luar ni. Kang aku lak semput).. hurrrmm, alasan. Apa2 pun aku kena gak bersenam. So dalam pukul 9.30mlm aku nak balik. Tak larat sangat.

-setelah penat bermain badminton-

Sampai rumah, aku suruh adik ipar aku tampal koyok kat belakang aku. Heh, main kejap je. Sakit mengalahkan aku lawan Chong Wei lak.. kelakar..

________________________________________

Bangun tidur pagi tadi.. aduhai, sakitnye badan aku. Rasa macam melekat je kat tilam. Amik handphone. “Eppy, aku el halfday. Badan aku sakit. Nak urut dengan nenek aku jap”…. Suka2 je kan.

Aku try sambung tidur balik. Mak aku lak leh layan lagu era 60-an. So aku bangun dan mandi. Siap2 terus pergi kerja

-aku dari belakang (gemuknye aku T_T)-


P/s : Dalam hati “Come on Jue, baru sikit je. Ko muda lagi kan”

Pink Cherry