Si Bulus....

Hurmm...

Aku bosan ni..

So aku wat entry pasal semua anak-anak bulus yang aku bela
Sangat-sangat menyayangi mereka
Walaupun mereka tak boleh bercakap bahasa kita
Bila dalam keadaan sedih ia seakan-akan memahami apa yang kita rasa
Kata orang, bela mereka ni kita akan dimurahkan rezeki
Maybe anak-anak bulus mendoakan kita semasa memberi mereka makan
Kalau betul, Alhamdulillah...

Walaupun aku hanya membela kucing biasa, tapi bagi aku mereka sangat comel.
Tak susah nak dijaga seperti baka campuran lain
Ada juga yang mati, tapi kebanyakan nya selepas lahir la.
Maybe sebab sakit.

Kebanyakan anak-anak bulus ni adalah dari keturunan yang sama
Tapi ada juga yang orang buang ke rumah aku
Dan ada juga yang aku kutip.
Sebab aku ni sangat kesian dengan anak-anak bulus ni
Kalau aku pergi makan di mana-mana, bila jumpa mereka
Pasti aku akan bagi mereka makan
Tak sampai hati aku melihat mereka kelaparan..

Antara anak-anak bulus yang aku bela setakat ini :

1) BELANG
-dia suka duduk macamni, tapi dah kena buang dengan jiran sebab asyik bagi "pewangi" rumah jiran je.. heheh..


2) BABY
-Nama pun dah baby, bulus ni adalah kucing kesayangan aku sebab bila time aku nangis dia akan mengiau. Seakan bertanya "kenapa" kat aku.. Dia ni sangat baik dan menjaga. Nak tau sebab apa? Sebab kalau time dia ada anak kecil, tak kira anak siapa pun dia akan susukan selagi susu badan dia ada..Baikkan???.


3) CELET
- Nama dia sempena mata dia yang tak nampak sebelah. Sangat garang okey, dah banyak kali aku kena cakar dengan si Celet ni. Ni kucing yang datang ke rumah aku. Macam pelarian la dia ni. Dia tak suka dimanjakan. Tapi kalau dia nak manja, dia sendiri akan datang kepada kita.


4) CICIK
-Bulus ni anak kepada si Celet. Macam mak dia juga. Garang juga. Ni kucing kesayangan my mum.

5) CITAM
-Bulus ni pula adik aku yang bongsu kutip. Dia cakap kesian sebab kucing ni kecil-kecil dah kena buang. Gambar yang atas tu masa mula-mula dia duduk kat rumah aku. Sangat comot. Penuh hingus dan tahi mata sebab dia sakit mata dan selsema. Aku suruh En. Tunang beli ubat selsema di Vet. Ingat dah tak lama nyawa dia, tapi alhamdulillah hidup sampai sekarang. Bawah tu gambar dia yang terbaru. Bila time tidur, air liur dia mesti meleleh dan terpaksa tukar cadar selalu. Nampak tak lidah dia? Dia suka jelir lidah. Dah macam dog lak aku tengok.. Selalu tanya dia " Mak kau pekenan anjing ke?" hehehhe...


6) BLACK

- Ni anak kepada Si Celet, tapi dibela dan disusui oleh Si Baby. Sebab Si celet dah taknak kat dia. Kesian la dekat si Black ni. Kecil-kecil dah kena buang dengan emak sendiri.


7) CHEMONG
-Nama dia sempena nama kucing AR. Tompel dalam cerita DO RE MI. Dia ni anak kepada si Cicik. Umur baru masuk sebulan. Sangat tembam dan gebu. Geram je aku tengok.


Aku memang suka sangat bela si bulus sejak dari kecil lagi. Tak percaya?? Tengok gambar ni



P/S : Setakat ini, hanya 7 ekor si bulus yang aku bela..

Ragam : Bola II

Hurmmm..

Hobin Jang Hobin..
Yess, akhirnya pasukan yang aku pilih menjadi juara untuk Piala Malaysia 2011. Walaupun pada mulanya aku tak yakin dengan pasukan ni sebab terlepas 1 gol. Tapi berjaya menjaringkan 2 gol selepas itu. Thanks S Kunalan dan Hai-O. Sebab aksi anda berdua tak mengecewakan saya. Muaaaxxx... Disebabkan kemenangan itu juga saya tak perlu bercakap loghat terengganu harini. Hahaha.. Susahtu. Kalau nak soh den cakap nismilan den pandai la cikit-cikit.. huhuhu
Dan sebab kemenangan ini juga, aku bangun awal hari ini coz dah janji nak belanja budak-budak office level bawah makan nasi lemak (boli kat kodai yo) dan karipap (buatan mak ai okey). Aku buat ni semua sebab aku sangat HAPPY.. takde maksud lain pun.

Sebab nak tengok Final Piala Malaysia 2011, aku sanggup tak keluar dengan En. Tunang malam tu. Lagi suruh dia hantar aku balik awal sebab tak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya.. See, betapa aku teruja dengan pertandingan ni. Dan keterujaan ini berhasil.. yeaahhh..



P/S : Sorry la yer Kak T...

5 Larangan Semasa Tidur

Manusia dapat bertahan 2 minggu tanpa makan, tetapi hanya bertahan 1 minggu saja tanpa rehat. Tidur adalah waktu istirehat yang sangat baik, dengan tidur organ-organ tubuh kita dapat beristirehat. Kekurangan tidur dapat merosakkan organ dan otak kita.

1. Jangan Tidur Pakai Jam Tangan
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. Jagan Tidur Pakai Coli (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. Jangan Tidur Bersama Handphone
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. Jangan Tidur Dengan Make-Up
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. Jangan Tidur Dengan Suami / Isteri Orang
Ini kerana anda mungkin tidak akan bangun-bangun lagi. (jangan marah haa.... heheheh)


P/S : Janganlah aku dapat suami yang kuat berdengkur. Maunya tak tidur sebab aku ni susah sikit nak tidur

Ragam : Bola

Bagi kelayakan separuh akhir untuk Piala Malaysia 2011 baru-baru ini, Pasukan Selangor menentang Terengganu. Dan T-Team menentang Negeri Sembilan dan pastilah aku menyokong Pasukan Selangor sebab aku duduk di Negeri Selangor dan dibesarkan di sini. Budak-budak kat office pulak ada yang sokong Selangor, dan ada yang sokong Terengganu, T-Team. Masing-masing dengan pendirian sendiri untuk menyokong pasukan favorite mereka.

-Selangor-

Akhirnya yang masuk final adalah Terengganu menentang Negeri Sembilan dan sekaligus meranapkan impian Selangor untuk menang kali ke_ 33.


Dan disebabkan aku taknak kalah dengan mereka di office ni, aku memilih untuk menyokong Negeri Sembilan.. Hakhakhak.. Kampung mak aku sempadan dengan Negeri Sembilan aje.. yuhuuu..

-Negeri Sembilan-

So nantikan keputusannya pada 29hb Oktober 2011 ini..

P/S: Aku betting kalau N9 menang aku nak belanja dorang nasi lemak dengan pau sambal. Ayoookk..

Kadang-Kadang VI

Huurrmmm...


Dengan niat nak menolong dan tak nak susahkan sesiapa.
Tapi sebaliknya kita yang kena dan dipersalahkan.
So tiada makna langsung keikhlasan yang kita cuba lakukan.
Kalau kita menegur dikatakan marah.
Apa-apalah, asalkan kamu semua bahagia..

Mood : Stress

Hurmmmm.....


Makin lama aku tengok dot ni makin laju dia pusing.... padahal dot ni tak berpusing pun.. adakah aku tengah stress..


P/S : Dot kuning ni tak bergerak pun..Tapi kalau anda tengok ia bergerak.....kemungkinan anda stress. So berehat la sebentar...

i-City

Macam dah basi je nak post... tapi takpela.. aku tetap nak post juga..
2 minggu lepas, aku dan En. Tunang pergi i-City Shah Alam
Tapi kami bukan pergi berdua jer, sebab ada bos En. Tunang dan wife dia ikut skali
Kalau kami berdua je mesti bosan.

Bagi aku, i-City ni biasa je. Penuh dengan lampu-lampu warna-warni.
Dan sangat PANAS okey. Maybe haba dari lampu-lampu tu.
Berpeluh-peluhla aku dengan En.Tunang.
Kalau nak bawa anak-anak okey je la kot.
Ada macam-macam aksesori yang berlampu-lampu..
Nikmatila gambar-gambar yang sempat aku ambil

...PerSEDIAAN KaHwin....Petua

Hurrrmmm..

Tajuk pun dah buat aku sangat gementar....

Awal bulan lepas aku menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah menengah dulu. Majlis dia sangat meriah walau sederhana. Macam biasalah bila kawan kahwin, mesti jumpa kawan-kawan lama. Berborak-borak sampai nak makan pun tak ingat.. Aku ada la borak dengan seorang kawan yang aku dah anggap macam adik. Aku tengok muka dia sangat licin. Dulu tak pula macamni. So aku pun tanya la petua dia. Kacang Hijau...

Semalam aku teringin nak cuba petua dia, sebab memikirkan majlis perkahwinan aku yang semakin hampir ni. Dengan muka yang dah banyak naik jerawat dan parut jerawat. Aduhh..
Dah macam-macam produk yang aku cuba, tapi tetap sama. So aku cubala benda ni dulu. Kata nak jimat. Kalau pergi buat facial habis gak duit aku nanti...

Nantikan kesannya dalam sebulan dari sekarang..

-sebelum pakai masker kacang hijau-

-sebelum tidur-

Sesiapa yang nak cuba, ini ada cara-caranya

1) Kisar kacang hijau hingga halus
2) Tapis/ayak kacang hijau yang telah dikisar tadi
3) Ambil serbuk yang telah ditapis tadi sedikit dicampur dengan air. Jangan terlalu pekat atau cair. Tempekkan dimuka buat macam masker. (baki serbuk tu simpan dalam bekas kedap udara)
4) Tunggu hingga kering dan rasa macam kulit muka tegang
5) Basuh hingga bersih sebab kalau tak bersih takut sisa-sisa serbuk kacang hijau tu akan menutup liang-liang pori kita. Nanti jadi lain pula..
6) Lap muka sampai kering dan sapu tonner untuk kekalkan kelembapan kulit.


Selamat Mencuba!

Kadang-Kadang V

Hurrrmmm....

"Kat sini sibuk, banyak kerja. Tak boleh ke tolong cakap kan aje"

Pernah tak kau fikir kenapa aku terus past line kat kau? Jangan terus nak melenting. Lain kali tanya dulu kenapa aku buat macamtu. Jangan fikir MOOD kau je. Mesti la ada sebab kenapa aku buat macamtu. Habis kau fikir kau punya kerja je lah? KERJA aku?

Selama ini dah banyak kerja kau orang aku cover. Cuma aku malas nak berkira. Pada hal gaji kau lebih sekali ganda dari aku. Tapi aku okey je. Sebab aku fikir itu rezeki masing-masing. Aku buat je kerja tu walau sepatutnya memang kerja kau. Bila time aku free atau tak banyak kerja bolehla aku cover kerja kau.

Asal? Kau orang dah lemak sangat ker sampai itu pun nak berkira dengan aku.. Hurmm... Aku pun bukan datang kerja ni goyang kaki je. Ada juga kerja walau tak sesibuk Engineer atau Draughtsman. Tak perlu nak tunjuk yang aku sangat busy...


Okey, cukup sampai sini. Yang penting aku dah rasa sangat lega sekarang. Bukan taknak lawan cakap tadi, cuma malas nak gaduh.

P/S : Diam tak bererti kalah.

Mood

Mood aku sekarang tengah sibuk mencari quotation bagi Pakej Perkahwinan
Kalau boleh tak mahulah over budget. Biar sederhana tapi meriah.
Sebab ikut mak aku dia taknak buat kat dewan.
Katanya nak buat rewang kat rumah.. Gotong-royong dengan jiran-jiran.
Hurmmm.. aku ikut je sebab al-maklumlah aku ni anak tunggal perempuan
Anak sulung,cucu sulung.. aishhh.. susah la gamaknya.
Kang aku bantah kecil hati pulak. Dah niat mak aku agaknya nak buat meriah
Harap-harap meriahlah dan dapat memuaskan hati semua pihak, especially FAMILY aku

Tengah fikir lagi ni tema dan color apa yang cantik
Kalau ikut aku, aku nak color pink dan hitam
Tapi En. Tunang tak suka color pink.. So second opinion color biru turquoise dan hitam

(sorry yer pasangan pengantin, i bukan nak tiru design baju uols.. nak buat contoh color je)

Kalau tema pula, aku still nak cara kampung lagi.. terutama adat di Melaka.. 'berjulang'


Dan bunga api ini wajib okey.. heheheh

Hurmm... semua tu hanya perancangan.. harap-harap menjadi..



P/S : Kalau ada sesiapa yang membaca blog I ni ada kawan-kawan yang ada butik pengantin, bolehla tinggalkan alamat blog ker sebagainya kat comment I okey..

Not ready yet.......

Hurrrmmm...
Hari minggu haritu aku ada selisih faham sikit dengan En. Tunang.
Maybe aku yang tak mahu memahami kerjaya dia yang sangat sibuk
Yang memerlukan lebih masa ditempat kerja.
Dan aku sangat memerlukan dia setiap masa
Atas alasan aku sunyi.
Bukan dia tak bagi aku keluar dengan kawan-kawan
Tapi aku sendiri yang hanya suka keluar dengan dia
Padahal Giant yang 1km dari rumah tu pun aku tunggu dia..hehehehe
Aku sangat bergantung dengan dia kot.

Sebab kerja sebelum ni dia banyak masa bersama aku
Nak kemana-mana aku mesti kena tunggu dia
En. Tunang ni sangat cemburu
So aku susah sikit nak keluar tanpa dia
Dia yang manjakan aku
So sekarang bila dia dah busy.. Siapa yang salah yer??

Okey, En. Tunang cuba cari jalan penyelesaian
Hurmmm...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia ajak aku nikah awal dari tarikh yang sepatutnya kami bincang
Aku tak bersedia lagi sekarang
Banyak benda nak prepare.
Sebab aku perempuan. Kenduri sebelah aku emak aku yang sediakan
Arrggghhh... tension aku....

P/S: Aku dah bersedia untuk jadi seorang isteri, tapi bila memikirkan kenduri tu aku macam tension sikit. Apa-apa pun biar dia la bincang dengan family dia dan family aku.

Apa pun tak boleh


Hurrrmmm...

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut su...ruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. TAK INGAT MATI KE?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "MULUT CELUPAR?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..

P/S : Semua pun tak boleh.. hurmm

Lawak III


Macam ni gamaknye kalau had pencen di naikkan sampai umur 60 tahun...


P/S : Yang muda-muda ni kerja apa agaknya yer?

CANTIK ke??

Orang akan menilai setiap individu melalui pandangan pertama (first impression) mereka. Bagi mereka apa yang mereka nampak, itulah peribadi individu tersebut. Bagi aku pula, first impression tu adalah HIPOKRIT semata-mata. Contohnya la kan, kita nak pergi interview. Kita nak company tu terima kita bekerja di situ. So mestilah nak pakai kemas-kemas walaupun pada hakikatnya kita bukan macam tu. Nak kena bangun pagi sebab kena sampai awal, kalau boleh sebelum office tu buka kita dah terpacak depan pintu office tu. Padahal kalau kita tak kerja, jangan kata pagi, tengahari pun belum tentu mata ni nak dibuka melihat dunia. Kita buat tu semua sebab kita nak company tu memikirkan kita seorang yang sangat disiplin.

Okey, aku bukan nak cerita pasal tips nak pergi interview kat sini yer. Macamni lah, baru-baru ini(takla baru sangat sebab dah banyak kali aku nak tulis kat blog ni tapi tak berkesempatan) aku adalah berborak dengan dua individu berbeza umur tetapi sama jantina. Iaitu Wanita. Tanggapan mereka berdua ni sama jer walaupun berbeza umur.

Situasi Pertama

Wanita A
: Saya rasa Minah tak sesuai la dengan Abu tu. Dahla tak handsome

Aku : Kenapa rasa Minah tak sesuai dengan Abu tu?

Wanita A: Sebab Minah cantik.

Hello awak, sebabkan dia CANTIK je ker dia tak sesuai nak di jodohkan dengan si Abu tu? Ada je orang cantik berkahwin dengan orang tak handsome. Contohnya si Heidi Klum tu. Dia punyalah cantik Peragawati/Model lagitu. Tapi suami dia, Negro okey. Si hitam legam tu gak dia pilih buat jadi laki. Lagi siapa, ha.. si Zizie izzate tu pun. Cantik juga la kan. Kahwin gak dengan si Bung Mokhtar yang macam kura-kura tu. Leher takde. Muka penyet.Dah jodoh katanya si Zizie tu. So tak kira la kau cantik macam mana sekalipun. (kalau boleh si CANTIK, elakkan la suami orang yer)

Situasi Kedua

Wanita B : Bedah tu baiklah

Aku : Kenapa lak rasa Bedah tu baik?

Wanita B : Sebab dia cantik. Dahla putih, mata color hijau katak pisang, pakai tudung.

Uwekk. Apa??? Disebabkan dia CANTIK je awak kata dia baik. Ayo ama, apa. Lu duduk di kurun abad keberapa ni sayang? Habis yang hitam legam, mata warna hitam legam gak dan tak pakai tudung ni jahat la yer? Mentang-mentang la si hitam tu buruk. So perangai pun buruk ke?


Situasi Ketiga

Encik A : Boleh tak saya mengorat si Jamilah tu

Wanita A : Tak boleh la encik, encik dah kahwin, ada anak, wife encik vogue apa.

Encik A : Ala, lelaki kan boleh kahwin sampai 4. Lagipun saya nak buat dia jadi GF saya je. Takkan tak boleh?

Wanita A : Eee.. tak boleh..tak boleh..

Encik A tergelak lalu pergi ke tempat duduk dia....

Aku : kenapa Encik A tak boleh mengorat Jamilah?

Wanita A : Sebab Jamilah CANTIK. Tak sesuai. Lagipun Encik A dah kahwin.

Sayang, I tengok kat luar sana ramai je wanita-wanita CANTIK ni kebas suami orang. Perempuan zaman sekarang ni nak hidup mewah. Mereka gunakan kecantikan untuk memikat lelaki kaya. Kebanyakan lelaki kaya ni adalah SUAMI orang. Jangan jadikan alasan “ Dah Jodoh”. Kau boleh je elakkan dari berkawan dengan suami orang. Memang la suami orang ni sangat “caring” orang nya. Understanding. Cer belum dapat kau lagi, tambah anak dara CANTIK, cer kalau dah dapat?? Bini dia dulu yang cantik dan vogue yang sangat dicintai pun sekarang dia cari perempuan lain.

Letih aku melayan korang yang sangat naif ni. Jangan jadikan kecantikan seseorang untuk menutup keburukan mereka. Kalau setakat cantik kat luar tapi kat dalam buruk buat apa. Ada penyakit M bagi aku pun dah cukup cacat untuk si cantik ni.


P/S : Don’t judge the book by the cover

Istimewa

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
... Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


P/S : Istimewa nya aku sebagai seorang wanita

Kadang-Kadang IV


Hurrmmmm..
Rasa macam tak nak percaya. Tetapi macam tak salah apa yang aku dengar dan fikirkan.
Kenapa apa sahaja yang orang tu buat sedangkan personal pun dia tahu???
Kenapa orang yang paling rapat pun tak tahu? Kenapa dia yang tak patut tahu, tahu??
Pelik lah.. Aku malas nak fikir sebenarnya sebab akan membuat aku lagi serabut.
Tetapi aku harap dia dapat berfikir dengan waras dan mengambil tindakan yang betul.
Setelah macam-macam dugaan yang menimpa dia.
Pink Cherry