Setelah Lama tak Ber Blogging

Assalammualaikum semua.. Hahaha.. Dah lama tak bercerita kat blog ni. Sebab nye takde MOOD + IDEA + MALAS. Masih tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

So permulaan untuk tahun ni.. Let me introduce new family members..

Hari Pertama dilahirkan


Nama saya Muhammad Fattah Ziqri Bin Syahid Zaman. Lahir pada 3 May 2015 secara NORMAL (Yay..Alhamdulillah boleh beranak ramai lagi). Berat lahir 2.20kg. Ringan je sebab mama saya takde selera makan semasa mengandungkan saya. Banyak dugaan semasa ngandungkan saya. Keluar masuk hospital tu dah macam rumah kedua bagi mama dan saya. Tapi Alhamdulillah dengan izin Nya dan mama saya kuat maka lahirlah saya sebagai anak kedua... Boboi lagi uolls. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Tak kira la lelaki atau perempuan. Yang penting cukup sifat dan sihat hendakNya.

Memula masa aku preggy doktor bising juga sebab anak first kan aku Czer. So sepatutnya aku kena rest 2 tahun. Ni baru setahun setengah aku preggy. Bukan accident yer.. Memang aku rancang untuk preggy balik selepas setahun setengah. Alhamdulillah dengan izin Nya aku ngandung lagi. Banyak sangat dugaan. Mabuk tu takyah cakap la kan. Sampai Unpaid leave sebulan. Dengan aku bleeding dan hampir keguguran masa first trimester. Doktor tak bagi aku harapan untuk kandungan aku selamat pada masa tu. Sebab percent untuk keguguran sangat besar. Jadi doktor suruh aku banyak berdoa dan berehat. Tapi aku tak mengalah, aku berubat kampung. Berurut dengan nenek aku (dia bidan kampung)Alhamdulillah kandungan aku selamat. Doktor pun terkejut. Tapi aku tak bagitahu yang aku berurut. Memang tak lah doktor nak kasi berurut sayang oi.

Masa kandungan aku masuk trimester kedua, aku asthma. Sedangkan last asthma aku attack masa 2007. 7 tahun beb aku tak kena. Tetiba time aku preggy ni aku kena. Pergi checkup kat hospital dan warded. Sebab doktor cakap jantung aku tak ok dan takut effect kat baby. 3 hari 2 malam aku kat Hospital Selayang tu. Duduk dalam wad yang penuh dengan orang bermasalah jantung dan paru-paru. Setiap hari ada je orang meninggal kat wad tu. Korang dapat bayangkan tak apa perasaan aku? Hari-hari aku doa semoga aku cepat sembuh. Aku tak nak mati lagi. Anak aku kecil dan aku masih preggy. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.

Bila kandungan aku masuk 8 bulan doktor syak kandungan aku ada masalah sebab berat baby tak bertambah. Doktor takut aliran tali pusat baby tak normal. Korang bayangkan, tali pusat tu fungsi nya membawa khasiat yang kita makan dan oksigen dalam darah kepada baby. So bila tali pusat tu tak beroperasi sepatutnya apa yang akan jadi kat baby? Ya Allah, besar betul dugaan aku masa tu. Kemungkinan untuk aku dipaksa bersalin awal sangat besar. So doktor bagi aku masa 2minggu untuk scan kali kedua. Dan Alhamdulillah, berat baby bertambah dan aliran tali pusat normal macam biasa. Cuma aku tak banyak masa untuk tambah lagi berat baby ke 2.5kg ke atas.

Aku bersalin awal seminggu lebih dari tarikh DUE yang sepatutnya 15 May 2015. Sakit contraction tu tak payah cerita la. Sama je macam sebelum ni. Dan Alhamdulillah aku dapat bersalin normal.
So tahun ni kami beraya berempat.. Hihi.. Oklah, itu jer nak cerita. Next time ada mood aku cerita lagi. Layan gambar je lah yer..













P/S : Aku malas nk resize gambar ok... bhahaha



Pink Cherry