Jom Shopping..


P/S : Ala, nak pergi dengan siapa ni.. hurmmmm...

Melepas...

Uwaaaa....
Melepas aku..

Semalam aku dengan En. Tunang gi makan kat AP Ayam Penyet.
Cari tempat duduk..
Pastu order apa yang nak di melantak..
Sampai je makanan, aku gi lah basuh tangan
Sebab nak makan guna tangan. (Orang Melayu kan)..hehehe..
Pergi kat sinki, sempat menoleh kat meja tepi sinki.
Ehh.. Macam kenal mamat hensem ni..
Tapi kat mana aku pernah tengok dia..
Sambil basuh tangan aku berfikir..
Balik ke meja dan " Eh, Ady Putra tu!"

Wahhh... hensem nya dia..!
Aku cakap dengan En. Tunang yang aku nak bergambar dengan dia
Kebetulan pula handphone En. Tunang battery weak.. aduh
Handphone aku tak boleh sebab pixel dia kecik
Macamana nak upload kat FB nanti..
Akhirnya aku hanya terkulat-kulat tengok dia dari jauh je
Frust tak ingat... uWaaaaaaaaaaaa

Biodata Ady Putra

Ady Putra atau nama penuhnya Mohamed Hadi Putera bin Halim ialah seorang pelakon Melayu Malaysia. Beliau dilahirkan pada 26 Februari 1981 di Singapura. Perjalanan karier Ady bermula di Singapura sebagai model , pelakon dan pengacara di Suria TV Mediacorp. Sekarang tinggal Kuala Lumpur untuk meruskan kerjayanya sebagai pelakon TV dan filem handalan di Malaysia. Kelihatan dan suara beliau sama seperti pelakon bernama Erry Putra. Tetapi beliau bukan adik-beradik. Pertama kali berlakon, beliau pernah dikenali sebagai Hadi Putera apabila belum bermula di Malaysia. Beliau adalah anak bongsu daripada 3 beradik dan kelulusan dari Institut Pendidikan Teknikal Singapura dalam bidang Kejuruteraan. Beliau sudah berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
(Info ni aku dapat di sini)


P/S: Love u... (Pstttt.. Nasib u dah kahwin)
Zodial kita sama la..heeeeee

Lawak II

Jenis-jenis kuih

Kuih Paling Gangster = Kuih Lompat Tikam
Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi
Kuih Paling Keji= Taik Itik
Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk Awet Muda = Seri Muka
Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk
Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam Zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampret
Kuih yang bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-Lu
Kuih Paling Lembab = Kuih Siput

Petua Cari Isteri

Nak Pandai = Cari Isteri Cikgu
Nak Sihat = Cari isteri doktor
Nak Kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak Glamor = Cari isteri artis
Nak Gaduh = Cari isteri samseng
Nak Sembang = Cari isteri penceramah
Nak Alim = Cari isteri ustazah
Nak Gemuk = Cari isteri chef
Nak Selamat = Cari isteri polis
Nak Sytlo = Cari isteri kaki shopping
Nak MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua


P/S : Copy and paste dari FB je.. heheheh

Lawak


Kalau binatang ada facebook, agak-agak apa status mereka?


NYAMUK :
Baru habis ronda rumah Mamat… kenyang..burrrrp…., Alhamdulillah..

CICAK : Isteri aku tersepit pintu…

KUCING BETINA: ::Anak i yang ke-4 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. Coz I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua sudah di goreng atau wat masak lemak ….I luv u all… jangan lupe wat kenduri arwah untuk gua yer… (+__+)

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Abis la gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa ) -:

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!


P/S: aku copy and paste dalam FB je ni.. huhuhu

Memendam Rasa

Arrggghhh.....
Aku tak suka dengan perasaan aku sekarang.
Sepatutnya dari dulu lagi aku luahkan.
Kalau aku nak luahkan sekarang aku takut
Aku takut semuanya akan jadi pelik.
Aku takut nak menghadapi lepas apa yang aku luahkan.
Aku takut kalau orang akan menjauh dari aku.
Aku serba-salah.

Korang pernah tak rasa macam aku rasa?.
Nak luahkan tapi tak berkesampaian.
Tak sesuai dengan keadaan dan situasi.
Apa yang patut aku lakukan sekarang?

Simpan je perasaan itu??.
Aku bukan jenis yang macamtu.
Sebab aku tak reti menipu.
Sebab aku sangat berterus-terang.
Sebab aku sangat jujur(poyo je).

Selagi aku tak luahkan.
Selagi itulah aku akan memikirkan.
Perasaan tu akan sentiasa menjerut aku.
Membuat aku rasa serba-salah.
Dan aku akan bersedih.


P/S : Harap perasaan ini akan segera pergi dari hidup aku. Letih sangat dengan perasaan ni.

SCG Open Office

(antara staff-staff dan bosses3 SCG)

Dah masuk minggu ke-3 kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011. Sempena Raya ni, office aku buat Open Office pada 15th September 2011. Ramai juga la client, tetamu dan jiran-jiran SCG datang.. Sangat seronok dan happening dengan gelagat semua orang especially staff-staff SCG. Terutama ketika bergambar. Macam-macam aksi yang boleh dilihat. Comel, kelakar, cover macho, control ayu gitu dan sebagainya.. heheh.. Ini semua kenangan semasa aku masih berada di SCG. Harap hubungan aku dan antara staff di SCG bertambah erat gitu. Aku sayang mereka..

Kat sini aku nak share beberapa keping gambar yang agak cool gitu... (click kat gambar untuk tumbesaran gambar okey)


(gambar kanak-kanak ribena)

Di Saat Aku Mencintaimu

Kak Long, ada tak lagu Dadali.. Erkk.. Tak pernah dengar pun.
Siapa Dadali tu??
Aku search kat Youtube
Dengar lagu tu.. First impression.. Hurrrmmm.. tak best

Dan hari ini aku mula suka kan lagu tu
Berulang kali aku dengar lagu tu..
Memang agak jiwang babe.. tapi aku suka lirik dia...
Agak sedih juga, tapi aku suka.. heeee

Bawah ni ada lirik nya dan kalau nak tengok video tekan sini



Tajuk : Di saat Aku Mencintaimu
Penyanyi : Dadali

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


P/S: Touching bile dengar lagu ni


Nasihat dan Pengalaman

Semalam aku dengan En. Tunang dinner kat tempat selalu kami dinner. Owner kedai tu pasangan suami dan isteri memang agak baik dan rapat dengan kami. Sebelum tu En. Tunang ada cakap yang si suami ada call sebab nak cagar geran tanah dia 4 ekar. Dia ada buat business pasir. Dia perlukan dalam 50K untuk business tu dan suruh carikan sesiapa yang ada modal.

So masa tengah makan tu si suami datang ke meja kami dan bertanya ada ke sesiapa nak kan tanah tu. En. Tunang pun berborak-borak dengan dia sambil aku menikmati lauk kesukaan ku.. hehehe... Dalam mereka berborak tu aku tertarik dengan beberapa nasihat dan pengalaman yang dia beritahu. Antaranya :

1) Kalau orang nak menipu kita, ada hitam putih (agreement) pun dia akan tipu. Tengok Nawaitu kita sendiri sebenarnya. Tiada hitam putih pun, kalau hati dia nak bayar dia akan bayar. Betul kan? Pengalaman dia yang kawan baik dia sendiri pernah tipu dia.

2) Nasihat seterusnya ni lebih kepada hubungan antara suami dan isteri. Antaranya pengalaman dia, biarlah orang cakap isteri atau suami kita tak cantik ke handsome. Yang penting kita sendiri, sebab kita yang nak hidup dengan pasangan kita. Bukan orang lain.

3) Jangan percayakan orang ketiga termasuklah emak atau family kita dalam hubungan suami isteri. Sebab tak semestinya mereka ni cuba untuk memperbaiki hubungan kita. Dengar tu boleh lah, tapi kita kena la pertimbangkan setiap nasihat atau kata-kata mereka sebaiknya.

4) Orang lelaki ni suka percayakan kawan dari isteri sendiri. Contohnya senang je nak kasi kawan pinjam duit dari nak kasi isteri. Sebab bagi mereka kawan ni selalu bersama mereka. Tapi silap yer. Orang tahu ke rumah kita takde beras? Orang tau ker kita takde duit? Siapa yang tolong urutkan kepala kita masa kita sakit kepala? Siapa yang tahu kalau bukan isteri kita sendiri. Time susah dan senang isteri sentiasa bersama kita. Sentiasa mendoakan kejayaan kita. Sentiasa di belakang kita.

5) Isteri kena kawal kemarahan atau masalah suami. Jangan kita tambahkan marah dan masalah mereka. Cuba duduk berbincang bersama. Walaupun isteri tak dapat membantu, tapi sekurang-kurangnya dapat menjadi pendengar yang setia.

6) Kalau boleh, elakkan selalu makan di luar yer. Masak la kat rumah. Air tangan isteri ni selain boleh mengeratkan hubungan antara suami dan isteri, masa makan tu kita boleh berbincang pelbagai benda. Kalau makan kat luar, ada ke kita bincang masalah-masalah kita??

7) Kalau boleh sebelum/selepas kahwin buatlah simpanan. Tak kira la apapun. Sebab, anak-anak zaman sekarang tak mungkin akan boleh bela kita masa kita tua nanti. Sekarang ni pun dah banyak kes yang orang tua kena halau/usir oleh anak kandung sendiri. Kalau dia hantar kita rumah kebajikan tu pun dah cukup baik dari campak kita kat mana-mana.

8) Kita bukanlah nak sangat hidup SANGAT kaya. Tapi kalau boleh biarlah rumah atau kereta tak berhutang. Boleh duduk kat rumah bersama family time weekend. Abang ni bukan tak mampu nak pakai BMW ke, Merz ke. Mampu. Tapi bila fikir balik, semua tu masalah. Sebab time tu la perempuan gatal kat luar sana pandang kita. Opppsss.. bukan pandang kita yer, tapi pandang HARTA kita.

9) Suami kalau boleh tak payah lah nak berkawan sangat dengan perempuan. Maksudnye bukan lah tak boleh, tapi cukuplah sekadar kenal macam tu sahaja. Sebab kalau kita dah mula berkawan dengan perempuan, kita akan lupa anak bini kat rumah. Tambah-tambah perempuan zaman sekarang ni nak hidup senang je. Bila kita berduit sikit mula lah nak dekat. JANGAN kita mengadu atau minta pendapat mereka, sebab alamatnya bercerai la kita nanti

10) Kita ni buka takut dengan bini/isteri. Tapi kita hormat dan sayang mereka. Time dia marah-marah tu, kita dengarkan je lah. Jangan pula kita tengking atau marah mereka. Lepastu kita keluar dan dalam sejam balik rumah tengok dia dah mula bercakap dengan kita, haa.. time tu la kita tanya apa masalah dia. Cuba kalau dia tengah marah dan kita marahkan dia balik?

-2002-

Ada banyak lagi nasihat dan pengalaman yang dia kongsikan dengan kami. Tapi cukuplah 10 yang dapat aku share kat sini. Yang lain-lain tu fikir sendiri la yer


P/S: Seronok dengar pendapat dan pengalaman orang lain. Boleh dijadikan rencah dalam kehidupan kita sendiri

Cuti-Cuti

Dalam mood raya lagipun ni.
Lepas balik beraya di kampung
Dah tak tahu apa nak dibuat di KL
Dengan tiba-tiba teringat janji En. Tunang
Nak bawa jalan-jalan ke Genting Highland
So aku pun tuntut janji

-antara gambar yang diambil, tapi tak berapa ok sebab pakai camera Hp je-

Pada hari raya ke-5 aku ajak En. Tunang pergi Genting
Saje nak jalan-jalan.
Ambil angin sejuk kat sana.
Pukul 4petang kami bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 5petang
Puas cari parking Al-maklumlah Peak Season
Semua penuh...
Last kami parking di Hotel First World Genting.
Senang sikit, naik je kat lobi dah boleh cari Indoor Game
Shopping Mall pun banyak. So tak payah nak jalan jauh-jauh

-En. Tunang yang semakin boroi-

En. Tunang dapat la beli Jersey Nike Brazil kesukaan dia.
Kat tanah rata sangat mahal. Dalam RM260
Kat sini ada discount 40%
Aku pula beli seluar dan baju di Padini Concept.
Harga dan fesyen dia tak sama macam kat tanah rata.
Sangat murah okey. Puas hati jalan jauh

-minum minuman panas sebab sejuk-

-lapar yang amat sangat-

Pastu kami makan di Marry Brown
Biasalah, makanan kat sini mahal
So nak lebih senang dan jimat makan kat fast food je.
Dalam pukul 12.00 tengah malam kami balik.

-mulut kembong, En. Tunang dah snap-


P/S: Dah lama tak pergi jalan-jalan dengan En. Tunang ke tempat romantik.. heheh

Kadang-Kadang III


Kadang-kadang aku tak faham dengan pemikiran sesetengah individu. Kadang-kadang aku malas nak layan @ jaga perasaan mereka. Bosan bila memikirkan kerenah masing-masing. Letihlah kalau aku nak kena layan sorang-sorang . Sebab bagi aku, setiap orang ada perwatakan dan pemikiran sendiri..

Memangla kadang-kadang sangat menyakit dan menjelekkan hati kita sendiri. Kalau diikutkan hati nak je aku tembak sorang-sorang dengan senapang gajah. Biar lenyap satu-persatu di muka Bumi Allah ni. Hahahah…. Tapi kejam lah pula aku rasa. So layan kan je selagi mampu. Kalau dah tak boleh nak handle, aku wat tak tahu je ATAU aku akan menjadi Incredible Hulk. Marah kan saje. Mereka bukan budak untuk aku pujuk-pujuk atau kasi gula-gula supaya mereka dengar cakap aku. Kalau lah budak-budak yang buat aku marah, memang dah aku tangankan. Aku memang sangat garang kalau diikutkan. Aku tak suka orang buat aku marah. Sebab aku ni jenis manusia panas baran lah juga. Tapi cepat sejuk. Maybe ikut perangai sebelah ayah yang panas baran. Kalau aku tak suka kan sesuatu, aku akan cuba untuk berterus-terang. So taklah orang akan marah aku kemudian hari.

Sebenarnya aku nak cerita benda lain. Tapi aku rasa macam tak sampai hati. Tapi kalau tak cerita macam akan menjadi nanah dalam hati aku. Tapi (berapa banyak tapi daaa..).. Next time la aku cerita.


P/S: Rasa meluat pun ada bila mendapat tahu. Tapi masih dalam siasatan. Harap-harap bukan seperti yang aku dan orang lain fikirkan.

"The cure for boredom is curiosity. There is no cure for curiosity"

Raya.. (Cont..)


Okey, hari ini aku tak busy dah. So aku boleh upload banyak-banyak gambar raya..

Sangat seronok sebab dapat beraya bersama sedara-mara yang sangat sporting dan understanding. Time ni lah dapat berkumpul ramai-ramai sambil borak-borak dan wat lawak. Harap tahun hadapan aku dapat beraya bersama mereka lagi dan lebih meriah,meriah dan meriah lagi. Love them so much…

So nikmatilah gambar-gambar yang sempat di ambil semasa kami berjalan raya

And the last picture, aku dapat beraya bersama En. Tunang pada Hari Raya Ke-2

Kenyang


Bluurrrpp...
Alhamdulillah.. Kenyang sangat.. Rezeki untuk hari ini
Nasi Kandar Fareed Line Clear..
Thanks Eppy sebab sanggup pergi beli kat Sg. Buloh nun..
Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh
Nasi Kandar ni pernah masuk dalam JJCM kt TV3
Dari sebelum puasa nak try rasa.
Akhirnya dapat gak merasa hari ini.


Aku memilih Nasi Kandar bersama Kari Kambing
Walawehh.. daging empuk,kuah kari dia rasa
macam nak hirup je.
Dan yang paling penting, daging kambing dia
tak berbau..


Harga dia toksah cakap la
Memang sangat berpuas hati. MURAH okey
Harap next time boleh makan lagi
Makan hari-hari muak pula kan..




P/S: Next time nak makan Kari Sotong dia pula..

Isu Semasa : Cabul


Kejadian ni juga terjadi kat aku semalam. Aku tak tau la ada orang lain mengalami sama macam aku. Cuma yang aku harapkan wanita-wanita di luar sana lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

Okey, semalam aku balik lewat sebab, kan aku ada cakap pada entry sebelum ni yang aku sangat-sangat busy buat kerja orang.. Hehehe.. So semalam aku balik dalam pukul 8.00 malam. Selalunya kalau aku balik lewat malam aku akan pakai spek mata sebab aku ni rabun dan silau. Pagi tadi hati ni dah terniat nak ambil spek atas meja. Tapi berat je.. Okey sambung cerita, aku kan pergi dan balik kerja naik motor(bukan minah rempit yer). Dari Sunway Batu Caves aku dah perasan ada orang follow aku dari belakang. Aku laju, dia laju. Aku slow dia pun slow gak. Dalam hati aku, mamat ni nak race ke dengan aku. Aku pun ada gak rasa takut. Dalam hati ada bimbang.. Heheheh..

Masuk je selekoh Taman Industri Bolton (BH Petrol), dia masih ekori aku. Aku mula perlahankan kelajuan motor aku sebab konon nak cari ketenangan (Sebab aku ada krisis dengan En. Tunang). Tetiba lak aku nak lalu jalan yang lagi satu iaitu kawasan kilang(nak ke rumah aku ada 2 laluan, 1 kawasan kilang dan 1 kawasan perumahan). Kawasan tu agak sunyi dan gelap almaklum la dah malam, kilang semua dah tamat beroperasi. Kenapa la dia ni ikut aku lagi. Tiba-tiba dalam kepala aku terfikir pasal kes simbah asid. Apa lagi, aku pun memecut dengan laju. Habis semua bumper aku langgar. Mamat tu still laju dan nak memotong aku. Dalam hati, Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini.

Dengan keadaan yang sangat kelam-kabut tu, aku cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Aku pun memperlahankan motor. Tiba-tiba dia sempat meraba t**** aku dengan keadaan yang laju. Memang sangat terkejut dan dengan tiba-tiba aku jadi berani. Aku menekan horn motor sepanjang perjalanan sambil mengejar dia. Dengan harapan aku dapat menyepak motor dia dan dia akan jatuh. Tapi dia terlepas disebabkan ada kereta didepan aku. So aku tak dapat nak menyelit. Dia terlepas, dahla aku tak sempat nak tengok nombor plat motor dia disebabkan kerabunan aku. Takpe, maybe hari ini dia selamat. Aku berdoa semoga Allah S.W.T membalas perbuatan dia dengan setimpal dan berharap wanita lain tak kena macamana aku kena.

Semasa kejadian, orang sekeliling ramai memerhatikan aku tapi tak bertindak apa-apapun. Kesian kan rakyat Malaysia ni. Aku tak faham dengan mentaliti rakyat Malaysia. Bila time accident, jalan jemm tapi takde seorang pun yang menolong. Hanya menyesakkan lalu-lintas. Sifat ingin 'Tahu' rakyat Malaysia sangat tebal..

Tapi aku sangat bersyukur kerana aku tidak diapa-apakan dengan teruk.. Harap lepas ini aku akan lebih berhati-hati.


P/S : Ya Allah, Kau selamatkan lah hambaMu ini dari segala kecelakaan, kemalangan dan perbuatan khianat. Amin.

Raya..Raya.2011.MERDEKA

Kat sini aku nak mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Aku nak minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa,bosan dan apa-apa perasaan yang kurang menyenangkan sepanjang korang membaca blog ini. Tahun ni juga kita beraya dan menyambut Kemerdekaan yang ke-54 tahun. Harap negara kita aman dan makmur selamanya.

Tahun ni macam biasa, aku akan beraya di Melaka(Kampung belah emak aku). Dan macam biasa juga En. Tunang yang akan menghantar aku dan family balik ke kampung. Sebab jarak antara kampung aku dengan En. Tunang dalam 30minit je. So kalau aku kahwin nanti takla berebut nak beraya mana kan..


-ngeee... aku dpt duit raya tau walaupun dah kerja-

Raya di Melaka memang sangat seronok. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, Family aku, dan pakcik makcik akan berkumpul untuk bersalam-salaman. Selepas itu kami akan berkonvoi beramai-ramai untuk beraya di rumah sedara-mara jauh mahupun dekat. Tapi sekitar Melaka je la. Banyak benda nak cerita tapi aku betul-betul busy. Nak upload gambar raya pun tak sempat sebab aku sangat-sangat busy buat kerja yang sepatutnya bukan bahagian aku. Tetapi memandangkan orang yang meminta tolong tu sangat memerlukan bantuan aku, aku dengan rela hati menolong.. hehehe... harap-harap dia menghargai pertolongan aku yang tak seberapa ni. So bila aku tak busy lagi, aku akan upload gambar sepanjang aku beraya ok..




P/S : Apa-apapun aku sangat bersyukur sebab aku dapat merasa berpuasa dan beraya lagi tahun ini. Harap tahun depan pun sama. Insya'Allah
Pink Cherry