Pengalaman Bersalin - Part 1



Heh.. anak dah nak masuk 4 bulan barulah aku nak update pasal saat-saat genting aku nak bersalin. Busy la. Diri sendiri pun tak terurus. Masuk 4 bulan ni dah 3 kali aku demam. Aku ni bukan boleh tak cukup tidur atau rehat. Mulalah badan ni down yang sangat. Biasalah, umur makin meningkat ni (taknak cakap diri dah tua) kena banyak rest, makan yang berkhasiat. Tambah bila dah ada anak kecil. Bila masa nak masak, kemas rumah, urus suami, jaga suami (eh??), jaga anak, berjaga malam lagi. Makin bertambah tanggungjawab mak ni. Tapi takpe, tu semua pahala.. Cuma aku tak pandai nak arrange masa lagi. Anak first la katakan.

Intro pun dah panjang kan.hew..hew..hew.. Ok, mulakan story aku. Aku taknak cerita panjang-panjang. Just yang penting untuk di share. *padahaldahlupa

1/3/2013 Sepatutnya DUE aku 13 March 2013, tapi aku sakit awal 2 minggu dari tarikh tu. Awal bulan 3 aku dah start bleeding. Orang kata aku kembar darah and bila nak bersalin nanti sakit. Memang sakit pun okay. Aku pun terlebih pandai, minum air selusuh awal. Sepatutnya bila dah keluar tanda sakit tu baru minum. Ni diri sihat walafiat, aku minum. So awal la aku sakit. Bila dah start bleeding, aku pun pergi la Hospital Selayang. Dengan bawa beg bagai konon nak beranak la sangat kan. Nurse pun check aku. CTG bagai dengan macam-macam wayar kat perut aku. Dalam 15minit juga la. Lepastu doctor datang check pula. Tengok result CTG untuk tau kekerapan aku contraction, hanya 2 kali dalam 10minit. Dan bermula la doctor check bukaan. (Adoi.. sakit okay.. ). Nasib doctor perempuan, takla jatuh kemaluan I sangat.. hew..hew..hew.. Tapi aku tutup juga la muka. Still takde bukaan. So aku kena balik rumah.

Ambil perhatian, ni bukan perut aku eh. Aku google je. Tak sanggup I nak show my perut kat semorang. Perut I tak chanktek macam perut orang ni.. Kalau I tunjuk pun pasti sangat korang tak mau tengok *hew.hew..hew
Malam tu dalam pukul 11pm, aku gi toilet nak kencing. Ada darah banyak keluar kat toilet bowl. Giler terkejut aku. Nak pergi hospital balik, doctor tu cakap kalau setakat darah jangan datang lagi. Kalau air ketuban pecah baru datang. So esok paginya aku just pergi klinik. Doctor cakap takde apa-apa. So aku cool lagi. Dapat MC 2 hari. Dia suruh aku rest. 

5/3/2013 aku last checkup kat KK Selayang. Aku bagitau nurse tu yang aku bleeding. So dia refer aku pada doctor. Masuk bilik doctor, mati aku kena marah. 

“Kenapa u tak pergi hospital terus. U jangan main-main. Ni anak first u kan. Kalau jadi apa-apa kat u sapa nak bertanggungjawab?”

Hambik kau.. Sebakul aku kena bebel. Padahal aku tak salah apa pun. Dah doctor kat hospital cakap kalo darah tu keluar normal. Kena tunggu air ketuban pecah baru datang hospital balik. Aku kan ikut nasihat. Mana satu aku nak ikut ni. Hospital cakap lain, klinik cakap lain. Pening kepala I tau tak. Last, doctor KK Selayang buat surat suruh aku pergi hospital hari tu juga. Dengan slumber aku boleh lagi pergi makan ikan bakar kat area Stadium Selayang tu. Dalam pukul 2pm baru aku sampai hospital. Macam biasa, daftar, check CTG, kena seluk dengan doctor untuk tau bukaan, last nye kena balik juga.

Malam tu darah keluar lagi, tapi biasa je. Aku pun tidur macam biasa. Tapi perut dah start rasa sakit. Relax dulu. Eh, kita sambung next entry yer. Dah nak lunch ni. Nak siap-siap pergi lunch. Hari ni kan hari Jumaat. Selalunya kami ramai-ramai keluar jenjalan.. Bye..

Hutang

-surat dari MARA-


Alhamdulillah…. Akhirnya settle juga hutang aku yang satu ni. Sepatutnya dah lama settle, tapi aku asyik tertunggak je. Bila nak raya ,mesti  aku tak bayar sebulan. Nak kahwin tahun lepas pun macamtu gak, postpone 2 bulan. Yang aku cuti tanpa gaji sebulan sebab alahan pregnant tu pun tunggak sebulan. Pada hal bukan banyak pun nak bayar every month.. RM150 je pun. Tu pun liat aku nak membayar tiap-tiap bulan. Biasala manusia ni kan. Time nak minta tu janji macam-macam. Tapi bila time nak bayar hutang, hampeh (termasuklah aku sendiri). So janganlah berhutang. 



P/S : Lepas ni duit tu boleh aku spend untuk anak aku pula.

Tak Sihat

Selama 3 bulan, ni 1st time anak aku tak sihat. Kesian aku tengok Umar. Rasa macam biarlah aku yang sakit. Dia kan baby lagi. Tak tau nak buang hingus and kahak dia sendiri. Nak je aku sedut kahak dia. Kalau hingus tu boleh beli penyedut kat kedai bayi. Kahak? takkan nak sedut kat klinik. Tak sampai hati aku..

Tapi Umar anak yang baik. Dia tak meragam pun. Sakit-sakit pun dia aktif. Kuat minum susu. Makan ubat pun tak sembur-sembur. Dia telan je. Alhamdulillah. Mama sayang sangat dengan Umar... Cuma aku la risau sangat kat dia. Kejap-kejap bangun tengok dia. Nangis aku.

Semoga Umar cepat sembuh. Mama dan ayah sayang Umar sangat-sangat.

budak tak sihat beraksi. sian anak mama. cepat sembuh yer sayang
P/S : Tetiba aku rindu kat Umar.. Uwaaa.. cepatlah 5.30pm..

3 Month

Alhamdulillah. Dah 3 bulan umur anak aku. Semoga Umar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku mengandung. Bawa perut yang tak berapa nak besar.. 

Sekarang Umar dah pandai berborak dan menegur. Tapi borak cakap dia ler. Bila kita borak dengan dia, senyum lebar je. Kadang-kadang gelak. Tetiba rindu kat Umar. Pastu suka sangat hisap jari dia. Kalau dia geram habis sepenumbuk dia masuk dalam mulut. Adoi. Besarla mulut kau nak.. Lagi satu dia dah kuat merajuk. Kalau lambat kasi susu mulalah merajuk. Nangis ngada-ngada. Geram jer, rasa macam nak gigit je pipi dia yang tembam tu.

Aishh.. Bila la aku nak rajin buat entry pasal bersalin.. Mood tak sampai lagi. Sekarang mood cerita pasal anak je. Kalau kat depan PC tu, asyik search barang-barang baby je la aku. Hari minggu lepas, 3 pasang baju aku beli, hari Selasa aku beli online set romper, semalam sepasang aku beli. Adoi, habis duit beli baju Umar je kerja aku. Excited kan. Anak 1st katanyaaa..

Okla, nak buat air untuk minum petang jap. Biskut Hup Seng cicah Milo.. Sedapnya.. Makan je la kerja kau Jue. Mana tak berlapis perut. Punggung dah makin melebar.. Kena diet ni.. Tapi nak juga biskut cicah Milo. Okay, BYE.

- Umar dari umur sehari ke 3 bulan -

Pink Cherry