Wordless Wednesday II

Inilah yang dikata

"Kasih sayang tak mengenal siapa, rupa dan usia."

Comel sangat...
Rasa terharu

Sejarah dulu-dulu

SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja. Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,






"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh itu harta. itu hartaaaa bukan kauuu yang punyaaaa"

"MANNNN BELONNN yang punyaaaaaa... Ha..Ha...Ha...Ha...Ha..."

"Yaaaaaaa, Mannnnnnnnnnn Belon yang punyaaaaaa... "



Sudah.. Sudah.. Pergi buat keja.......


Tahniah kerana minat membaca.


P/S: Hilang stress aku sekejap.. hehehhe

Menghitung Hari

09.03.2012

Hari ni dah 28.02.2012.
Lagi 9 hari je kot.
Mula menghitung hari..

"Hati sangat berdebar-debar...
Tidur malam pun dah tak lena...
Kepala sering sakit sebab asyik berfikir...
Makan pun dah tak berselera..."


Selagi tak lepas majlis, selagi itu aku akan ada perasaan kat atas ni




P/S: Harap Majlis Perkahwinan kami nanti berjalan lancar. Semuanya dengan izin Allah SWT. Amin..

Berjuang..

Tadi aku dapat call dari Hospital Selayang.
Sebab sebelum ni aku sakit gigi..
Gigi geraham bongsu sebelah kanan kat bawah aku kena operate
Dah rosak teruk dan tak keluar habis dari gusi.
Sebab dah takde ruang untuk tumbuh.
Kalau diikutkan waiting list, ramai lagi nurse tu kata
Tetiba, tadi diaorang call cakap aku kena operate hari ini juga
Lagi 2minggu aku akan diijabkabulkan..
Aku takut juga effect dia nanti.
Tapi aku tawakal la.. Berserah pada Allah SWT.
Semoga takde apa yang buruk berlaku.

Kepada kawan-kawan B2B.. saya nak minta maaf kalau penulisan saya ini ada menyinggung hati mana-mana pihak.

P/S : Doakan saya selamat yer..

Biadap..

Hurmm...

Nak kata busy sangat, tak pun.. selalu je aku tengok bergayut..
Kerja selalu je silap dan tak ikut date yang sepatutnya.
Yang jadi mangsa orang yang bawahan ni.
Nak kata aku perfect tak juga. Tapi aku akan cuba buat walau aku tak berapa tahu
Walau bukan kerja aku.
Dan kerja dia hanya tau, "minta tolong kejap".
Bila orang tak dapat nak tolong, mula nak marah.
Itu ker cara minta tolong?? Kalau minta tolong, kena ikhlas. Baru orang ikhlas nak tolong.
Jangan tau nak marah kalau orang tak boleh tolong.

Bila orang tegur cara kerja dia, tau nak melenting
Konon aku paling penting dalam office ni.
Kalau aku takde, semua orang susah.
Pergi mati la kau..

Lain kali pergi belajar macam mana cara nak minta tolong dengan orang cara baik
Macam mana cara nak hormat orang.
Jangan hanya rupa jer elok, tapi dalam.. hurmmm..
Bukan aku tak nak lawan, cuma aku malas nak besarkan satu hal.


P/S : Tapi kali ini aku lepaskan kau sebab tadi boss ada depan aku. Kalau tak kau tau apa akan terjadikan. Bukan kali ini jer aku sabar. Tunggu sebab kau dan aku juga manusia.

Selama 27 tahun aku hidup...

Selamat Hari Lahir buat aku yang ke-27 tahun.. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan rezeki, bahagia bersama orang tersayang dan family dan semoga tahun ini aku dapat berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Tahun ini last birthday aku bujang. Lepas ni sambut dengan En. Suami pula kan.. Tahun 2012 ini adalah tahun yang terbaik buat aku sebab :

1) Cinta kami selama 10 tahun akan bersatu dengan ikatan perkahwinan. Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang sihat dan soleh/solehah..

2) Aku akan ada family baru yang ramai, ada abang, kakak dan adik (ipar), 2 orang emak. Selama ni ada emak, ayah, adik lelaki 2 orang.. hehehe

3) 1st time sambut Ramadhan dan Hari Raya bersama En. Suami dan keluarganya.

4) Ada 2 kampung (walaupun kampung kami perjalanan cuma 20min, Lubok Cina dan Brisu)

5) Bermula episod baru aku sebagai seorang isteri. Kena jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.. InsyaAllah


P/S: Semoga apa yang dirancang akan terlaksana.. Amin.. Terima kasih Ya Allah..

Luahan Rasa

Hurmmm…


Dah lama tak post sesuatu kat blog ni kan?

Situasi : Setiap kali ada jamuan makan…

Aku bukan berkira, tapi kau yang mengajar aku untuk berkira. Nak kata budak lagi tapi dah matang segala serba-serbi. Kalau nak diikutkan bukan kerja aku pun untuk entertain semua orang. Tapi kalau untuk client/customer memang la kerja aku walau tak masuk dalam skop kerja aku pun. Sebab kalau aku tak sebok, memang aku akan buat. Aku tak akan berkira walau aku pergi beli, kena kemas, kena angkat atau sebagainya. Bukan seronok ke keluar pergi cari barang atau beli sesuatu? Tak susah pun, sebab lepas tu semua orang akan makan/guna. Termasuk kau sekali. Eh…

Bukan nak kata apa, setiap kali ada jamuan makan. Semua orang akan makan “bersama-sama”. Selepas makan, akan duduk tempat masing-masing. Tapi nak kena kemas? Tinggal berapa kerat je pun yang akan membantu. Kalau lelaki tu aku boleh accept, tapi perempuan? Kau orang perasan tak setiap perbuatan kau orang tu menggambarkan siapa diri kau orang sebenarnya. Malas, pengotor dan fikir sendiri. Untuk sekali dua aku boleh bertolak ansur. Tapi kalau setiap kali?? Ingin aku terangkan kat sini yang aku dan dia yang membantu bukan tea-lady atau cleaner office. Eh, kat office ke?? Ahahah..

Masing-masing dah besar. Pandai la fikir. Kat office ni bukan ada emak yang akan tolong kemaskan untuk semua.

-kat office jangan tau tidur je. Eh?-

P/S: Aku tak berkira, tapi sendiri fikir. Kalau setiap orang ada rasa pembersih, so takdela semak sangat kan?

Nasihat II

Dua hari lepas, aku punya Senior Engineer ada cakap mengenai minum sambil berdiri..
Dia cakap tak elok untuk sistem "bladder" kita..
So tadi aku buka FB, ada member post pasal minum berdiri ni..

Mengapa Rasulullah S.A.W melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sf-ringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sf-ringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sf-ringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.


Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal

3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung


P/S: Patutla masa aku minum berdiri rasa senak je perut.. Heheheh

Rezeki Hari Bahagia

Tadi tengok handphone, ada miscall dari En.Tunang
Eh!! Bila pula dia call. Takde bunyi pun.
Padahal aku tak kemana-mana pun.

So aku call En. Tunang balik

Aku : Bila awak call? takde bunyi pun

En.Tunang : Tadi, tapi saya nak mandi dulu. Tu yang tak jadi call


Aku : Owh..


En.Tunang : Awak dah breakfast?


Aku : Belum, tak sempat beli


En.Tunang : Payment saya dah masuk (setelah 5bulan tak bergaji)


Aku: Yer ker? Semua sekali ker?


En.Tunang : A'ah, semua sekali. Sehari dua ni saya sebok sikit sebab nak kira gaji staff


Aku : Okey..


Sebenarnya sejak bulan 8 tahun lepas En.Tunang tak dapat gaji. Dia kerja sebagai Kontraktor TNB. So payment akan dapat selepas target kerja sampai. Pastu nak claim kena pula tunggu lama. Biasala, kerja sebagai kontraktor. Kerja siap baru ada payment. So sepanjang 5 bulan tu, En.Tunang bayar gaji staff dengan duit dia. Banyak juga duit dia habis. Dalam masa tu juga aku ada masa cuba untuk memahami dan ada masa juga aku tension sebab kami nak kahwin. Kena ikat perut untuk buat sesuatu. Kesian aku tengok dia. Tapi kalau aku diam, macamne dengan majlis kami. Kami kerap bergaduh.(tapi kejap jela) eh.. heheh..

Dan dalam mengitung hari bahagia, Allah S.W.T bagi kami rezeki. Bukan 1 tapi 2.

1) 1st of course la gaji En.Tunang selama 5bulan dibayar juga. So senang kami nak merancang apa yang nak dibeli untuk majlis kami nanti.

2) Abang En.Tunang nak pindah rumah, so dia suruh kami sambung bayar rumah yang dia duduk sekarang ini. Bukan tu saja, dia bagi kami siap perabot yang ada kat rumah tu. TV, Peti Ais, Mesin basuh, 2 set bilik tidur siap dengan tilam dan meja makan. So kami dah jimat untuk perabot dan down payment rumah..


P/S : Terima kasih Ya Allah, dengan rezeki yang telah Kau berikan kepada kami.
Aku rasa sangat terharu dan tak tau nak cakap apa.. ALHAMDULILLAH

Mood : Tension

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hari ni aku sangat letih dan tension.
Meh layan lagu Ombak Rindu jap.. hehehe


Nak tahu kenapa aku tension
Aku cari ni


Aku cari kompang untuk majlis aku nanti
Baru aku tahu sewa kompang sekarang mahal
Dah naik harga.
Aku ingat barang dapur je naik harga.
Lari budget babe..


P/S : Takkan kompang pakai CD je. Adoiii T_T

...PerSEDIAAN KaHwin.... Tema

Hye.. Selamat datang February.. Hitung punya hitung tinggal lagi 37 hari aku akan memegang title Puan.. Sangat mendebarkan. Orang tua-tua kata dalam tempoh ni darah manis.. hahahah.. So kena berhati-hati ni. Patutlah tangan aku asyik luka je kebelakangan ni. Adoi.. tah bila luka pun aku tak tau. Tetiba je berdarah..

Okey, ingat tak sebelum ni aku ada cerita kat SINI pasal tema aku color apa? Sekarang sudah tukar yer.. Sebab nya bila aku masuk je butik pengantin.. Mesti color PINK PURPLE yang aku berkenan. So aku decide color tu untuk tema aku.

-sweet sangat sebab ada color pink-

P/S : Kad aku tak siap lagi sebab kedai kad tu tutup 2minggu. CNY. 15.2.2012 baru kad aku siap. Kepada B2B dijemput hadir yer. Kalau nak kad leh bagi alamat. Nanti aku post kat korang
Pink Cherry