Bercuti di Janda Baik, Pahang

Dah 2 tahun office aku tak buat Company Trip. So 2 tahun juga lah aku tak pergi bercuti. Bukan tak boleh pergi sendiri. Tapi En. Suami busy sangat. So bila weekend or cuti je aku duduk memerap rumah mak aku. Tak pun aku ajak mak aku pergi Giant Batu Caves tu cuci-cuci mata. Kesian kan aku.. Hahah.. Takpelah, asalkan dapat bawa Umar melihat dunia luar walau takat kat Gombak tu je.

Sebenarnya nak pergi Janda Baik ni dah banyak kali plan. Tapi manjang tak jadi. Kebetulan duit buat Tournament Bowling tu ada, so aku decide dengan Engineer merangkap pengurus percutian (En. Syaril) kita terus plan pergi ke Janda Baik. Siapa nak pergi bagi nama cepat dan yang taknak pergi takyah pergi. Dalam seminggu punya perancangan, booking chalet, cari tarikh yang sesuai, apa aktiviti yang nak buat, akhirnya menjadi. So kami pilih tarikh 18/1/2014 - 19/1/2014. Kami bincang dari bulan December 2013 lagi. Tarikh ni je yang kosong.

Antara chalet yang ada kat Pulau Santap, Janda Baik.

Dalam sebulan tu juga aku pujuk En. Suami ajak dia pergi. Macam-macam alasan yang dia bagi. Antaranya sebab anak kecil lagi, kawasan tu hutan, tak bahaya ke bawa budak kecil? Hello sayang, kat sana memang hutan, tapi banyak kawasan perumahan. Bukan macam kat Ulu Yam tu. Memang takde rumah orang pun. Adoi la En. Suami. Nasib lah dia nak pergi juga setelah dipujuk dan dengan SYARAT tak tidur sana. Maksudnya lepas habis aktiviti, terus balik Gombak. Aku setuju asal dapat bercuti dengan officemate aku.

Sampai sana kami disajikan dengan buah manggis dan durian. Kebetulan kat sana tengah musim. Petang pula makan kuih-muih campur buah durian dan manggis lagi. Sambil tu sesiapa yang nak mandi sungai boleh lah berendam dalam sungai. Malam ada aktiviti BBQ. Macam-macam makanan yang ada. Kambing, ayam, sosej, daging burger, nasi goreng dan bihun goreng. Ambik kau, makanlah sampai muntah. Selepas tu ada sesi Pertandingan Karaoke, Tukar Hadiah dan Tiru Gaya. Memang seronok sangat. En. Suami ada masuk Pertandingan Karaoke dan MENANG okay. Tempat pertama lagi tu. Hadiah takdelah besar sangat. Hamper dan wang tunai RM100. Okay la tu kan. Untuk suka-suka aje. Sekurang-kurangnya En. Suami tak serik ikut office aku pergi bercuti next time.

Antara aktiviti yang sempat dirakam.

Yang bestnye En. Suami SETUJU untuk tidur kat sana. Nasib memang aku ambil bilik mengenangkan ada anak kecil. Dan Alhamdulillah Umar tak meragam sewaktu kat sana. Dia seronok sebab ramai orang nak gomol dia. So next time boleh bawa Umar bercuti lagi.

Umar berendam main air. Orang dah menggigil, dia relax je.
Ni aktiviti besoknya sebelum check out. Semua orang mandi sungai, so aku pun bawa Umar mandi juga la kan. Biar dia merasa. Nasib dia okay. Nak main air sendiri. Tak nangis.

Okaylah, harap next time ada aktiviti macam ni lagi bagi mengeratkan hubungan kami satu office. Dan untuk pengetahuan, bos-bos tak tau pun percutian kami ni. Sebab kami boikot. Yelah, taknak buat Company trip untuk kami kan.. hhihih.. So kami buat untuk kami-kami je..





Tukar Susu


 Masuk 10 bulan ni dah 3 kali Umar tukar susu. Masa dia lahir tu dia minum Anmum plus dengan susu badan. Semua sedia maklum, susu badan aku memang tak banyak. Sebab tu lahir-lahir je anak aku dah campur susu. Kesian kan anak aku. Tapi nak buat macam mana. Harap next baby aku leh BF dia sepenuhnya. InsyaAllah, kalau ada rezeki.


Umur dia 5 bulan dia taknak dah menetek. So teruskan dengan Anmum. Umur 6 bulan, berak Umar dah start keras. Kesian aku tengok time dia meneran tu. Merah-merah muka. So aku decide tukar susu lagi. Aku try kasi Dutch Lady dulu sebab tengok anak buah aku minum okay je. Sampai la bulan ni (Januari 2014), Umar tak sihat. Dekat seminggu dia demam On/Off. Lepastu cirit-birit pula. Dalam masa dia tak sihat tu, dia tak nak menyusu. Sehari tu ada lah dalam 2 kali. Dengan taknak makan lagi. Mana aku tak risau kan.

Masa checkup dia 10 bulan hari tu kat KK Selayang, nurse ada sarankan aku tukar lagi susu lain. So aku pergi kedai barangan baby. Cari susu apa yang sesuai. Aku compare pula dengan anak buah En. Suami. Ada yang minum Lactogen. Aku tengok dia sihat je. Bukan taknak try susu mahal, tapi biar dari susu murah dulu. Kalau tak okay juga, baru cari mahal sikit. Itu pendapat aku lah kan..


Kita kalau nak tukar susu ni tak boleh terus tukar susu baru kan. Kena selang-selikan. Nak tengok mana tau dia tak sesuai ke. So ada masa tu Umar merengek, aku bagi lah susu Dutch Lady tu dulu. Dia taknak minum. Pastu aku bagi susu Lactogen, dia minum habis. Kat rumah pengasuh dia minum sampai 3 kali. Masa Susu Dutch Lady tu sekali pun belum tentu, tu pun kalau minum kena paksa. Susu Lactogen ni, aku buat 7 oz pun tak cukup. Siap nangis-nangis nak lagi. So far okay je aku tengok. Tak taulah masa akan datang.






Anak Tak Sihat

Tadi pergi checkup Umar 10 bulan kat KK Selayang. Ramai pulak hari ni. Selalu tu tak sampai sejam setengah dah settle. Ni dari pukul 9.00am sampai pukul 11.15am baru settle. Nurse tu cakap sebab semalam cuti Maulidur Rasul. Jumaat lak Thaipusam. Sebab tu ramai. Macam biasa, ukur tinggi 76cm. Timbang berat pulak, 7.80kg. Dah turun. Aku terkejut la. Biar betul. Patutlah dukung tak berasa sangat. Kalau tak sebelum ni dukung je dah tak larat.

Macam mana tak turun berat badan Umar. Dia demam je dekat seminggu. Ni kena lak cirit-birit. Tak lalu makan dan minum susu. Kesian aku tengok anak aku. Tapi nak buat macam mana. Aku kena kuat, kalau tak siapa nak jaga dia. Bukan lah aku cakap En. Suami tak boleh jaga anak. Tapi taulah emak dengan ayah ni lain cara jaganya. Lagipun Umar sepanjang dia tak sihat memang cari MAMA dia je. Pantang aku bangun je mesti merengek. Sampai En. Suami jeles la sebab anak taknak kat dia. Biasalah, kalau kita tak sihat pun kita nak EMAK kita juga kan. Macamtu la kot Umar.

Apa-apa pun aku doakan semoga anak aku cepat sihat. Jauhlah anak aku dari penyakit pelik-pelik/merbahaya. Risau aku tengok zaman sekarang ni. Kecik-kecik dah penyakit pelik/merbahaya

Semalam beli benda ni. Koyak duit En. Suami. Konon untuk mainan dia lah. Tapi dia buat tak tau je. Antara TV dengan mainan ni, dia pilih TV lagi. Tapi time tu memang cerita favorite dia. Invention Story.


TV VS mainan








Kesabaran

Dah lama tak post entry. Banyak sebenarnya nak cerita. Nak bercerita ni kena ikut mood. Tapi disebabkan mood takde. So simpan je la.

Umar dah genap 10 bulan pada 7 January 2014. Macam-macam kepandaian baru yang dia belajar. Masih tak boleh berjalan. Kalau berjalan dari satu tempat mesti kena pegang perabot. Dah boleh sebut hujung-hujung ayat yang selalu kita sebut. Yang paling best dia pandai sebut MAMA.. Kalau time dia merengek tu, bila sebut MAMA terus aku tak jadi nak stress. Sebab rasa terharu sangat. AYAH still tak boleh sebut tapi PAPA dia boleh lak cakap. Pastu dia suka mumble/cakap bahasa dia, tapi aku tak faham la kan.. hihi.. Dan Umar ni sangatlah peramah. Bila jumpa orang je mesti dia nak tegur. Terutama dalam lift. Tak pun kalau orang berborak, dia akan borak sama dan gelak. Macam lah faham kan..

Genap sepuluh bulan je, Umar tak sihat. Demam ON/OFF. Dalam 4 hari juga dia demam. 3 kali klinik dan sekali pergi hospital. Demam dia panas dari 38 - 40.. Mana la aku tak risau. 2 hari gak aku tak kerja. Dia aktif macam biasa walaupun tak sihat. Nak makan dan menyusu. Tak merengek. Itu memang aku tak risau. Yang aku risau, bila nak hantar kat rumah pengasuh. Yelah, orang nampak dia aktif so mesti ingat dia sihat dan buat tak tau je dengan panas badan dia.. Sebab tu lah aku cuti untuk jaga Umar sendiri.


Masa dia demam tu aku try la cek mulut dia. Sebab dah 10 bulan takkan tak tumbuh gigi lagi kan. Rupanya 3 batang gigi dia dah tumbuh sekaligus. Teruk betul aku ni. Anak dah tumbuh gigi pun tak perasan. Patutlah anak aku demam teruk. Hari minggu haritu boleh lak Umar cirit-birit dan muntah-muntah. Maybe sebab panas dalam badan. Time ni dia melepet je, makan dan susu pun kurang. Nak minum air suam je. Tapi sebab aku risau dia takde tenaga, aku letak sikit glucose dalam air suam dia, Tapi yang pelik nye dia cirit-birit pagi je. Petang dan malam takde lah pulak.

Macam-macam dugaan. Siapa yang ada anak kecik mesti faham perasaan aku bila anak kerap tak sihat. So kena ada KESABARAN dalam menghadapi kerenah anak yang tak sihat ni. Letih memang tak usah cakap lah kan. Dengan tak tidur sebab risau. Nak kena monitor suhu badan anak. Kena kasi ubat ikut time. So takleh nak skip kalau nak cepat elok. Dengan anak merengek sebab tak selesa. Dahla aku bekerja, pergi office je duk mamai lagi. Syukur aku masih boleh bersabar dan kuat menghadapi ujian ini.

Okay, cukup untuk hari ini. Nanti kita cerita lagi yer.. Assalammualaikum

Aktiviti Umar











Pink Cherry