Perancang

Wah.. tajuk pun mesti dah tau apa aku nak cerita kan.. Aku just nak share kat sesapa yang amik perancang demi merancang keluarga. Ikutkan kalau aku bersalin normal haritu, takdenya aku nak amik perancang ni. Sebab aku bersalin C-section, itu yang memaksakan aku mengambil injection depo ni. Setiap 2 bulan aku akan dicucuk. Lagipun ikutkan aku kena rest 3 tahun baru boleh pregnant balik. Itu bagi memastikan jahitan dalaman aku kuat sepenuhnya dan kalau ingin bersalin normal untuk second baby.


Kenapa aku pilih Depo dan bukan yang lain?

1) Pil-pil perancang sebab aku ni tak disiplin. So kalau ter-Skip, maunya keluar sorang lagi.
2) IUCD ni sebab aku kan bersalin operate. Kalau normal boleh letak je. Lagi satu, lecehlah nak kena keluarkan balik lepas 2 tahun. Takut kalau terlupa boleh kena kanser rahim okay. Lagipun malu lah, masa sakit kita tak malu, time nak keluarkan tu kita sihat.. hahah
3) Implan kat lengan ni pun leceh. Nak masukkan senang je, nak keluarkan macam sakit je. Berparut lak lengan I.. heheh..
4) Kondom? Yang ini lagi aku tak suka. Sebab? Takyah cerita la eh.. hihi

SUNTIKAN DEPO

Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan. Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.

Kekerapan suntikan

Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:


o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.

Aku dah ambil 4 kali injection

1) First  injection, just rasa kebas kat punggung je. Datang period tapi sikit-sikit. Hari pertama dan kedua period just coklat. Hari ketiga, keempat dan kelima banyak. Hari keenam dan ketujuh coklat balik.

2) Second, bahagian injection tu bengkak. Nak jalan tak boleh sebab rasa tulang punggung and tulang peha tu macam bergesel je. So aku suruh En.Suami tolong urut. Badan memang rasa sakit lah. Kerap rasa kebas-kebas kaki. Still datang period tapi sama macam sebelum ni. Dan melarat sampai 2 minggu. Tapi warna coklat je pun.

3) Kali ketiga injection, susah nak tunduk bila ambil barang jatuh. Sebab pinggang rasa sakit. Period kali ni banyak sebab aku ada makan jamu. Tapi darah yang keluar tu berbau busuk. Macam bau darah nifas. Maybe sebab sebelum ni keluar sikit-sikit dan aku makan jamu masa tu. Dia cuci la kot.

4) Kali keempat, ni aku dah dekat sebulan lebih tak datang period. Memang badan rasa sangat letih.


Tapi sepanjang aku ambil injection Depo ni buat aku rasa sangat mual, badan letih dan kerap pening kepala. Dah rasa macam orang mengandung lak. Aku susah nak sendawa. So bila nak sendawa tu macam rasa nak muntah.
Untuk pengetahuan semua, lepas ni aku akan stop ambil Depo. Sebab aku dah tak larat sangat nak hadapi perkara yang memenatkan setiap bulan. Okay, itu je pengalaman aku. Sesiapa nak share leh comment kat aku.. hihih.. ada ke yang nak comment?



8 comments:

Anonymous said...

salam sis,

bengkak tu sis buat macam mana eh? makan ubat ke x? saya 1st time suntik, jd bengkak kat tepi b*ntot. merah lak tu.. huhu

Unknown said...

Sama la dgn sy pon... Mengalami situasi yg serupa.. Bengkak di tepi b*ntot... Mcm kematu je.. N sakit jgk rasanya...

Unknown said...

Sama la dgn sy... Mengalami situasi serupa .. Bengkak di tepi b*ntot... Sakit jgk rasanya...

-budakmusyuk- said...

maaf yer sis.. lama x godek2 blog ni. bengkak tu sy urut perlahan2..

-budakmusyuk- said...

dh berapa kali injection sis? bkn sy je yg mengalaminya.. adik ipar n adik sepupu pun ckp benda yg sama

-budakmusyuk- said...

berapa kali injection dh sis?

Anonymous said...

Saya ingat saya sorg je alami bengkak di punggung.. nak mengiring bagi baby minum susu pon sakit..

-budakmusyuk- said...

nurse ckp cecair utk innjection tu sgt pekat. tu yg bengkak lama kot 😁

Pink Cherry