...PerSEDIAAN KaHwin.... HIV Test

Yeah.. aku dah buat HIV Test. Untuk pengetahuan semua (bagi siapa-siapa yang belum tahu je yer), HIV test perlu dibuat bagi pasangan yang ingin berkahwin. Ianya HANYA boleh dibuat di klinik/hospital KERAJAAN sahaja. Kalau swasta tidak diterima. Dalam pengetahuan aku, sesiapa yang buat di KL atau kawasan bandar di area Selangor, kita perlu buat appointment dulu. Jangan main redah jer. Mau kena marah dengan nurse tu nanti. Untuk Selangor, boleh click SINI untuk list klinik/hospital kerajaan. Sebelum tu aku ada cerita kat SINI pasal aku ambil borang kan.

Ni aku nak cerita pengalaman aku, 2 minggu sebelum pergi test aku dah pergi buat appointment kat klinik kesihatan Gombak Setia. Sebab tu antara klinik yang tarikhnya cepat. Klinik-klinik area Gombak lain semua nak pertengahan bulan Februari nanti. Aku takut tak sempat jer. So dah tiba hari appointment, aku dengan En.Tunang pergilah.. Macam biasa, klinik atau hospital kerajaan sentiasa dipenuhi orang. Sampai yang tunggu kat luar bagai.

Korang tahu kan, aku ni sangat takut dengan jarum. Asal jarum je aku rasa nak pitam. Dalam sejam setengah juga aku menunggu. So masa menunggu giliran nak jumpa doktor tu, jantung aku rasa macam nak tercabut. Tak dapat aku bayangkan macam mana rasa sakit kena cucuk dengan jarum. Ada gak kawan-kawan dalam FB cakap sakit. Siot je dorang ni. Saje nak takutkan aku.

-antara bahan dan alatan yang digunakan-

Bila tiba giliran aku, aku rasa cam tak jejak lantai je. Tapi aku gagahkan juga demi nak kahwin kan. Doktor (sebenarnya bukan doktor. Attendant je kot) yang nak test aku tu sangat peramah. So hilanglah sikit perasaan nervous aku tu.

Doktor : U nak kahwin di mana?

Aku :
Di gombak.

Doktor :
Owh.. bagus.. bagus (dalam hati aku apa yang bagus agaknya)

Aku :
Doktor, sebenarnya saya takut jarum. Sebab selalunya saya akan pitam lepas kena injection.

Doktor :
Tak sakit la. Sikit je. (Sambil letak cecair kebas kat jari hantu aku, dia buka laci dan ambil jarum). Tapi u jangan risau, i kasi u jarum yang tak sakit punya.

Aku :
Angguk... (Dalam hati, yer ker tak sakit?? Bagi aku jarum semua sakit)

-sepatutnya jarum 4 segi tu, tapi doktor guna jarum biasa untuk aku-

Okey, doktor tak guna jarum yang sepatutnya dia test, dia cucuk guna jarum biasa je. Macam jarum peniti. Dan tak sakit okey. Thanks doktor.

-keputusan dia, kalau 2 line kita +Positive dan berkemungkinan HIV. Tapi jangan risau dia akan hantar sample darah kita untuk second test. So tak semestinya positive time tu kita ada HIV

-Kalau 1 line tu -Negative dan kita bebas dari jangkitan HIV


Dan Alhamdulillah, keputusan kami -Negative

4 comments:

~CAHAYA~ said...

salam knl awk...menarik bce blog awk...huhu
sy yati nk tany, borang nk kwin tu bole download je x? sbb sy oku....

-budakmusyuk- said...

awk kahwin ktne? cuba buka website jabatan agama negeri awk..

Anonymous said...

Bukan utk perempuan, ada test utk pre-pregnancy ke? Kalau saya nak nikah bulan februari, agak2 sekarang nak buat appointment dia layan tak? Ke dia marah sebab buat last minute? Hehe. Maklumlah student, busy..

-budakmusyuk- said...

kalo kat selangor ni skang, ada kawan cakap kena wat test HIV kat private. Cuma borang tu kena amik kat klinik kerajaan. Lepastu gi test kat private. Result tu kena bawa balik ke klinik kesihatan kerajaan berhampiran ubtuk di cop

Pink Cherry