Selamat Tahun Baru 2012

Hahahah.. Walaupun masih ada sehari lagi tapi aku tetap nak wish. Sebab kat rumah aku takde internet. Aku hanya update blog kat office je. Bukan tak nak pasang internet bagai kat rumah. Tapi En. Tunang sangat jeles okey. Dia takut nanti aku curang. Apa la En.Tunang ni. Habis kat office pun aku online juga. Boleh je nak curang. Tapi aku tak buat pun. Sebab sayang dia seorang je. Eh.. Dah melalut pula benda lain.

Okey, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua blogger. Semoga impian, azam dan harapan anda untuk tahun 2011 telah tercapai. Harap suka duka pada 2011 menjadi pengajaran dan pengalaman yang berharga buat kita semua.

Apa azam anda untuk tahun 2012 ni? Nak tahu azam aku?

1) Aku harap aku dapat menjadi isteri(kahwin) kepada En. Tunang tahun hadapan. Doakan semoga jodoh kami berkekalan yer.. Dan bahagia hingga ke akhir hayat.

2) Aku harap attendance aku untuk tahun hadapan biru sebab tahun ini boleh dikira dengan jari berapa kali jer aku datang awal ke office.

3) Aku harap aku dapat membahagiakan dan menyenangkan orang yang aku sayang terutama emak aku. Tapi tahun depan aku akan ada 2 emak. Eh.... hihih My mum and Mother-in-law.

4) Semoga rezeki aku untuk tahun depan lebih bertambah. Tak kira la rezeki apa pun Allah nak bagi. Eh? Mana tau kahwin terus mengandung.. Anak pun rezeki juga kan. Heheh

Buat masa ni, itulah azam aku. Semoga aku dapat mencapai semua azam aku tuh. Amin

Eh, semalam tengok tak episod terakhir Tentang Dhia? Apa perasaan korang? Berapa kotak tisu yang korang dah habiskan? heheh.. Ending okey, cuma aku tak puas hati sebab emak mertua Dhia (Ku Salmi) tak dapat balasan pun dengan apa yang dia dah buat pada Dhia. Apa-apa pun harap takde lagilah pada zaman sekarang ni emak mertua yang macamtu.


Sakit Lagi...

Hurmmm...


Semalam aku EL. Sebab aku tak sihat. Selesema, batuk dan sakit kepala. Bukan aku tak nak MC. Tapi MC untuk tahun ni je dah sampai 11.5 hari. Sebenarnya, tanpa pengetahuan yang menjaga kedatangan(Kak CT), aku dah kira MC aku untuk tahun ni. Sebenarnya hanya 10 hari je. Aku tak faham kenapa sampai 11.5 hari. Mana datang lagi setengah hari tu agaknya. Biarlah dia jawab sendiri nanti.

MC untuk setahun aku hanya 12 hari. Bagi aku definisi sakit tu ada banyak. Tak semestinya sakit hanya pada fizikal macam demam, batuk, selsema, cirit-birit dan sebagainya. Sakit pada mental juga adalah sakit. Bukan aku cakap aku gila. Stress, tension dan gangguan fikiran adalah salah satu dari sakit pada mental. Kadang-kadang aku MC bukan sebab aku demam atau aku sakit fizikal yang lain. Tapi sebab aku sangat stress dan tension. Stress dan tension dengan keadaan sekeliling, family, cinta dan kerja yang menyebabkan aku tak boleh nak tidur. Aku hilang mood dan selera makan. Sebab tu aku takde mood untuk jumpa sesiapa termasuklah pergi kerja. That why aku MC. Aku jumpa doctor yang memahami masalah aku. Dan doctor akan bagi aku rest untuk hari itu. So aku dapat MC.

Yang menjaga kedatangan dan orang lain tak memahami masalah aku. Mereka hanya nampak aku sihat pada fizikal dan gembira. Tapi tak nampak tekanan mental aku. Tambah-tambah aku nak kahwin. Banyak benda aku nak kena fikir dan buat preparation . Letih bila nak kena menjawab dengan semua orang.

Aku ingat bila aku EL aku leh rehat. Tapi ada orang karaoke la (oiiittt, suara kau sumbang sangat okey, katak nye suara lagi sedap), orang potong besi la(sejak bila pula rumah aku dekat dengan kilang besi ni?), budak-budak nangis la(mana la emak kau ni budak, napa la tak dipujuk anak korang tu. Lain kali jangan beranak banyak-banyak kalau tak reti jaga) dan macam-macam bunyi yang buat aku tak boleh nak rehat walau seketika

Kan seronok kalau aku dapat tidur/rehat walau sekejap dengan hanya bertemankan kicauan burung-burung yang merdu dan hembusan angin yang mendamaikan. Tolonglah walau hanya untuk seketika. Tapi hampa.. tetap bising dan aku tak boleh nak melelapkan mata dan minda aku untuk seketika.

P/S: Aku kena pindah dari sini cepat. Lama-lama aku boleh jadi gila. Takpun aku kena pergi bercuti di tepi pantai. Tapi sekarang musim hujan. Ombak bergelora. Maunya tetiba Tsunami menyerang. Innalillah.. huhuhu

Wordless Wednesday

"Jangan pandang hina pada orang yang sedang lalai, jauh dari agama. Siapa tahu, kelak dia balik kepada islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat. Sepatutnya kita cuba bantu mereka dgn cara MENDEKATI mereka.. Bukan MENJAUHI atau MENGHINA mereka saja.. Siapa tahu kita yang sering solat 5 waktu di surau, di masjid, bagaimana akhirnya usia kita?"


Aku suka ayat ni. Aku ambil dari Kak Yus punya FB

Bunga Crepe

Hurrrmmm...


Semalam aku banyak review pasal bunga crepe(tisu). So balik kerja habis tisu mak aku guna untuk buat benda alah ni. Tapi biasalah, permulaan tu bunga berapa nak menjadi. Malam ajak En. Tunang pergi kedai bunga semata-mata nak beli crepe paper. Pergi minum jap dengan En.Tunang sebab tak nak dia fikir aku ajak dia keluar sebab nak beli benda alah tu je.

Balik rumah, terus amik gunting dan on lappy (sebab DIY bunga crepe aku save dalam lappy). Aktiviti gunting crepe paper mengikut saiz bermula. Melipat dan menarik...

(cara-cara pembuatan bunga crepe)



Dan..



Tadaaaa....

(jangan terkejut pula bila bunga jadi color lain, yang atas tu cara-cara nak buat bunga crepe yer)

Ni bunga crepe yang pertama aku buat dan tak seberapa nak jadi bentuk bunga. Lepastu aku try lagi dan letak banyak lapis pula. Bila time nak tarik tu kelopak dia banyak yang koyak. Almaklumla aku ni bukannya creative. Bayangkan budak kasar buat kerja perempuan. Alamatnya bunga crepe kedua aku buang. DAN aku masih tak menyerah kalah untuk buat bunga crepe untuk kali ketiga. Hasilnya.............







Tadaaa.....







P/S : Aku kena banyak mencuba ni. Sebab hasilnya tak boom de vaass lagi.. hehehe

Gejala Cirit-Birit

Hahahha.. macam kotor je bunyi nye kan. Tapi kita patut tahu serba sedikit okey..

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut. (haaa, bahaya kan)

Gejala - gejala

- Peningkatan kekerapan membuang air besar.
- Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
- Terdapat angin atau kentut yang melampau. (aku tengah alami sekarang ni. maaf yer..hihi)
- Kehilangan selera makan. (betul)
- Adakalanya demam.
- Adakalanya terasa mual dan muntah.
- Sakit otot. (sebab lama sangat menyangkung kat jamban)

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-

- Kehilangan 5-10% berat badan. (aku hilang 2kg. menci tau)
- Gelisah dan mudah tersinggung. (betul, aku baru gaduh dengan En.Tunang semalam)
- Mata terbenam.
- Ketidakhadiran air mata.(ada je, sebab semalam gaduh aku nangis. eh..hihi)
- Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
- Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
- Kulit kehilangan keanjalannya sedikit. (adoi, kena tambah collagen la pasni)

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
- Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
- Keletihan dan mungkin hilang sedar.
- Mata adalah terlalu terbenam.
- Ketidakhadiran airmata.
- Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
- Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
- Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
- Kekurangan jumlah air kencing. (betul, aku kencing pun kurang)

Punca-punca cirit-birit

- Meminum air yang tercemar.
- Memakan makanan yang tercemar.
- intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
- Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
- Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
- Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
- Penyakit-penyakit usus.
- Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa
- Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
- Kecacatan penyerapan
- Selepas pembedahan
- Fistula dalaman
- Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
- Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
- Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
- Kanser
- Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
- Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
- Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
- Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract
condition, appendicitis etc.
- Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
- Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.

Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
- Minum banyak air.
- Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
- Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
- Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
- Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
dihadam.
- Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
dengan doktor anda.
- Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

- Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
- Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
- Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
- Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
- Tabiat kebersihan makanan yang baik.
- Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.
- Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
- Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
- Tudungkan makanan yang telah dimasak.
- Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
- Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.


P/S : Sekian, aku nak balik jumpa doktor ni. Sebab masuk hari ini je dah 5 hari aku cirit-birit

Suka-suka II

Tadi aku dapat spot benda ni…

Thanks la yer kepada sesiapa yang sudi menjenguk blog saya ni. Walaupun takla ramai macam blog anda. Tapi bagi saya yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger ni, saya amat gembira. Saya amat menghargai anda semua.. heheheh.... love u all... XOXO











Musim Sakit

Hurmmm....



Semalam aku MC lagi. Dalam 2 bulan ni aku kerap demam. Hari Jumaat lepas aku time off 2 jam balik rumah awal. Tu pun ada seorang Engineer (En. Zul) yang sudi hantar aku balik. So terpaksalah kuda aku berhujan kat office ni. Sian si Kuda..

Malam En.Tunang bawa aku pergi klinik kerajaan sebab aku nak check darah. Lagipun demam aku kali ni buat aku takut sangat. Sebab sebelum ni aku demam tak pernah sakit kepala. Tapi kali ni aku demam, urat kepala aku rasa macam nak pecah. Lepastu aku cirit-birit,muntah-muntah dan sakit sendi. Macam tanda-tanda DENGGI.. Dahla aku alergi ubat. Nak tau baca SINI

Kat klinik

Doktor : Sakit apa ni?

Aku : Demam

Doktor : Demam je ke?

Aku : Sakit kepala,muntah-muntah, cirit-birit dan sakit sendi

Doktor : Dah berapa hari demam ni?

Aku : Baru hari ni.

Doktor : Last awak ada pergi mana?

Aku : Singapore

Doktor : Singapore??? (Sambil menjauhkan diri dari aku. Dia takut aku ada H1N1 kot.. haha)

Doktor : Tadi makan apa?

Aku : Takde makan apa-apa doktor. Doktor, saya ingat nak check darah boleh? Coz dalam 2 bulan ni saya kerap demam. Takut pula kena denggi.

Doktor : kalau awak dah nak check darah, boleh aje. Lepas check darah datang jumpa saya balik okey.

Aku takut dengan jarum sebenarnya. Sebab lepas aku kena injection aku akan pitam. Tapi demi kesihatan aku, aku gagahkan juga. Puas aku tutup mata. Akhirnya nurse tu cakap “Dah”.. Tak rasa apa pun. Aku je yang takut ngada. Hehehe.. Pergi jumpa doktor balik tapi Alhamdulillah darah aku takde janggitan denggi cuma darah aku ada kuman sikit (kotor). So doktor cakap kalau aku tak okey lagi 2 hari kena datang balik.

Tapi masalah selepas itu, aku kena diarea (cirit-birit) yang teruk juga la. 3 hari aku menanggung. Habis lemah segala badan. Nak makan pun takde selera. Turun 2kg berat badan aku… So kena maintain balik berat lepas ni..

P/S: Boss, boleh tak saya MC lagi hari ini. Coz perut saya tak selesa lagi la boss.. Huhuhu

Makan Dorian


Hari ahad lepas aku dan kawan-kawan office berkonvoi ke Felda Gunung Bersout 3. Tujuan kami adalah memenuhi undangan En. Hasnol (oficemate) ke kampung beliau untuk makan durian.. Kami bertolak dari office pada pukul 9.00am dan breakfast di Hentian Rehat Rawang sementara menunggu kawan-kawan lain yang berjanji tunggu kat situ.

Dalam pukul 10.00am kami meneruskan perjalanan dan sampai di kampung En. Hasnol pukul 11.30am. Belum sempat salam tuan rumah aku dah makan dulu buah rambutan yang telah disediakan dalam guni. Hehehe.. Teruk kan.. Selepas berkenalan dengan seisi rumah, apa lagi. Acara kopek durian pun bermula. Masing-masing berebut nak makan durian walau tak sempat durian tu dibuka habis..

Aku ni jenis tak gemar sangat makan durian kacuk kan macam Musang King, Kucing Tidur, D24 dan macam-macam lagi jenis D atau nama-nama haiwan ni. Sebab cepat muak. Aku lagi suka makan durian kampung. Dengan isi dia yang manis-pahit-lemak tu. WOW... Lepas makan durian, makan pula rambutan. Lepastu sambung balik makan durian. Makan pula pulasan. Adoi.. Perut dah start panas. Tapi nafsu makan tu menguasai segala-galanya.. Hahahah..

Dalam pukul 12.30pm kami dijamu oleh tuan rumah dengan makanan tengah hari. Macam-macam jenis lauk kampung. Antaranya Sambal Tumis Petai ikan bilis, Masak Lemak Rebung, Ikan Goreng, Lauk Lodeh, Ulaman, Sambal cicah tempoyak, Sambal belacan buah Bacang, Sambal kelapa dan Daging Tumis. WOW.. Sedap sangat. Aku tambah 2 kali okey. Teruk nya anak dara. Tak senonoh.. Nak buat macam mana.. Sedap sangatttttttttt...

Pada pukul 5.00pm kami bertolak balik ke rumah masing-masing. Malam tu perut aku buat hal. Dah 3 kali keluar masuk toilet. Perut panas so kena cirit-birit. Tu lah, makan tak ingat.. Apa pun hari minggu aku sangat seronok..

P/S: Harap lepas ni En. Hasnol tak serik jemput kami...

RM500

"Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan."

Untuk keterangan lanjut clik SINI

Aku dah ambil dan isi borang ni. Kalau ada rezeki dapatlah dan duit tu nanti aku kasi kat my Mum la.. If my mum nak kasi sikit, i ambil jer. Eh... huhuhu


Suka-suka


1) Pilih Bulan Anda Lahir

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

2) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
3) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

Aku : Aku gigit Lee Chong Wei sebab aku suka single..

Korang??

Singapore... Day 2

Hurrmm..

-map dalam USS-

Semalam takde mood nak update. So hari ini aku sambung trip ke Singapore untuk hari kedua. Post aku kali ni agak panjang gak, so sesapa yang nak berak boleh gi berak dulu. Takpun siapa-siapa nak muntah, sila keluarkan cepat. Atau anda boleh muntah lepas baca post ni. Hahah.. Okey, mulakan..

Bangun pagi kami breakfast di restaurant Hjh. Maimunah lagi. Maybe restaurant ini sangat famous bagi orang Islam yang melancong ke Singapore. Menu untuk pagi ini adalah lontong dengan sambal goreng dan kuih-muih. Sangat sedap okey. Tapi disebabkan perut aku tak berapa selesa, jadi aku makan sedikit untuk mengalas perut.

Selepas breakfast kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama kami iaitu Universal Studio Singapore(USS). Yeaaaa.. Sampai je USS sementara menunggu tiket dari tour guide, kami tak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di depan globe USS tu.. Macam-macam posing yang kami pose.. Maklumlah, teruja sangat..

First permainan yang kami main adalah Madagascar: A create Adventure. Mainan ni sesuai sangat bagi kanak-kanak sebab ia mengisahkan perjalanan haiwan-haiwan ini seperti Alex(Singa), Marty(kuda belang), Helman(zirafah), Gloria(badak) dan sebagainya. Siapa yang pernah tengok cerita Madagascar, mesti tahu jalan cerita ni.

Selepas tu kami pergi ke New York Zone iaitu Lights! Camera! Action. Kat sini kita dapat mengetahui belakang tabir pembikinan setiap filem. Memang nampak sangat real okey. Kagum sekejap. Keluar dari situ kami bergegas lari ke Transformers The Ride (The Ultimate 3D Battle). Beratur la kami sepanjang-panjangnya. Dekat sejam beratur barulah kami dapat naik train. Kat sini sangat best. Aku menjerit tak ingat dunia sebab ada satu scene tu robot tah apa nama (sebab aku tak minat tengok transformers, tu yang tak tahu nama apa. Yang aku tahu si kuning Bumblebee tu.hehe..) jatuh dari bangunan. Memang sangat real. Seolah-olah aku yang jatuh bangunan. Habis nafas la aku menjerit. Hihihi..

Mesti korang bosan kan membaca post aku yang ni (ada orang follow ke??).. Tapi aku nak gak cerita walau takde siapa pun yang baca. hahahha... Okey, selepas tu aku pergi main Accelerator di Sci-Fi-City Zone. Ala, mainan ni macam main cawan pusing je. Tapi taklah pening pun.. Sementara tu bagi yang berani dalam group aku, dorang main Roller Coaster Cylon. Bagi aku yang tak berapa nak berani ni mainan budak-budak sudahlah.. hahha.. Tak berani la teman. Bior la deme nak cakap teman penakut pun. Teman rela, asal teman main tak putus nafas. Yang tak boleh tahan, adik aku yang berumur 11tahun tu main menatang ni. Wat malu aku jer.. Hahah.. Penakut kan.. Lagipun aku ada Asma. So di kecualikan main menatang tu. Kang turun je aku dah biru. Kan naya namanya.. huhuh..

Kami meneruskan lagi misi di Water World Zone. Kat sini kita dapat melihat persembahan menarik. Macam perang-perang pun ye juga. Sebelum mulanya persembahan, adalah dalam 3orang crew/pelakon cerita ni main tembak-tembak air pada penonton. Siap ada yang bawa payung dan baju hujan. Penonton yang duduk stage depan habis basah.. Nasib aku duduk kat belakang. Selamat..

Lepas habis persembahan ni, kami melihat jam. Dah pukul 4.30pm. Kami belum makan lagi. Banyak permainan yang belum main. Dah janji dengan tour guide nak berkumpul balik pukul 5.30pm. Sebab tak nak ketinggalan untuk menyaksikan Song Of The Sea. So kami buat keputusan untuk pergi makan dulu. Kalau sempat baru la kami main mainan yang selebihnya.

Selepas makan tengok jam balik, dah pukul 5.15pm. Memang tak sempatla nak main lagi. So kami singgah di kedai souvenir USS untuk beli apa yang patut. Selepas tu kami check out dan berkumpul semula di globe USS untuk menuju ke tempat makan sebelum pergi menyaksikan persembahan Song Of The Sea.

Dalam pukul 7.00pm kami sampai di tempat persembahan. Kami diberikan baju hujan secara percuma sebab pada masa tu hujan. Kami terpaksa menunggu dalam hujan selama 40minit sebab persembahan pada pukul 7.40pm. Habis basah kasut dan seluar aku walau pakai baju hujan. Tension je. Tapi okey lah persembahan tu... Habis persembahan kami bergerak balik ke hotel. Dan ZZzzzzz.... Kita sambung Singapore... Day 3.. Hahaha.. So boleh muntah sekarang. Siapa yang tahan berak atau kencing tu dah boleh pergi toilet..


P/S : minta maafla yer kepada yang sudi membaca blog saya ni yer. Panjang lebar untuk kali ni. Harap anda tak bosan. Tapi saya cuma nak share pengalaman saya pergi ke sana jer.. heheheh.. takde niat lain pun... (T_T)

Puas hati dan sakit hati...

Hurrmm..

Seperti biasa, bila time mandi pagi kalau hujan aku mesti masak air untuk mandi. Al-maklumlah rumah aku takde water heater. Aku ni pula takut mandi air sejuk. Hehehe.. Tapi kalau air terjun yang sejuk boleh lak aku mandi.. Melalut pulak.. Okey, sambil aku tunggu air masak, aku iron baju. Biasalah, buat kerja last minute. Tu yang selalu masuk kerja lambat.

Bila air dah masak, aku campur air panas dan sejuk dalam baldi. Mestilah kena campur. Kalau tak melecur kulit aku kan.. heheh.. Lepas tu aku letak balik cerek elektrik tu kat board dia. Aku pulak boleh lupa yang cerek tu cap ayam (tapi ada logo SIRIM tau) dan suis plug dia aku tak tutup. Cerek tu automatic akan naik sendiri dia nye tempat tekan (aku tak reti nak sebut apa. ala yang bila nak masak tu kita kena tekan. Ni kat bawah ada gambar nye. Ke orang putih sebut automatic switch off??).

Okey, bila tempat tekan tu ternaik sendiri maknanya air akan masak balik. TAPI kan aku dah tuang air panas tu dalam baldi. SO dalam cerek tu kosong. Apa yang aku masak??

Aku dalam bilik air, mak aku tanya samada aku masak air balik ker. Aku jadi pelik la. Bila pulak aku masak air. Aku terus keluar cepat-cepat. Tengok rumah dah berasap. Tengok cerek tu dah melebur. Sebab luar dia kan plastik. Jahanam cerek aku...

Tapi aku puas hati sebab lepas ni pandai-pandai la yang kat dalam rumah tu masak air kat dapur gas. Aku beli untuk kesenangan mak aku. Tapi masing-masing malas nak masak. Sampai jug air masak kosong. Kesian kat mak aku. Nak kata kecik, kat rumah tu semua dah besar. Cuma MALAS. Padan muka korang..

Tapi aku sakit hati sebab cerek tu aku yang beli, last-last aku yang jahanam kan sendiri. Melebur duit aku. Next time aku beli yang branded sikit dan letak dalam bilik. Bila mak nak guna je aku keluarkan (jahat kan aku)... Hahahah..


P/S : PERTAMA : aku bersyukur sebab semua (rumah, orang) selamat walau cerek tu jahanam.

KEDUA : Jangan percaya lepas ni pada cop SIRIM. Menci makk nokk..

Singapore... Day 1

Hurrmm..

Setelah sebulan tidur tak lena,hari-hari search kat internet benda yang sama, baca blog orang, Akhirnya tiba hari yang di nanti. Pada 2/12/2012 pukul 12.30am kami bertolak dari office menuju ke destinasi yang di tunggu-tunggu. SINGAPORE. Perjalanan yang agak memenatkan coz siang hari kami bekerja dan tengah malam meneruskan perjalanan. Selepas check in kat Imigresen Singapore pada pukul 10.00 pagi, kami sepatutnya terus ke Sentosa Island untuk acara sukaneka keluarga. Tapi disebabkan hujan, kami terpaksa melawat kawasan di sekitar Sentosa Island. Dalam pukul 1.00 petang kami makan tengah hari di Hjh. Maimunah Restaurant.Makanan kat sini boleh la. Nak kata sedap sangat, tak juga. Tapi agak berempah dan pedas.

Dalam pukul 3petang baru kami mulakan aktiviti sukaneka di Sentosa Island. Pantai dia sangat bersih dan pasir yang putih. Kami dibahagi kepada 3 kumpulan yang mewakili Big Boss, Bosnita dan Boss Bo. Aku di kumpulan Big Boss. Macam-macam gelagat semasa aktiviti sukaneka berlangsung. Dan yang paling seronok apabila kumpulan Big Boss menang.. Hehehehehe.. Hadiah nya ialah alat elektrik seperti seterika dan pembakar roti. Cuma hadiah tu kena tunggu balik Malaysia nanti baru kasi sebab hadiah tinggal kat office.

Selepas aktiviti sukaneka, kami di bawa untuk makan malam sekali lagi di Hjh. Maimunah Restaurant. Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Night Safari untuk melihat aktiviti haiwan pada malam hari. Kat sini tak dibenarkan untuk tangkap gambar. Sebab takut flash camera akan membuat haiwan terkejut. Kalau tak guna flash macamana nak tangkap gambar. Dahla gelap, so aku terus simpan kamera dan menikmati pemandangan malam dan pelbagai jenis haiwan-haiwan kat situ..

Dalam pukul 10.00malam kami check in di Hotel 81 Joo Chiat Road. Hotel dia agak macam hotel budget kat Malaysia je.. Huhuh.. Tapi standard la, kita pergi negara yang duitnya kalau di convert 2 kali ganda dari duit Ringgit Malaysia, kita jadi miskin la. heheheh.. Sampai bilik, mandi-mandi, siapkan baju aku dan adik untuk esok dan Zzzzzzz...


Okey, esok sambung Day 2 pula yer, i nak balik dah. bubye...
Pink Cherry