Pengalaman Bersalin - Part 2


Dah 6 bulan berlalu, baru aku nak sambung part 2 pula. Kalau nak baca yang part 1 kat SINI yer. Aku ni sekarang dah macam takde mood nak berblog ni. Sebab takde idea nak cerita apa. Kadang tu bila ada idea je aku lak busy (busy ke???) Okay kita sambung yer.

6/3/2013

Pagi tu darah keluar lagi. Tapi aku tak rasa sakit pun. Malam tu dalam pukul 10 aku dah rasa baby kerap mengeras dan aku rasa sakit yang amat sangat. Rasa macam pinggang ni dipulas-pulas. Aku ajak En. Suami pergi hospital. Jalan pun sakit. Dah masuk semua barang dalam kereta. Sampai hospital, En. Suami turunkan aku kat lobi wad bersalin sebab nak cari parking. Dia suruh aku tunggu tapi aku degil dan terus naik wad bersalin. Macam biasa, bagi buku pink dan aku cakap contractions dah sangat kerap. Dia suruh aku masuk bilik dan macam biasa dia pasang CTG kat perut aku, dalam 15minit dia cakap suruh tunggu dulu coz aku punya contractions ni dah patut macam orang nak bersalin. Dia cakap tunggu doctor pakar check aku. Lepastu doctor panggil dan check aku punya bukaan. Dah 3cm. OMG!! So aku warded. Disebabkan wad penuh, aku kena tunggu kat tempat menunggu dulu.

Memang sakit sangat perut aku masa tu. Tak tau nak cakap macam mana. Duduk salah, berdiri salah, jalan pun salah. Semua rasa tak kena. Kejap-kejap aku menangis, time tu semua doa yang aku tau aku baca. Dahla tak dapat baring atas katil, kena duduk menunggu sampai wad ada yang kosong. Kau gila, aku dahla sakit ni. Menangis-nangis aku sebab sakit sangat. Tuhan je yang tau. En. Suami suruh aku bersabar. Macamne nak sabar sayang, sakit sangat okay. Dia tak rasa boleh la cakap. Time tu aku rasa jam tu lambat sangat berpusing. 

7/03/2013


3.00am

Pukul 3 pagi aku dah sakit sangat, bukaan still 3cm lagi. Tapi aku tak tahan. So aku minta doctor ubat tahan sakit. Doktor cakap tak boleh sebab takde katil. Nanti kalau dah injection ubat tahan sakit, aku kena baring. Aku tak kira, aku sakit sangat so aku nak juga ubat tahan sakit tu.

Doktor : Awak ni minum air selusuh ke? 

(Sebenarnya memang sebelum tu aku ada minum air selusuh 2 minggu awal sebab  nenek aku suruh. Aku confused juga sebab setahu aku minum air selusuh ni bila dah rasa sakit nak bersalin nanti baru minum. Tapi disebabkan nenek aku yang suruh, so aku minumla juga walau rasa macam tak perlu lagi masa tu)

Aku : Erkk.. Mana doctor tau?

Doktor : Sebab saya tengok awak sakit sangat dan contractions awak sepatutnya awak dah boleh bersalin.

Aku : Yer doctor, saya ada minum.

Doktor : (Terperanjat) Saya memang dah agak dah! Sebab saya tengok sakit awak ni lain macam sangat! Kenapa awak minum?

Aku : Nenek saya suruh minum. Saya tak tau, so saya minumla

Doktor : (Dengan suara marah) Next time awak minum juga rahim awak boleh pecah tau tak!! So jangan amalkan lagi faham. Saya tau memang boleh minum, tapi kalo boleh jangan amalkan.

Aku : Tapi doctor, saya betul-betul sakit sangat ni. Boleh tak saya nak juga ubat tahan sakit tu.

Doktor : Baiklah, saya usahakan untuk dapatkan katil untuk awak. Sebab lepas injection tu awak akan rasa ngantuk.

Time tu aku rasa macam bodoh je. Dan aku salahkan nenek aku pula sebab suruh aku minum awal. Haha..
Doktor dah dapatkan katil untuk aku TAPI bukan kat wad yer. Korang tau katil apa? Katil yang selalu dalam ambulance tu. Yang dorang tolak pesakit atas katil dalam ambulance. Tapi time tu aku bersyukur sangat sebab dapat katil tak kira lah katil apa sekalipun. So aku ditempatkan kat tempat kosong kat dalam wad sementara di atas katil tu. Lepas aku di injection ubat tahan sakit, aku tidur sampai pukul 6 pagi. Dalam tidur tu pun aku dapat rasa sakit walau dah ada ubat tahan sakit. Korang bayangkan, macamtu lah kot mak –mak kita sakit masa nak bersalinkan kita. Time tu aku insaf sangat. Tapi yelah, setiap orang rasa sakit yang berbeza, tak sama macam kita.

7.00am

Aku terasa macam ada air keluar banyak sangat. Eh, aku kencing ke? Tapi takkan lah rasa sakit nak bersalin sampai tak rasa nak kencing kan. So aku syak yang air ketuban aku dah pecah. Dalam payah tu aku panggil nurse. Suara tak keluar okay. Aku try jerit juga.. “Nurse.. Nurse.. Doktor”
Doktor datang dan tanya aku kenapa, so aku cakaplah yang air ketuban aku dah keluar. Dia check dan memang betul air ketuban aku dah pecah. So dia suruh nurse amik tah benda apa tapi macam chopstick tu dan masuk kat bawah dan tetiba aku rasa banyak gila air keluar. Doktor check bukaan aku dan dah 6cm. Yes, aku dah nak bersalin. Nurse letak ubat untuk buang air besar dan suruh aku buang apa yang patut. Tapi takde apa yang keluar pun time tu.
10.00am

Rasa sakit lepas air ketuban pecah berganda okay, dan doctor suruh nurse prepare untuk aku masuk labor room. Mak dan nenek aku pun dah sampai masa tu. So gilir-gilir dengan En. Suami masuk labor room. Aku dah meraung-raung sakit. Time tu apa doa pun boleh lupa. Kesian kan aku. Minta maaf dengan emak sambil nangis-nangis. Cium mak bagai. Lepastu minta maaf dengan En. Suami.

Aku : Awak, jue minta maaf. Halalkan makan minum Jue, kalau Jue mati, awak jaga anak kita baik-baik yer (Drama sangat okay, tapi aku sungguh-sungguh minta maaf)

En. Suami : Yer, saya maafkan awak. Jangan cakap macam tu. Mengucap banyak-banyak.

Aku rasa sakit sangat. Pusing kiri kanan. Nak bangun tapi tak larat nak jalan.

Aku : Zaman, awak tak maafkan saya ke? Napa saya rasa sakit sangat. Tolonglah maafkan saya. Saya dah tak tahan sangat ni.

En. Suami : Saya dah maafkan awak sayang. Awak sabar la yer. Istigfar okay.

Aku : Suruhlah doctor operate saya. Saya tak tahan sangat ni. Rasa macam nak mati sakit.

Time ni aku pasrah sangat. Biarlah aku kena operate sekalipun asalkan sakit aku hilang dan baby keluar. Nurse ada cadangkan aku amik epidural. Tapi aku taknak. Berlagak okay, dah sakit tapi taknak amik juga. Aku takut sebab dengar orang cakap nanti sakit tulang belakang. Nurse cakap, nanti awak dah masuk umur 40-an pun awak sakit juga kalau tak amik pun. Tapi aku berkeras taknak ambil epidural.

-Muka menahan sakit. Masa ni kat Labor Room lagi-


2.30pm

Dari pukul 10 pagi sampai lah ke pukul 2.30 petang, bukaan aku masih 6cm. Sepanjang masa tu juga aku minta di operate sebab tak tahan dengan sakit contractions. Aku merayu dekat doctor supaya operate aku. Tapi doctor cakap nanti dia cakap dengan doctor pakar. So pukul 2.30 petang tu doctor decide untuk operate aku kerana kepala baby dah bengkak sebab berlawan dengan pintu rahim untuk keluar tapi bukaan still tak besar.

3.00pm

Aku telah bersedia di bilik operation. Dah kena injection epidural. Ha, tadi berlagak sangat kan. Sekarang kau rasa la Jue. Setengah orang cakap masa injection epidural ni sakit. Tapi Alhamdulillah aku tak rasa sakit. Sepanjang masa operation tu aku banyak berdoa semoga aku tak bleeding dan baby selamat. Kalau aku bleeding, doctor dah bagitahu kesan-kesan yang akan aku hadapi selepas terima darah lain. So nasib aku baik sebab aku tak bleeding. Doctor yang operate aku masa tu doctor lelaki dan ada 2 orang doctor perempuan sebagai pemerhati kepada doctor-doctor pelatih.

3.33pm

Aku terdengar suara baby menangis dan doctor perempuan yang ada sebelah aku cakap "Tahniah puan, puan dapat anak lelaki, nanti kami bersihkan baby dulu dan letak kat puan ya". Benda pertama yang aku tanya kat doctor tu adalah samada aku bleeding atau tak. Dan Alhamdulillah darah aku tak banyak keluar. Selepas anak aku dibersihkan doctor letak anak aku kat atas badan aku. Time tu aku menangis dan bersyukur sangat anak aku selamat. Hanya Allah yang tau perasaan aku time tu bila anak aku pandang aku. Haa.. tetiba sedih okay.

-Lahirlah seorang khalifah yang aku beri nama Muhammad Umar Hadif-
 4.00pm

Aku dibawa keluar dari bilik operation dan ditempatkan di wad sementara sebab nak pastikan semua bius yang ada dalam badan aku kebah. Maksudnya, bila kaki kita dah boleh digerakkan masa tu baru boleh masuk ke wad biasa.

5.00pm

Aku ditempatkan di wad biasa dan time ni mak dan En. Suami dapat melawat anak aku. Stay la aku selama 3 hari 2 malam. So tamatlah pengalaman aku bersalin.

Setiap orang berbeza pengalaman dan sakit semasa bersalin. Kita tak boleh nak compare dengan sesiapa. Tengoklah rezeki kita time tu kan. Kalau sakit maybe itu cara penghapus dosa-dosa kita. Kalau tak sakit, Allah dah bagi mudah untuk kita. Itu semua pengalaman masing-masing. Harap Allah permudahkan. InsyaAllah. Banyak-banyak kan berdoa dan membaca tentang info semasa mengandung.












Entry Malas dan Sedih

Hari ni aku bosan sangat. Kerja tu ada, tapi sebab mood tak sampai lagi, so aku malas nak buat. MALAS??? Boleh?? Hehehe..

Tadi aku kemaskini PC. Buang apa yang tak patut sebab PC aku dah berat sangat. Buka satu-satu folder and delete. Sampai folder 'My Pets', tetiba aku jadi sedih. Banyak kenangan aku.

Sebenarnya perkara ni dah lama. Dekat 2 bulan juga lah. Kan aku ada cerita kat SINI. Pasal si bulus yang aku bela. Dalam banyak-banyak kucing tu, ada seekor yang paling aku sayang. Baby.. Dia dah mati sebab kena langgar dengan jiran aku. Tak sengaja pun sebenarnya. Sejak aku mengandung dan sampailah aku ada Umar, aku kurang manjakan si Baby ni lagi. Antara sebab nya ialah bulu si Baby ni gugur. Aku tak nak Umar kena penyakit sebab bulu kucing. Kalau aku balik rumah mak, bila si Baby lalu aku just usap dia punya kepala je. Tak macam sebelum ni. Aku mesti cium dan peluk dia. Aku tau dia terasa sebab si baby ni jarang keluar rumah. Bila aku balik rumah mak, dia mesti keluar dari rumah. Jarang ada dalam rumah. So sebab tu aku dapat rasa dia mesti sedih aku jarang manjakan dia lagi.


Masa saat dia nak mati tu, aku ingat lagi. Hari sabtu sebab aku selalu duduk rumah mak aku sampai petang. So petang tu En. Suami ambil aku untuk bawa pergi rumah MIL. Kebetulan En. Suami parking belakang kereta jiran and jiran tu nak keluar. Jiran suruh alihkan kereta. Aku pun bersiap sebab alang-alang nak keluar baik terus pergi rumah MIL. Masa aku berjalan kat kereta tu aku dah perasan si Baby ni ikut aku. Aku suruh dia balik. Lepastu dia hilang.

Sabtu selepas tu aku datang lagi rumah mak dan tak nampak langsung kelibat si Baby. Aku diam lagi sebab aku fikir dia mesti keluar bermain. Dan sabtu berikutnya aku datang lagi rumah mak, si Baby still takde. Aku pun tanya mak aku


Aku : Mak, mana baby? Lama dah Along tak nampak dia.

Mak : (Muka serba-salah) Dia dah mati 2 minggu lepas, kena langgar

Aku : (Menangis mengongoi macam budak kecik) Napa mak tak bagitau? Sapa langgar dia?

Mak : Sebab tu la mak taknak bagitahu kau, nanti kau sedih. Iwan (jiran) yang langgar. Masa tu dia nak undur kereta nak keluar. Tapi dia dah tanam tepi bukit tu. Lagipun dia memang dah sakit masa tu. Tak nak makan.

Aku : (Masih lagi menangis) Masa Along nak balik rumah MIL tu ke?

Mak : A'ah.

Aku : Patutlah dia ikut Along masa tu. Rupanya dia nak mati dah (Sambung nangis lagi)

Sampai sekarang bila aku tengok gambar atau teringat kat si Baby, bergenang air mata aku. Aku sayang sangat kat dia. Walau aku jarang belai dan manjakan dia lagi, aku tetap sayangkan dia. Belikan makanan dia bila aku pergi pasar. Si Baby adalah kucing terakhir menjadi kucing kesayangan aku. Bukan aku tak sayang kucing, cuma untuk menjadi kesayangan susah sikit. Sebab dah banyak kucing kesayangan aku mati. Aku kalau dah sayang sangat-sangat, bila mati tu memang akan nangis macam budak kecik. Ambil masa lama untuk pulih.

Haa.. siap satu cerita pasal kucing. Dalam bosan-bosan tu kan. Okaylah, aku tetiba rasa sedih balik. Nak chill jap sambil layan gambar Si Baby ni. T__T


Jaga anak sendiri dan anak kucing lain

Bawa anak tidur atas katil aku okay. Bagus punya mak.

Baby dan anaknya

Dia jaga anak dia dalam bilik aku. Sebab setiap kali beranak Baby akan cari aku

Bila aku duduk atas kerusi ni, dia akan duduk atas ni. Sebelah aku




P/S : RIP Baby.




Alergi Telur



Umar dah 8 bulan. Last week pergi check-up dia. Berat tak bertambah. Tinggi jer yang bertambah. Okay la tu. Asalkan Umar sihat, mama dah puas hati. Tak perlu nak berlawan dengan anak orang yang montel, gebu dan gemuk. Yang penting sihat dan takde penyakit yang pelik-pelik. Nurse suruh start bagi makan telur ayam. Katanya nanti masa umur setahun ada injection berunsurkan telur. Takut alergi. So kalau alergi, takdelah injection tu kot.

Hye saya dah 8 bulan

Aku start bagi Umar makan telur masa hari Sabtu. Senang aku nak pantau sama ada dia alergi ke tak. Mula-mula aku kasi putih telur. Campur dalam bubur nasi dia bersama carrot. Dia dah makan habid separuh mangkuk, tiba-tiba naik bintik merah kat bahagian muka, mata dan mulut. Aku dah risau. Makin lama makin banyak naik. Habis satu badan naik bintik-bintik merah. Umar dah start nangis dan mengaru-garu mata dan hidung dia. Nasib aku ada ubat Calamine Lotion. So sapu je satu badan Umar. Kesian aku tengok. Nak buat macam mana. Kena juga test sama ada dia boleh makan telur ke tak. Sampai terpaksa aku bogelkan dia. Tidur pun berpeluk. Maafkan mama yer sayang. Dalam setengah jam bintik-bintik merah tu berkurang. Tapi sampai malam Umar merengek. Maybe dia still rasa tak selesa. So terpaksalah aku stop dulu bagi makan telur. Umur dia 10 bulan nanti aku try kasi lagi. Sebab orang dan doktor kata, alergi telur ni bersifat sementara je. Nanti dalam umur dia 4 - 5 tahun hilanglah alergi tu. So bagi je sikit-sikit walau ada naik alergi tu. Asalkan tak memudarat.







Big Day : Malam Berinai (Berjulang) II


Hahaha... Dah Setahun 6 bulan aku kahwin, anak aku pun dah besar. Baru hari ni nak sambung cerita. Bukan apa, tadi aku buka folder gambar masa kahwin. So rasa macam nak post gambar je hari ni. Harap sudi melihat.. ****tutupmukamalu****. Cerita sebelum tu kat SINI


- tutup muka, malu - **Uweekkk**

- Bersanding seorang diri dulu sementara menunggu sang Putera - heh

- My Cousin -

- Capture dari bawah -

- Nampak tak En. Suami takut? -

- Jiran2 yang datang -

- Muka pakcik ni 'bercahaya'. Dengan baju putih lagi, nasib pegang camera -

- Bunga api buluh -

- Lagi bunga api buluh -

- Dan lagi bunga api buluh -




P/S : Nak cerita kena ambil MOOD dulu. Sekali MOOD datang selepas Setahun 6 bulan.. hahahah




Umar Allergic lagi

Semalam aku ada post pasal makanan Umar selepas dia 6 bulan. Dari hari Selasa sampai semalam (Khamis), aku tukar kepada ikan salmon + broccoli + nasi. Dalam 2 hari tu dia nampak okay je. Takde apa2 perubahan. Makan selera je. Tapi semalam, masa En. Suami nak tidurkan Umar pukul 8.00pm tu, dia nangis2 macam kena pukul. Memberontak bagai. Aku yang tengah makan ni pun laju2 kunyah. Tetiba sakit perut pula, terus "membuang" kat toilet. Umar still menangis lagi. Aku dah tak sedap hati. Tengok badan dia dah start naik bintik2 merah macam ruam. Telinga, muka dan leher pun sama. Aku dah takut. Letak ubat ruam dulu. Lepastu En. Suami decide untuk bawa Umar pergi klinik. Aku cuma risau dia kena Chicken Pox jer.


Dalam kereta dia diam pula. Sabar je la anak bujang seorang ni. Sampai klinik, doctor tanya kenapa? Aku cerita la pasal makanan Umar. So doctor decide Umar Allergic. Tak tau sama ada ikan salmon atau broccoli. Aku tanya juga pasal Chicken Pox tu. Doctor cakap kalau Chicken Pox tu mesti anak aku akan demam. Tapi Umar tak demam. Lega juga la aku. Dapatla ubat cream untuk sapu kat ruam tu.


Malam tu Umar tak berapa nak selesa tidur. Asyik merengek dan menggaru je kerja dia. Kesian aku tangok. Sampai aku pun tak lena tidur.


SO aku kena stop bagi ikan salmon. Sebab aku rasa tak mungkin broccoli tu. Ke macam mana?? Sebab mengikut info yang aku dapat dalam blog Dr. Zubaidi, ikan salmon mengandugi kandungan histamine yang tinggi dan boleh menyebabkan allergic pada bayi.




Hari ini aku follow balik makanan sebelum ni, ayam + carrot + nasi. Kesian Umar..



Umar Dan Makanan

Umar dah 6 bulan. So masa ini sesuai untuk kasi Umar makan. Aku dah start bagi dia makan masa lagi seminggu nak umur 6 bulan. Saje bagi awal sebab masa tu cuti. So dapatlah aku pantau apa yang Umar suka makan dan apa yang dia tak boleh makan. Umar ni dah menunjukkan minat untuk makan masa dia umur 5bulan. Sebab dia kerap sangat menyusu dan memanjang tak cukup. Lepastu time aku and En. Suami makan, dia duk terkulat2 tengok kami makan.. Tapi aku tak berani nak bagi makan lagi. So aku try bagi nestume dalam susu dia. Tak banyak pun. Dalam 2 sudu je. Tengok dia kenyang dan time menyusu normal.

Makanan first dia adalah puree pisang. Tapi dia tak berapa nak suka sangat. So aku tambah dalam puree pisang tu dengan nasi (yang telah di blend halus dan tapis). Pun dia macam pelik. Buat pula nasi dan kentang. Ni Umar suka. Maybe sebab rasa lemak kat kentang tu. Aku continue bagi 3 hari berturut2. Tengok dia okay je. Biras aku cakap kenapa tak letak ikan atau ayam. So aku buat pula carrot + nasi + ayam. Umar suka juga. Teruskan 3 hari, sebab nak tengok dia serasi tak dengan ayam. Takde alergi kat ayam. 

Lepas 3 hari aku buat pula ikan tenggiri + bayam + nasi. Umar tak suka bayam. Dia makan main2 je. So esoknya aku buat ikan tenggiri + sawi manis + nasi. Slow sikit dia makan. Tapi nak makan jugala dari letak bayam tu. Teruskan lagi dan dia tak alergi pada ikan tenggiri. Aku try pula carrot + ikan bilis + nasi. Masuk hari ketiga, penuh ruam kat telinga dan leher dia. Aku dah cuak. So maknanya Umar alergi ikan bilis dan aku stop ikan bilis. 

Sekarang ni aku bagi dia makan ikan salmon + broccoli + nasi. Hari ini hari ke-3, tengok ok je. Pengasuh cakap selera je dia makan. Maybe sebab bau broccoli tu wangi kot. Untuk pengatahuan B2B, doktor ada suggest suruh letak olive oil atau corn oil dalam bubur dia. Tapi aku tak letak. Yang aku letak butter. So wangi je bau dia. Tujuan letak minyak ni sebab nak bagi lemak sikit sebab baby perlukan juga lemak dalam makanan dia. Dan untuk elakkan baby sembelit.

-Comot anak mama-

-kalo dia maka dalam rocker ni, abis kotor benda gantung2 ni-

Sorry la tak sempat nak ambil gambar setiap bubur yang aku buatkan untuk Umar. Pagi2 nak pergi kerja tu dah rushing. Dengan nak blender lagi, lepastu kena tapis bagai supaya bubur tu tak kasar. Tak sempat i nak ambil gambar.. Heeee... Yang penting Umar suka dan dia sihat. 
Buat masa ni Umar makan 2 kali je. So aku bekalkan 2 bekas ke rumah pengasuh. Satu tengahari dan satu untuk petang. Breakfast dan malam sebelum dia tidur aku bagi nestume dalam susu dia. Ni ada tips apa yang boleh dan tak boleh untuk setiap bulan umur baby. Tapi ada juga yang aku bagi. Malas nak command sangat.

- makanan mengikut umur baby -

- Jadual makan baby -

- Makanan mengikut kumpulan umur. Yang 1 sudu the minyak tu sebenarnya 1 sudu teh minyak ye. Typo -

- Tips untuk semua Mommy -




P/S : Semua info dari Mr. Google.. Hewhewhew… Harap dapat memberi info pada semua mommy



Prop Untuk Photobooth

Orang lain yang kahwin aku yang sibuk. Tapi masa ni la nak tunjuk yang aku kreatif. Kreatiffff la sangat... **matakatatastangankatbahu** Cousin aku nak kahwin hujung bulan December tahun ni. Dia cakap dengan aku nak buat photobooth dan guest book. Bila tanya Pak Andam, kata boleh buat. Korang tau berapa Pak Andam nak??? RM400. Kau giler ke apa?? Benda simple je kot. Nasib cousin aku bagitahu aku. Kalau tak membazir duit dia. Kan dah jimat. Korang tau jela, time nak kahwin ni, tiap sen yang kita nak keluarkan tu amat bermakna kan. Dari RM400 tu korang leh jimat dalam RM200 kot.

Nak kata susah sangat untuk deco tu tak lah kot. Kan ada Mr. Google. Type kat search, berlambak keluar apa yang korang nak cari. Dia minta nak buat prop macam lips, spekmata, misai dan ayat2 untuk wedding. So aku design kat MS Words je sebab takde Adobe Photoshop. Malas nak install kat PC, berat. So buat je la kat MS Words. Dan ini hasilnya yang tak berapa kreatif. Janji tak keluar duit banyak kan. JIMAT sangat. 


-hasil "kreatif" aku sangat-

Just print-out, gunting, gam kat kertas keras dan tampal kat lidi. Kan senang tu. Nak cantik lagi, kita laminate. So nampak berkilat sikit kan.


Lepastu deco untuk meja guest book, aku berkenan yang simple je. So takde lah sarat sangat kat meja tu.

 Yang ini


 atau ini..


Beli alas meja, frame gambar kat Daiso atau Hinode Shop, pasu bunga, bunga hidup, guest book (yang telah di cantikkan), lilin, pen coloring/ marker pen dan apa mak nenek yang cantik untuk letak atas meja tu. So korang rasa berapa budget semua ni?? Aku tak pergi beli barang lagi, tapi maybe tak sampai RM200. Nak jimat, leh beli kat Daiso atau Hinode Shop. Semua barang ONLY RM5.00.

Ni bukan kedekut. Tapi nak berjimat sebenarnya. Bagi aku takde benda ni semua pun takpe. Tak wajib pun. Cuma dah trend sekarang memang macamni kan. So itu je yang aku dapat tolong my Cousin. Yang lain, kalau Umar tak meragam, InsyaAllah aku boleh tolong. Masa aku kahwin dulu, keluarga Cousin aku ni banyak menolong. So masa ni la aku dapat balas. Harap diorang suka.


P/S : Nanti aku tunjuk hasilnya. Tapi lambat lagilah.. Bulan 12 kan. Harap menjadi. Boleh buat business lepasni kan. hewhewhew...


Umar dan Kereta

Baru2 ni En. Suami belikan Umar walker. Beli yang biasa2 jer. Asal dia leh duduk diam. Mula2 tu ingat nak belikan bila Umar dah masuk 7 - 8 bulan. Tapi bila kat rumah My Mum, Umar pinjam walker sepupu dia, Harizz. Tengok macam dia suka dan senyap jer duduk dalam walker. So aku dan En. Suami decide untuk beli.

Tapi bila kat rumah dia tak nak sangat duduk dalam walker. Bila ada aku duduk sebelah dia baru dia nak. Hisshhh..sabar je la. Bila aku tinggalkan dia untuk pergi masak kat dapur dia dah mula melalak. Marilah tengok reaksi Umar dalam kereta baru dia..


- Umar dah ada kereta kawan2, tapi lesen takde lagi -

- Mama nak tumpang Umar gi kerja mehla -

- Cantik tak kereta Umar? -

- Ada tak awek nak tumpang? Heee -

- Kereta Umar laju tau -

- Thanks ayah belikan Umar kereta -





P/S : Ingat ada walker ni senangla aku nak buat kerja sikit. Tapi tak juga. Mungkin Umar tak biasa lagi kot. Takpela, tunggu sampai Umar okay dan biasa la. Tak mau paksa.


Pink Cherry