Entry Malas dan Sedih

Hari ni aku bosan sangat. Kerja tu ada, tapi sebab mood tak sampai lagi, so aku malas nak buat. MALAS??? Boleh?? Hehehe..

Tadi aku kemaskini PC. Buang apa yang tak patut sebab PC aku dah berat sangat. Buka satu-satu folder and delete. Sampai folder 'My Pets', tetiba aku jadi sedih. Banyak kenangan aku.

Sebenarnya perkara ni dah lama. Dekat 2 bulan juga lah. Kan aku ada cerita kat SINI. Pasal si bulus yang aku bela. Dalam banyak-banyak kucing tu, ada seekor yang paling aku sayang. Baby.. Dia dah mati sebab kena langgar dengan jiran aku. Tak sengaja pun sebenarnya. Sejak aku mengandung dan sampailah aku ada Umar, aku kurang manjakan si Baby ni lagi. Antara sebab nya ialah bulu si Baby ni gugur. Aku tak nak Umar kena penyakit sebab bulu kucing. Kalau aku balik rumah mak, bila si Baby lalu aku just usap dia punya kepala je. Tak macam sebelum ni. Aku mesti cium dan peluk dia. Aku tau dia terasa sebab si baby ni jarang keluar rumah. Bila aku balik rumah mak, dia mesti keluar dari rumah. Jarang ada dalam rumah. So sebab tu aku dapat rasa dia mesti sedih aku jarang manjakan dia lagi.


Masa saat dia nak mati tu, aku ingat lagi. Hari sabtu sebab aku selalu duduk rumah mak aku sampai petang. So petang tu En. Suami ambil aku untuk bawa pergi rumah MIL. Kebetulan En. Suami parking belakang kereta jiran and jiran tu nak keluar. Jiran suruh alihkan kereta. Aku pun bersiap sebab alang-alang nak keluar baik terus pergi rumah MIL. Masa aku berjalan kat kereta tu aku dah perasan si Baby ni ikut aku. Aku suruh dia balik. Lepastu dia hilang.

Sabtu selepas tu aku datang lagi rumah mak dan tak nampak langsung kelibat si Baby. Aku diam lagi sebab aku fikir dia mesti keluar bermain. Dan sabtu berikutnya aku datang lagi rumah mak, si Baby still takde. Aku pun tanya mak aku


Aku : Mak, mana baby? Lama dah Along tak nampak dia.

Mak : (Muka serba-salah) Dia dah mati 2 minggu lepas, kena langgar

Aku : (Menangis mengongoi macam budak kecik) Napa mak tak bagitau? Sapa langgar dia?

Mak : Sebab tu la mak taknak bagitahu kau, nanti kau sedih. Iwan (jiran) yang langgar. Masa tu dia nak undur kereta nak keluar. Tapi dia dah tanam tepi bukit tu. Lagipun dia memang dah sakit masa tu. Tak nak makan.

Aku : (Masih lagi menangis) Masa Along nak balik rumah MIL tu ke?

Mak : A'ah.

Aku : Patutlah dia ikut Along masa tu. Rupanya dia nak mati dah (Sambung nangis lagi)

Sampai sekarang bila aku tengok gambar atau teringat kat si Baby, bergenang air mata aku. Aku sayang sangat kat dia. Walau aku jarang belai dan manjakan dia lagi, aku tetap sayangkan dia. Belikan makanan dia bila aku pergi pasar. Si Baby adalah kucing terakhir menjadi kucing kesayangan aku. Bukan aku tak sayang kucing, cuma untuk menjadi kesayangan susah sikit. Sebab dah banyak kucing kesayangan aku mati. Aku kalau dah sayang sangat-sangat, bila mati tu memang akan nangis macam budak kecik. Ambil masa lama untuk pulih.

Haa.. siap satu cerita pasal kucing. Dalam bosan-bosan tu kan. Okaylah, aku tetiba rasa sedih balik. Nak chill jap sambil layan gambar Si Baby ni. T__T


Jaga anak sendiri dan anak kucing lain

Bawa anak tidur atas katil aku okay. Bagus punya mak.

Baby dan anaknya

Dia jaga anak dia dalam bilik aku. Sebab setiap kali beranak Baby akan cari aku

Bila aku duduk atas kerusi ni, dia akan duduk atas ni. Sebelah aku




P/S : RIP Baby.




Alergi Telur



Umar dah 8 bulan. Last week pergi check-up dia. Berat tak bertambah. Tinggi jer yang bertambah. Okay la tu. Asalkan Umar sihat, mama dah puas hati. Tak perlu nak berlawan dengan anak orang yang montel, gebu dan gemuk. Yang penting sihat dan takde penyakit yang pelik-pelik. Nurse suruh start bagi makan telur ayam. Katanya nanti masa umur setahun ada injection berunsurkan telur. Takut alergi. So kalau alergi, takdelah injection tu kot.

Hye saya dah 8 bulan

Aku start bagi Umar makan telur masa hari Sabtu. Senang aku nak pantau sama ada dia alergi ke tak. Mula-mula aku kasi putih telur. Campur dalam bubur nasi dia bersama carrot. Dia dah makan habid separuh mangkuk, tiba-tiba naik bintik merah kat bahagian muka, mata dan mulut. Aku dah risau. Makin lama makin banyak naik. Habis satu badan naik bintik-bintik merah. Umar dah start nangis dan mengaru-garu mata dan hidung dia. Nasib aku ada ubat Calamine Lotion. So sapu je satu badan Umar. Kesian aku tengok. Nak buat macam mana. Kena juga test sama ada dia boleh makan telur ke tak. Sampai terpaksa aku bogelkan dia. Tidur pun berpeluk. Maafkan mama yer sayang. Dalam setengah jam bintik-bintik merah tu berkurang. Tapi sampai malam Umar merengek. Maybe dia still rasa tak selesa. So terpaksalah aku stop dulu bagi makan telur. Umur dia 10 bulan nanti aku try kasi lagi. Sebab orang dan doktor kata, alergi telur ni bersifat sementara je. Nanti dalam umur dia 4 - 5 tahun hilanglah alergi tu. So bagi je sikit-sikit walau ada naik alergi tu. Asalkan tak memudarat.







Pink Cherry