Amarah..



Marah tak semestinya kita tak sayang atau suka atau kita benci. Betul tak? Aku memang cepat sangat marah atau kata lain cepat sentap. Aku tau itu kelemahan aku paling besar sekali dalam hidup. Tapi kelebihan aku, aku cepat sejuk atau lepas perkara yang aku marah tu, aku tak simpan dalam hati. Yelah, kita manusia ni tak perfect. Ada kelebihan dan kekurangan. Tapi aku bukan nak cerita pasal kelebihan dan kekurangan aku.

buruk rupa bila marah kan..

Sejak pindah rumah ni, aku jadi cepat marah. Maybe sebab nak kena sesuaikan diri berdua. Nak kena berdikari. Banyak tanggungjawab lepas duduk berdikari. Yelah, dulu duduk dengan emak. Balik kerja tak payah fikir pasal nak masak apa, tak payah pergi pasar beli stok dapur untuk seminggu (just bagi emak duit dia tau apa nak beli), tak perlu nak kemas rumah hari-hari dan etc. Ni bila dah duduk rumah sendiri/sewa, macam-macam nak kena buat. So aku sangat tertekan atau erti kata lain, sangat penat. Tambahan dengan keadaan aku yang mengandung ni. Penat dia sangat berganda okay.

Yang jadi mangsa adalah En. Suami. Hari-hari aku membebel. En. Suami pula macam tak berapa nak faham. Maybe dia tak tau apa yang patut dan tak patut dia buat. So selalu la juga dia kena marah/bebel. Kesian aku tengok. Rasa bersalah pun ada. Tapi nak buat macam mana. Dia suka buat sambil lewa je. So aku kena buat dua kali kerja benda yang sama. Kadang-kadang dia pujuk gak. Tapi kadang-kadang dia buat tak tau je dengan aku.. Lagi la aku marahkan.. huwaaaaa….

Walau apa pun, dia faham keadaan aku yang mengandung. Cuma dia tak tahu apa yang patut dia buat untuk tolong aku. So aku kena terangkan kat dia. Letih noksss.. Macam mengajar budak tadika lak.

-jangan laki aku tension dan lari rumah sudahlah-

Kita ni orang perempuan, terutama isteri memang cakap lain tapi nak benda lain. Maksud aku, yang keluar dari mulut lain dan kat hati ni lain. So si suami ni tak faham.. Marah macam mana pun, kadang-kadang kesian juga. Tak sampai hati. Tapi itulah lumrah rumahtangga. Penuh dengan warna-warna kehidupan. So kena banyak bersabar je la. Yang penting, aku sangat sayangkan En. Suami. Dialah nyawa dan kehidupan aku. Harap sangat hubungan kami kekal hingga hujung nyawa.

Orang Dapur

Sejak dah pindah rumah sewa ni, bermula la kehidupan baru dalam hidup aku sebagai seorang isteri. Mengemas rumah, basuh baju, memasak dan macam-macam lagi. Sebelum ni bukan aku tak buat masa duduk dengan emak aku. Buat, kemas rumah, basuh baju tu selalu la buat. Cuma MASAK tu yang aku jarang buat. Tambah-tambah masa aku mula-mula preggy. Memang langsung tak masak untuk En. Suami. Tapi masak maggi untuk diri sendiri tu adalah kan. Biasala, time loya tu maggi je la yang aku lalu nak makan.
-nak jadi Orang Dapur yang serba boleh-

Sekarang ni, asal mula hari baru aku dah start fikir "Apa nak masak petang ni?". Baru aku rasa macamana perasaan emak aku, perasaan kawan-kawan kat office yang dah bergelar ISTERI. Persoalan yang wajib bagi emak-emak kan..

Kat office, lepas je siap kerja harian aku. Aku mula la search EN. GOOGLE. Resepi yang macam-macam. Kena tengok apa yang ada kat rumah. Ayam ke, ikan ke, sotong ke, udang ke..Sesuai masak apa. Lepastu kalau ada sayur, sayur tu nak goreng macamana. KAN. Padan muka aku. Asal petang je pening. Tapi takpe la, demi En. Suami, aku gagahkan juga memasak walau perut dah makin besar. Orang kata nak rumahtangga bahagia, elok bagi suami makan air tangan isteri kan.. Baikkkkk..

Sebenarnya nak cerita, masakan pertama aku kat rumah sewa ialah sup ayam. Bagi aku memang kacang je la kan. Sup je kot. Selalu juga duduk dengan emak dulu aku masak sup. Bila masakan yang kena letak santan, aku kenala hati-hati sikit. Jarang masak la katakan DAN aku tak berapa suka santan ni. Tapi Alhamdulillah, En. Suami puji masakan aku. Entah ikhlas ke tak. Tapi bertambah la pula aku tengok. Ikhlas la tu kot.

Lepastu hari yang keberapa entah, aku ada masak ikan cencaru. Masa nak siang ikan tu punyalah payah. First time aku siang ikan cencaru. Kejap aku mencangkung, bila rasa tak selesa (sebab perut besar) aku terus duduk atas lantai. Kejap bersila, kejap lurus kaki. Macam-macam style aku duduk sebab nak potong ikan tu JER. Luka jari-jari aku. Seminggu juga la ibu jari tangan aku pedih. Matik.. Nasib aku ingat masa mak aku siang ikan haritu. Aku ni kiranya masa anak dara dulu, asal ke dapur je nak tolong emak, dia mesti bising. Semak je kat dapur. Tapi bila dah kahwin ni dia sebok suruh aku masak. Adoiii.. Nasib aku ada basic tentang cara nak masak ni. Kalau tak, hari-hari makan kat luar. Okay, aku dah melalut. Cerita pun dah panjang berjela



P/S : Tak susah nak jadi Orang Dapur ni, CUMA kena selalu praktik kan cara/benda ni. Aku nak nasihat kat sesiapa yang anak emak tu terutama perempuan, kena selalu la tolong emak anda kat dapur. Kalau tak tolong pun, rajin-rajin la lihat emak kita masak. Sekurang-kurangnya kita tau, macamana nak potong bawang, goreng ikan, dan apa-apa jer cara nak memasak. Basic pun jadilah. Kan..

Penat berganda

Isnin dan selasa aku cuti. Sepatutnya selasa(semalam) aku cuti separuh hari. Disebabkan terlalu penat, aku sambung cuti lagi. Pagi selasa tu macam biasa, aku ada check-up baby. Tapi semalam lain sikit sebab aku kena Injection Kancing Gigi. Habis lenguh tangan kiri aku. Nak tidur pun tak selesa. Rasa sengal je. Maybe untuk 3-4 hari kata nurse tu. Masa nurse tanya aku dah inject kancing gigi ke belum, aku excited cakap belum. Lepastu aku tanya dia bila nak inject. Dia cakap kejap lagi. Adoiii.. tetiba lemah badan aku nak masuk bilik injection tu.


 Aku : Boleh pitam tak lepas injection?
Nurse : Adik, baby kena inject pun tak pitam. Nikan kamu. Saya guna jarum yang sama je. Jangan risau ok. Kalau semua orang pitam, susahlah kami nak angkat/usung.

(nurse tu tak tahu ke aku memang takut jarum.. adoiii). Aku gagahkan juga. Tutup mata, tutup mulut. Nurse tu pun jalankan tugas dia. Masa jarum tu masuk ke kulit aku memang tak sakit. Tapi bila dia tarik je jarum, rasa macam nak meloncat aku. Pedih sangat. Next two week aku kena scan baby dan injection lagi. Habislah.. Mau MC aku.. huhuh..

Masuk hari ini dah 2 malam aku tidur kat rumah sewa. Hari minggu haritu aku, En. Suami, adik dan sepupu tolong kami kemas rumah dan mengecat. Habis sakit pinggang dan kaki aku sebab mengemas. En. Suami ada gak marah. Dia tak kasi aku buat. Tapi aku kan manusia degil. Bila dia cakap jangan buat, aku buat juga. Kalau tak aku merajuk. Kesian kat En. Suami kena pujuk aku. Sebenarnya aku sangat excited untuk duduk rumah tu. Berdikari katanya. Dari kecil sampai la aku ngandung 6 bulan, makan minum aku semua mak aku yang buat. Dah tiba masanya aku buat sendiri. Kata dah berlaki kan..

So start bulan ni aku mulakan hidup baru. Memasak, mengemas, membasuh, uruskan rumah dan suami semua aku buat. Dan kami berdua akan hadapi bersama. Baru lah rasa hidup ni mencabar kan??? Harap kami dapat hadapi bersama dengan baik. Korang doakan yer.

Gambar rumah nanti aku update. Sebab entah mana aku letak camera ni. Ni ada satu je gambar yang sempat aku transfer dalam PC.

-ruang tamu yang belum di hias-

Ok, aku nak harvest FarmVille 2 jap.. Nanti aku update gambar yer.. Bye

Pengalaman Pregnant : Aktiviti Hari Minggu..

Bermula dengan hari Sabtu. Macam biasa, bangun lewat dalam pukul 11am. Basuh muka, gosok gigi dan breakfast (eh, dah pukul 11am pun masih breakfast?). Pastu masuk baju dalam washing machine dan basuh. Sambil tu lipat kain baju yang bertimbun (minggu lepas punya baju yang kering). Makan tengahari. Relax kejap sambil tengok cerita hindustan. Kalau hero atau heroin tak best, masuk bilik dan tidur... hehehe.. Bangun dan minum petang. Pastu baru mandi. (Boleh? Dah petang baru mandi.. kan aku cakap masa aku preggy ni aku malas mandi.. jangan kutuk aku okay). Tunggu En. Suami balik kerja. Dia mandi dan makan malam pulak. Pastu pergi rumah Mak Mertua. Lepak-lepak dengan adik-beradik ipar, ipar duai dan anak buah bagai sambil makan. Pukul 12.00 malam balik. Sebelum balik singgah mana-mana kedai untuk beli makanan tengah malam aku. (Makan je kerja aku sejak elok dari alahan ni). Lepas makan tidur.

Ahad, bangun lewat juga. Tapi awal sikit dari hari Sabtu. Pukul 10am.. Sejam je kan.. takde beza pun. Breakfast dan mandi. Hari Ahad aku mandi awal sikitla... Tunggu makan tengahari pastu ajak En. Suami pergi jalan ke, pasar ke atau shopping mall.. Kalau ada kenduri kahwin, pergi kenduri la kan. Balik, lepastu tidur. Bangun dan minum petang. Malam tengok cerita menarik kat TV sambil dinner. Sepanjang 5 bulan aku preggy ni aku memang JARANG masak. Nasib duduk dengan My Mum. Kalau tak makan kat luar la aku laki bini...

Macamtu lah rutin harian aku sepanjang aku ngandung ni.. Tapi takde beza juga masa tak ngandung. Cuma aku jarang tidur dan kurang makan masa weekend la...

Minggu ni aku kena attend wedding BFF aku. Macam biasa, bangun tidur breakfast dulu. Pastu baru mandi. Siap-siap dan gerak ke kenduri dia. Ni kawan baik aku masa ambil Diploma dulu. Sama-sama course. Masa mula-mula sebelum kawan, kami bermusuh sebab dia ingat aku rampas BF dia. Aku memang rapat dengan BF dia tapi hanya sebagai kawan baik je la. Dia salah anggap dan selalu gaduh dengan BF dia. Aku tak sampai hati ajak dia jumpa untuk bincang. Dia, bf dia dan aku. Aku terus-terang hubungan aku dengan BF dia. Akhirnya kami jadi kawan baik sampai sekarang.. Hikmah sebalik tu kan.. Kawan pergi makan, shopping, suka duka, tempat luah perasaan bagai..

Dia memang seorang yang cantik dan tinggi macam model. Bila aku jalan sebelah dia je aku rasa aku ni sangat katik okay.. Suami dia pun tinggi macam dia. Sangatlah sepadan. Dia tak kahwin dengan BF dia dulu, tapi dengan orang lain.. Heheh.. takde jodoh kan.. Ni gambar masa kenduri dia.



- bergambar bersama bunting yang menyambut kedatangan tetamu -

 - En. Suami pun nak bergambar sama sambil menunjuk doorgift dia -

- ni lah pasangan pengantin tu. cantikkan BFF aku -

- Tinggi tak dia.. tambah dengan heel 3inch dia -

 - gadis bunga..heheh.. yang cantik manis ni adik BFF aku -

Lepas kenyang makan, aku ajak En. Suami pergi jalan-jalan. Malas nak balik rumah terus. So En. Suami decide nak gi Wangsa Walk. Sampai je sana aku teringat nak beli barang-barang dapur sikit. So singgahlah Cold Storage. Mahal lak barang-barang kat sini. Beza gila kot dengan NSK.. Tapi disebabkan aku malas dah nak singgah mana-mana lagi, aku beli juga barang kat situ. Jalan-jalan terjumpa lak barang-barang untuk sambut Halloween. Aku tak sambut yer perayaan ni. Just bergambar je dengan menatang tuh.. hehehe

- Hahaha.. akulah yang berkuasa... -






P/S : Semenjak aku dah tak alah/muntah ni, setiap weekend je aku ajak En. Suami gi jalan-jalan..

Kod E Tak Semestinya Lemak Babi Atau Tak Halal

Ingat tak dulu aku ada post pasal Lemak Babi? Tadi aku tengok ada comment yang perlu aku approve sebelum publish.


Kat Malaysia ni, tak semua produk yang ada Kod E tu adalah lemak babi atau bahan berasas tumbuhan yang tak halal untuk kita umat Islam. Sebab selalunya Kod E ni dijadikan bahan rujukan bagi umat Islam yang berada di luar negara, untuk menentukan sesuatu produk makanan itu halal atau tak. (Kalau aku salah tolong betulkan yer). So sebelum kita judge sesuatu produk makanan, adalah lebih baik kita confirm dulu kesahihan produk tersebut. Tetapi tak salah bagi kita umat Islam ni untuk berasa was-was pada sesuatu produk tu. Sebab adalah menjadi kewajipan kita mencari yang HALAL. Wajib okay. Sebab makanan yang halal itulah yang akan menjadi sebahagian darah daging kita. Membentuk peribadi dan zuriat kita di masa akan datang. (Cewahh... skema sangat)

Korang boleh baca info pasal Kod E kat SINI okay.


P/S : Entry aku yang sangat pendek utk kali ini

Panduan Mengatasi Masalah Tidur Ketika Hamil

Sejak kandungan aku dah mencecah 4 bulan (16 minggu), tidur aku mula rasa tak selesa. Nak kata perut aku besar. Nan hado pun.. Kecik je. Bila tidur telentang je, perut rasa keras, senak, susah nak nafas dan sakit pinggang. Nak kena alas pinggang kiri dan kanan bagai. Pastu sekarang ni aku cepat rasa panas dan berpeluh. Kalau dulu kipas tu memang En. Suami yang conquer. Tak pun kalau pasang je kipas aku mesti berselubung macam hantu. heheh. Pagi je dalam pukul 4am aku matikan sebab suhu dah sejuk. Sekarang ni, kipas tu aku yang punya. Selagi tak bangun tidur, selagi tu kipas berpasang. Kesian kat En. Suami. Dia yang pulak berselubung bila waktu pagi.. Terbalik..

Tadi aku search kat Mr. GOOGLE posisi tidur yang sesuai dan cara mengatasi masalah tidur ketika hamil. Meh kita share sama-sama okay.

 

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam. Kebaikan mengiring ke kiri ialah :

-i- posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung

-ii- ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan

2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.


P/S : Semoga anda semua dapat tidur dan rehat yang baik ketika hamil.

Pengalaman Pregnant : 2nd Check-up Klinik Kerajaan


Hari ni pukul 8.00am aku check-up kali ke-2 dengan klinik kerajaan. Pagi-pagi aku dah bangun, mandi, breakfast (itu penting) dan bersiap bagai. Aku check-up di Klinik Kerajaan Sungai Tua, Selayang. Pukul 7.57am aku dah sampai. Memang ramai giler la kan. Terus letak buku merah dalam bakul tulis 8.00am. Sambil menunggu aku gi timbang berat. Naik 2.5kg. Padahal itu berat time aku tak pregnant. 1st check-up berat aku 45kg. Sebelum tu aku check dengan private 43.5kg.. Turun yang sangat mendadak. Mana tak turunnya.. Kan aku muntah teruk.. Alhamdulillah, setelah sebulan berhempas pulas dengan muntah, akhirnya aku kembali normal. Dah boleh makan nasi walau takla berselera sangat. Eh, tercerita benda lain lak kan.. hehehe

Okay, tak sampai 5minit nama aku dipanggil untuk ambil darah.. Dalam bilik ambil darah aku tunggu 15minit. Lepastu kena bawa darah pergi makmal. Tunggu lagi 5minit. Keputusan darah keluar. Pergi balik kuanter 1st tadi kasi keputusan darah. Haaa.. kat sini punyalah lama okay aku kena tunggu. Dari pukul 9.30am sampai 10.30am. Padahal orang yang depan ambil darah dari aku dah 15minit settle dan boleh balik. Biasala kan.. Kata klinik kerajaan. Kau kenalah sabar menunggu. Kalau tak sabar, kau keluarlah duit dan check kat private. 

Sambil menunggu, adalah dalam 2 kali nurse buat announcement " Ibu mengandung yang belum test air kencing mari sini ". Aku buat tak tau je masa 1st time tu. Bila kali kedua dia announce aku dah gelabah. Di klinik kerajaan kau orang jangan jadi BODOH SOMBONG okay. Kalau tak sampai kesudah la kau memang bodoh.. Kau kena banyak tanya. Jangan harap dorang akan bagitau kau satu-satu. Aku pun tanya la kakak sebelah aku.

Aku : Kak, memang tiap kali check-up kena test air kencing ke?

Akak : Yer dik. Tiap kali check-up kena test. Kalau tak nanti nurse marah.

Okay, aku dah kelam kabut. Cepat-cepat aku jalan pergi toilet dan kencing dalam bekas urine tu. Hahah.. Tak sampai 10minit nama aku kena panggil dengan nurse kaunter depan. Cek tekanan darah dan dia tanya :

Nurse 1 : Dah test air kencing

Aku : (Gulp) Dah, tapi tak check lagi. ( Jawapan untuk selamatkan diri dari kena marah. Padahal dah banyak kali nurse announce kan)

Nurse 1 : Owh.. yeke (nurse tu jawab macam tak caya je..)

Nurse tu pun suruh assistant dia check untuk aku. Lepas dah check aku gi balik kat kuanter tu untuk tunggu apa lagi lepas ni. Dia kasi buku merah dan nombor giliran suruh aku tunggu. Buku tu kena letak dalam bakul bilik 1. Dalam 5minit tunggu nombor aku dipanggil masuk bilik 1. Dalam bilik nurse 2 suruh aku baring untuk ukur perut. Lepastu dah ukur perut dia memulakan nasihat. Sebelum tu nurse 2 tanya aku punya result scan yang buat kat private ada bawa ke tak sebab aku disahkan ada fibroid. Tapi aku lupa bawa. Nurse 2 tu pun bebel tanya aku kenapa boleh lupa.. Hahah.. aku diam je la. Malas menjawab nanti kena marah. So next time check-up aku kena bawa. Okay nurse..

HB (hemoglobin) dan berat aku nurse 2 cakap okay. Macam biasa, kena makan makanan berkhasiat, minum susu, makan ubat, jangan angkat berat dan sebagainya. Settle dan boleh balik. (Eh, mana boleh balik. Aku kena masuk office. Kerja. So minta la time-slip)

Sekian saja cerita aku untuk second check-up. Next check-up 6/11/2012 nanti.. So bersedia macam biasa.


Bunga Api Buluh


Tadi aku dapat comment dari Anonymous tentang bunga api buluh masa aku sanding haritu.





Lepastu aku balas ni :


Tetiba teringat nak call pakcik aku yang tolong handle/order bunga api buluh ni masa aku kahwin haritu. Kebetulan pakcik aku memang kerja kat kampung aku Melaka. Then pakcik aku dah bagi nombor telefon. So kepada Anonymous, sorry yer.. u try nombor ni sebab sis kahwin bulan 3, so tak pasti dia guna nombor ni lagi ke tak


Sekian...

Pengalaman Pregnant : 4 bulan

Minggu ni kandungan aku genap 4 bulan. Dah masuk trimester ke-2. Perut pun dah mula membesar dan rasa tak selesa. Kadang-kadang mengeras. Pastu nafas jadi berat sangat. Masa tu kena luruskan badan. Kalau tak rasa senak je. Mula la susah nak sendawa dan akan jadi muntah.. Orang kata time ni kita dah boleh rasa pergerakan bayi walau tak kuat/aktif mana. Aku ada gak rasa. Tiba-tiba aku rasa macam perut kena cubit. Menggeletek tak pasal-pasal.. hehehe..

 Pemakanan aku still lagi tak stabil. Aku masih tak lalu nak makan nasi. Asyik nak makan bihun, laksa..Tapi aku paksakan juga makan nasi, sebab kalau tak makan aku akan rasa lapar gila. Mula la muntah-muntah. Pukul 9 malam ke atas je aku rasa lemah. Masih lagi tak boleh bau orang masak atau menumis. Mood pun kejap okay, kejap rasa cam nak marah orang.

Aku harap kandungan aku sihat. Dan aku juga harap masalah makan aku ni akan berakhir.. Dah lama aku tak tempek muka aku kat blog ni kan. Almaklumlah aku sangat comot masa mengandung ni. Dengan malas nak make-up, sikat rambut. Semua malas gila. Nasib aku waras lagi. So harini aku tempek muka aku. Korang jangan nak mengata aku okay. Ni je yang mampu aku buat.. heheh

jeng..jeng.. jeng
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak tak perut aku? tak kan..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
scroll lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

ni la perut aku sekarang.. chumel tak?? heheh


P/S : Korang doakan aku dan baby sihat yer... :-) XOXO

Aku marah tapi tak tau nak marah siapa

 Ini bukan cerita pasal aku pregnant yer. Harini aku selit-selit cerita lain lak.

Masa bulan puasa haritu mak aku ada deal dengan kawan lelaki anak buah dia pasal nak tukar tayar dan rim kereta proton second-hand. Dia cakap ada semua benda. Siap nak bagi free sit dan cover lampu kereta sekali. Almaklumlah benda orang dah kasi free kan. So kami terima je la. Malam tu dia datang dan bawa kereta mak aku ke bengkel. Dia cakap esok pagi dia hantar. Paling lama 2hari. Yang mak aku ni percaya sangat dengan orang, dia pergi bayar habis. Patutnya bayarla separuh dulu dan bila siap nanti bayar habis kan.

Okay, 2hari pastu dia hantar la kereta mak aku. Korang tau, tayar dan rim dorang tak tukar sebab kononnya tetiba takde stok/size. Yang dia tukar benda free tu je. Apa perasaan korang? Duit dah bayar habis ni. Tapi barang yang sepatutnya ditukar tak tukar. Mak aku nak bawa kereta tu balik raya. Nak la safety kan. Jalan jauh. Tapi hampa.. Bila aku call dan mesej, dia cakap lepas raya dia buat balik. Hello, kitaorang nak balik raya. Kalau lepas raya apa kejadahnya?? Duit dah bayar kan, so takleh kata apa.


Harini aku mesej dia balik untuk remind suruh dia ganti duit mak aku. So kita tengok apa kesudahannya. Hati aku memang sakitlah sebab aku kesiankan mak aku. Duit dia susah payah bangun pagi-pagi buat kuih dan jual. Last-last kena tipu. Tapi sakit hati yang terpaksa aku pendamkan sebab salah mak aku juga. Yelah percaya kat orang senang-senang je. Takkan aku nak marah mak aku pulakkan.. Adoi.. Tensen mak nok.. Sekarang ni aku rasa macam nak pergi je pukul budak tu. *ganas tak aku* Tapi aku malas nak besarkan hal ni *padahal takut*

p/s : Wait and see

Pengalaman Pregnant : Makan & Makanan

Sekarang aku pregnant, so entry aku mesti pasal pregnant. Sorry la yer, buat masa sekarang dan 5 bulan akan datang aku akan cerita pasal pregnant je la. Kalau ada anak mesti pasal anak kan? Hehehe.. So sila jangan muntah okay. Kalau muntah juga, baik korang gi cek, mana tau korang pun pregnant macam aku.. heheheh..

Sejak dari awal aku pregnant, aku memang takde selera langsung untuk makan. Aku makan pun sebab memikirkan anak yang aku kandungkan. Kesian kat baby, kalau tak makan, baby mesti tak besar, nanti takde khasiat yang dia dapat serap, baby lapar. So aku gagahkan diri untuk makan demi zuriat yang tercinta.

Sekarang ni, bila aku tengok gambar makanan je aku rasa nak muntah. Padahal gambar je kot. Bukan aku makan. Kalau buka blog orang, orang bukan main lagi kata makan kat situ sini sedap, makanan ni sedap giler. Yang aku pula, bila gambar makanan je aku scroll ke bawah laju-laju. Hahah.. Sorry la yer pada blogger yang beriya-iya cerita pasal makanan/masakan korang. Aku memang baca, tapi sampai kat gambar aku tak tengok. Aku takut tetiba aku muntah depan PC ni kang.

Pastu bab makan lak, dahla aku memang slow masa makan. Masa pregnant ni lagi slow. Lagi-lagi time makan lauk yang bersambal/cili. Dari 15minit ke sejam duk makan sambil pilih biji dan hampas cili. Giler kan. Kadang-kadang tu kalau makan kat luar, kesian kat En. Suami menunggu aku makan. Padahal makan roti canai sekeping je. Bukan main lagi minta kuah banjir siap sambal, kuah dal dan kari campur sekali. Sebab tu bila hari minggu atau malam En. Suami ajak makan kedai mamak aku suruh dia tapau je. Kesian kat dia.. HEhehe..

Korang mesti tertanya-tanya kan kenapa aku pilih biji dan hampas cili tu. Sebenarnya masa aku teruk muntah-muntah dulu, tekak aku luka. Asal muntah je mesti berdarah. So kesan dari luka tu macam ada parutla doktor cakap. Aku akan rasa tak selesa atau macam ada benda tersangkut kat tekak aku. Tu yang membuatkan aku rasa nak muntah je. Bila makan sambal je, mesti aku rasa tak selesa. Sebab tu aku kurangkan makan sambal. Tapi sebenarnya bukan kata makan lauk sambal je, kacang, nasi dan oat pun sama gak.. huhuhu.. aku kan mengada dan lembik.. *ngata diri sendiri*

Sekian, aku tempekkan juga gambar makanan untuk tatapan semua.. heheheh..

-makanan favorite aku time pregnant-



Pengalaman Pregnant : Trimester Pertama

Wahh.. tajuk nye pun dah macam poyo kan..

Sori la yer coz i dah lama tak update blog ni. Macam-macam perkara yang dah aku alami sepanjang aku pregnant ni sampai aku malas nak update.

Untuk pengetahuan kawan-kawan blogger, sepanjang bulan puasa aku bercuti tanpa gaji selama sebulan. Sebabnya aku tak tahan muntah-muntah sepanjang masa. Jadi surat yang aku dah create untuk boss aku tu selamat sampai dan diluluskan. Okey, setiap orang yang pregnant mengalami macam-macam perkara sama ada yang best atau tak best. Itu bergantung pada diri kita sendiri untuk tanganinya. Macam aku yang cengeng dan lembik ni, memang payahla kan... Ni antara yang aku alami sepanjang sebulan aku bercuti

1) Selama sebulan berpuasa, aku memang tak puasa langsung sebab aku muntah-muntah teruk. (Dah cuba separuh hari tapi hampess)
2) Sebulan tu juga dah 2 kali aku dimasukkan air. (1st masa hari kedua puasa dan 2nd aku masuk wad kat Damansara Damai Medical Center. Ni lagi 2 hari nak raya. Habis duit laki aku sebab ni hospital pakar)
3) Berat badan aku turun 4kg sekaligus. (Sebab aku memang tak lalu makan, telan nasi pun dah rasa telan pasir)
4) Aku alah kepada bau asap rokok, kenderaan, sampah, bau tumisan dan bau masakan. (Lagi bau kedai makan cina. Memang muntah tanpa dapat ditahan-tahan)
5) Disebabkan alah bau asap rokok dan kenderaan, aku dah tak keluar dengan En. Suami untuk pergi minum atau jalan-jalan. (Sebab kawan-kawan dia hisap rokok.)
6) Aku tak boleh minum kopi dan nescafe. Hanya minum susu, jus buah, yogurt dan MILO.
7) Aku tak suka jumpa orang. Hidup aku hanya dalam rumah dan bilik. (Rimas sangat)
8) Aku malas mandi dan tak suka bersolek. boleh? Aku tak tau kenapa aku boleh jadi macamni. PEMALAS sangatttt...
9) Aku suka sangat tidur walau keadaan bising. (Sebelum pregnant, bunyi orang berjalan pun tak boleh. Sekarang, orang tengah renovate rumah aku boleh tidur... Giler.)
10) Aku sangat sensitive. Senang sangat sentap dan menangis.. Ni normal kot bagi orang preggy..

Sekarang ni aku dah masuk 14minggu. Harap masuk minggu ke 16 nanti aku okaylah.. Sekian, ini saja yang aku dapat share, sebab mood aku memang ke laut lah kan..


Mabuk

Selepas seminggu aku disahkan mengandung oleh doktor, mulalah cabaran dalam hidup aku. Dari mual-mual biasa ke muntah teruk sampai masuk air. Badan aku lembik sangat. Dulu kalau tak makan nasi, aku akan muntah. Terbalik. Sekarang makan nasi mesti aku muntah. Tak boleh nak telan langsung. Kena cari alternatif lain untuk makan bagi kenyang. Kalau aku tak fikirkan yang aku mengandung, memang aku taknak makan. Tapi disebabkan kesiankan anak yang bakal membesar dengan sihat dalam perut ni, aku kuatkan semangat untuk makan. Doktor cakap "biar 10 awak makan dan 9 yang keluar, sekurang-kurangnya 1 masih tinggal untuk kandungan awak." Baiklah encik Doktor.

Selain tu aku tak boleh bau asap rokok, kalau bau mesti aku nak muntah. Tapi baik lah tu untuk kandungan aku kan. Bau perfume yang melampau pun aku tak boleh. Ada la jiran yang menyewa rumah aku ni. Indon. Asal keluar je dari rumah, bau dia sampai ke dapur rumah aku. Wangi gila. Berapa botol perfume agaknya dia sembur. Ke mandi perfume. Adoi.... Kalau aku nampak dia, cepat-cepat aku lari masuk bilik... Hahaha..

Disebabkan benda macamni, aku dah create 1 surat untuk bagi kat boss aku. Surat Cuti Tanpa Gaji. Konon nak cuti dan berehat. Anak pertamakan. Tapi melihat keadaan aku 2-3 hari ni macam okay, so aku decide untuk hold dulu surat tu. Sayang juga duit tu kan. Yelah, lepas ni aku akan memerlukan duit yang banyak. Nak Raya lagi. Pastu bersalin lagi. Lepas bersalin nak guna duit lagi untuk masa depan baby. So dari sekaranglah aku kena saving. Hurrmm..

Demi Amanah yang Allah SWT kurniakan ni. InsyaAllah aku akan cuba kuatkan semangat. Baru seorang. Kata nak 5 orang kan.. Eh.. hehehehe...



P/S : Harap aku kuat dan baby ni sihat. Korang doakan la yer..

Rezeki

Alhamdulillah..

Hanya itu yang mampu aku ucapkan dengan rezeki yang telah Allah SWT berikan padaku. Bukan hanya 1, tapi lebih dari itu.

Baru-baru ini aku dapat kenaikkan gaji. Walaupun tak seberapa, tapi aku amat bersyukur dengan jumlah yang kecil itu. Bagi aku cukuplah sebab kerja aku yang biasa-biasa je dan tidak membebankan aku sebagai pekerja bawahan. Nak kata aku banyak kerja, tak juga tapi ada masa-masanya kerja tu datang sekali gus. Aku memang komited dengan kerja yang telah diberikan orang atasan. Cuma aku harap janganlah mengambil kesempatan dengan apa yang aku lakukan sebab aku susah untuk mengatakan tidak. Disiplin memang hancurlah. Kedatangan yang selalu "MERAH". Aku terus bertahan sebab aku amat sayangkan company ini. Sebab utamanya adalah suasana kami yang macam 'adik-beradik'.

Rezeki seterusnya ini adalah amat aku dan En. Suami tunggu-tunggukan dalam hubungan rumahtangga kami. Aku hamil/mengandung. Hanya Tuhan saja tahu betapa aku gembira dengan rezeki yang tak ternilai harganya ini.

Sejak 2 minggu lepas aku sering berasa loya dan tak selesa di bahagian perut. Perut aku rasa tegang. Tapi aku abaikan sebab itu juga tanda-tanda PMS. Tapi masuk harini aku dah lewat datang bulan 5 hari. Selalunya aku tak pernah lewat. Tiap-tiap bulan mesti awal dari bulan selepasnya. So semalam lepas abis waktu kerja, aku terus ke farmasi beli pregnancy test. Ikut hati masa tu juga aku nak test. Tapi aku sabarkan hati ini. Pagi tu dengan excited nya aku test dan menunggu dalam seminit. Ada 2 garis. Aku senyum dan dalam hati sangat gembira dan bersyukur.

Aku kejutkan En. Suami. Aku bisik kat telinga dia. Dalam keadaan mamai dia mendengar berita gembira tu. Terus mata dia terbuka dan senyum.

Memang aku tak boleh terlalu excited sebab belum confirm lagi. Maybe malam ni atau esok aku cek kat doktor untuk confirm yang aku hamil. Aku harap sangat iainya betul. Dan berharap bayi yang aku kandungkan ini sihat dan menjadi anak yang soleh/solehah. Soal jantina, aku memang tak kisah lelaki atau perempuan. Aku serahkan semua pada ketentuanNya.




P/S : 4 bulan aku menunggu. Terima kasih Ya Allah dengan rezeki yang telah Engkau kurniakan padaku.

Meatballs IKEA


Hari ahad haritu aku pergi ke IKEA sebab nak hantar dulang hantaran yang telah disewa. Penyewa namanya Cik Balqis yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 9 June ni. Dia duduk kat Shah Alam. So kami decide jumpa kat tengah-tengah iaitu di Damansara. So sesiapa yang nak sewa dulang hantaran boleh click SINI okay.

Alang-alang dah sampai ke IKEA tu, aku yang sangat ‘mengidam’ nak makan makanan yang agak famous kat situ. Sebab selalu je kat blog-blog dok sebok pasal meat ball IKEA ni. Jadi merasa la juga aku makan benda alah tu sambil belanja adik dan En. Suami. Memang sedap tapi agak muak bagi aku yang berselera makanan Melayu ni kan. Makan 5 ketul pun aku dah muak. Kesian kan aku. Macamana la nak makan selera Western ni.. Adoi..

Beratur bukan main panjang lagi. Disebabkan aku 'mengidam', aku gagahkan juga beratur. Dekat 1/2 jam gak la aku beratur. Adoi...

-Swedish Meatballs-

-chicken wing-

-Swedish Dessert-

-En. Suami berambut baru yang menampakkan beliau sangat gomok huhhu-

Sakit Misteri (sangatlah)

Malam Isnin tu aku dah start batuk-batuk. Aku gagahkan diri pergi klinik 1 Malaysia (sebab gaji tak masuk lagi). Doktor cakap aku demam dan thornsil aku bengkak. Lepas balik klinik panas badan aku makin menjadi sampai la pukul 1.00am. En. Suami dah mula risau. Dia ambil kain lempab dan letak atas dahi aku. Setiap kali dia terjaga, leher dan dahi aku disentuh untuk merasa kepanasan. Pagi Selasa tu aku terpaksa pergi ke klinik untuk kali ke-2. Kali ni ke klinik swasta sebab Klnik 1 Malaysia tak mengeluarkan MC. Aku memang dah tak larat sebab semalaman tak tidur. Dengan sakit sendi tak ingat punya. Adoiii


Hari Rabu, badan aku still panas lagi. Tapi aku gagahkan diri pergi kerja. Time ni selesema pula menjelma. Complete (demam + batuk + selesema)!. Aku terpaksa EL half-day. Tak larat nak meneruskan kerja. En. Suami ambil aku bawa balik rumah. Seriously ni 1st time aku demam berlarutan macamni. Balik rumah aku rehat. Badan panas balik dan sakit sendi makin terasa. Aku call En. Suami dan dia sangat risau. Balik kerja malam En. Suami bawa aku pergi klinik kesihatan kerajaan. Dan darah aku di ambil sebab takut denggi.

Dan PLATLET darah aku amat rendah. Tapi aku tak kena tahan wad. Doktor suruh aku ambil darah keesokan harinya. Esoknya aku pergi, darah dah turun sikit tapi doktor still risau sebab turun sikit sangat. Suruh aku ambil esok lagi (Jumaat) dan dia bagi aku MC suruh rehat dan makan ubat. Jumaat aku pergi lagi sekali dan harap sangat okay. Tapi hampa turun sikit juga dan darah putih aku tak normal. Kali ni doktor suruh aku test di Hospital Selayang pula sebab klinik tu tutup (Sabtu& Ahad).

Esoknya aku pergi hospital dan doktor cakap platlet darah aku dah okay cuma sel darah putih aku tak normal. Dia suruh aku test lagi Isnin(hari ini) tapi aku tak pergi pun SEBAB, aku rasa diri aku dah sihat. Doktor ada cakap sel darah putih kita adalah antibodi badan. 2 kemungkinan dia tak normal iaitu sebab demam atau ada jangkita kuman/virus. So bagi aku maybe sebab aku demam, sebab tu sel darah putih aku masih tak stabil.

Sepanjang aku sakit, macam-macam spekulasi yang aku dengar. Yang pastinya aku pregnant. Kalau lah aku mengandung, akulah manusia paling gembira dan bersyukur sekali. Tapi disebabkan aku taknak kecewa, aku kenala tunggu lagi 2minggu.




P/S: Harap-harap apa yang mereka doakan(mengandung) tu menjadi kenyataan

Petua Sakit Kepala

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.



P/S : Uolls cuba la dulu okey coz aku jarang kena sakit kepala. InsyaAllah mujarab. Kalo amalkan makan panadol selalu pun tak elok juga kan..

Mood : Touching

Hurmmm..


Semenjak 2 menjak ni, aku cepat terasa (touching).
Dengan suami, family, kawan-kawan dan sesiapa saja.
Aku nampak sangat perasaan tu.
Kalo boleh aku nak elak berperasaan macamtu.
Tapi aku tak boleh nak elak.
Aku tak tahu kenapa perasaan tu wujud.
Bila aku tersedar dari perasaan tu, aku jadi benci dengan diri aku sendiri.
Aku tak suka sangatttt bila aku jadi macamtu.

Napa aku berperasaan macamni?
Adakah sebab aku penat?
Atau sebab yang SATU ni?




SENGKEK..

Hurrrmmm...


Ni aku just nak luahkan apa yang aku rasa sekarang dan agak tertanya-tanya.

Macamni, aku pakai line CELCOM Postpaid 1+5. Aku adalah main kepada 3 line telefon. 2 line lagi my mum dan En. Suami yang guna. Macam aku and my mum, every month memang bayar awal punya. En. Suami pula selalu atau kerap bayar lambat atau tertunggak sampai 3 bulan. Tapi amount semua bill tak sampai pun RM300.00 untuk jumlah sampai 3 bulan. Al-maklumlah En. Suami kerja kontrak, so gaji selalu lewat sampai 3 bulan pun ada. TAPI walau tunggak sekalipun, dia still bayar ansur-ansur setiap bulan. Dia punya credit limit RM200.00

Okay, itu adalah intro cerita. Yang aku tak puas hati kat sini, start bulan ni jer dah 3 kali pengutip hutang dari CELCOM call dan suruh bayar. Padahal kalo nak ikut credit limit, cuma terlebih sikit je pun. Tak kan sampai suruh pengutip hutang call banyak kali suruh bayar. Lainlah kalo aku tak bayar langsung selama 3 bulan tu. Line call pun dorang dah BAR. Huh!!

DAN yang kedua nya. Setiap bulan aku akan bayar tak cukup dengan amount yang sepatutnya. Contohnya, kalo bill aku RM100.00, aku akan bayar RM80.00. So maknanya aku tunggak RM20.00 kan?? Tapi aku dah CALL CELCOM, mereka cakap boleh tertunggak tapi jangan lebih dari RM30.00 per month. Sebab aku buat macamtu ialah aku bayar hutang kat benda lain pula. Korang mesti pernah buat kan macam aku buat.. Jangan tipu okay.. TAPI start dari bulan ni (MAY), CELCOM dah call. Persoalannya kat sini, CELCOM dah sengkek sangat ker? Lainlah kalo aku hutang sampai habis credit limit. Adoiii..


P/S: Jangan sampai aku tukar ke operator lain lak. Mencikkkk


Big Day : Malam Berinai (Berjulang)

-kalau kabur sila click untuk tumbesaran-

Maaf lah yer.. Dah masuk 2 bulan aku kahwin, ni baru berkesempatan meng'update' blog pasal Malam berinai.. Okey ingat tak aku pernah bagitahu yang aku mengimpikan perkahwinan mengikut adat negeri Melaka kat SINI? So impian aku tercapai. Semua tu hasil dari pertolongan nenek sedara(wan induk) aku yang merealisasikan impian aku sejak aku kecil lagi.

Okey, aku nak cerita, dulu masa kecil, mak aku meniaga. So setiap kali cuti sekolah aku akan duduk dengan nenek dan atuk di kampung(Melaka) sampai sekolah buka. Tau-taula, bila cuti sekolah je banyak kenduri kahwin kan. Aku tak suka pergi makan kenduri TAPI aku akan pergi untuk melihat acara MENJULANG dan BUNGA API ni. Kalau di kampung aku Ramuan Cina Besar, acara menjulang ni diadakan 2 kali. Iaitu pada malam berinai dan masa sebelum bersanding. Masa ni memang sangat seronok buat kanak-kanak seperti aku. Sapa-sapa yang tak tahu, menjulang ni memerlukan 2 buah kerusi rotan, 4 batang buluh, kain batik dan tali rafia. Buluh-buluh ini akan di ikat di antara kerusi rotan tersebut dengan cermat. Bila dah siap ikat kain batik menjadi alas pada kerusi.

Selain tu, bunga api yang diperbuat dari buluh juga ada bagi melengkapkan acara berjulang ni. Bagi aku, bunga api buluh ni hanya terdapat di Melaka. Tapi kalau aku silap tolong betulkan yer. Aku dah tempah 10batang khas dari Bandar Melaka berharga RM17.00 sebatang

Masa acara menjulang, kerusi julang akan diangkat seramai beberapa orang mengikut saiz dan berat pengantin yer.. Jangan pengantin besar, tapi tukang angkat nye 4 orang je, mau sakit nak angkat nanti. Mengikut adat kat kampung aku, pengantin perempuan akan menjemput pengantin lelaki. Pengantin perempuan duduk di bahagian kiri kerusi dan dijulang berseorangan sampai ditempat pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki menunggu dengan iringan kompang. Selepas sampai kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan akan bersalam dengan pengantin lelaki dan menjemput beliau duduk. Dan sekali lagi mereka akan dijulang bersama sampai di pelamin. Bila sampai di pelamin, bunga api buluh akan dibakar bagi menamatkan majlis....Okey, abis cerita.

-ini adalah contoh kerusi julang-

So aku sambung tentang majlis Malam berinani aku yer. Pada malam berinai aku memilih baju songket berwarna kuning diraja. Macam puteri raja la pula kan. Majlis bermula selepas solat Isyak. Sebelum tu sedikit majlis doa selamat diadakan di bawah khemah penanggah. Selepas tu kami diarak seperti yang aku bagitahu kat atas. Sampai di khemah, bunga api dibakar. Aku rasa kagum dan bangga (bukan riak ok) jugalah sebab majlis aku adalah yang pertama dibuat macamtu kat kawasan aku duduk....Selepas tu ada sesi bergambar dan juga majlis makan kecil untuk jiran, kawan-kawan dan sedara-mara yang datang pada malam tu. Kat sini aku nak share beberapa keping gambar pada malam berinai itu berlangsung. Enjoy ok..

(Dah lama tak post, tetiba bila post panjang berjela la pula kan. Sila baca bila anda boring.. hahaha)


And last posing ala-ala manja dari aku.. heheheh
















P/S : Lepas ni (tapi entah bila) aku akan update masa majlis persandingan kami pula yer.. Tunggu tau.. L.O.V.E
Pink Cherry