...PerSEDIAAN KaHwin.... HIV Test

Yeah.. aku dah buat HIV Test. Untuk pengetahuan semua (bagi siapa-siapa yang belum tahu je yer), HIV test perlu dibuat bagi pasangan yang ingin berkahwin. Ianya HANYA boleh dibuat di klinik/hospital KERAJAAN sahaja. Kalau swasta tidak diterima. Dalam pengetahuan aku, sesiapa yang buat di KL atau kawasan bandar di area Selangor, kita perlu buat appointment dulu. Jangan main redah jer. Mau kena marah dengan nurse tu nanti. Untuk Selangor, boleh click SINI untuk list klinik/hospital kerajaan. Sebelum tu aku ada cerita kat SINI pasal aku ambil borang kan.

Ni aku nak cerita pengalaman aku, 2 minggu sebelum pergi test aku dah pergi buat appointment kat klinik kesihatan Gombak Setia. Sebab tu antara klinik yang tarikhnya cepat. Klinik-klinik area Gombak lain semua nak pertengahan bulan Februari nanti. Aku takut tak sempat jer. So dah tiba hari appointment, aku dengan En.Tunang pergilah.. Macam biasa, klinik atau hospital kerajaan sentiasa dipenuhi orang. Sampai yang tunggu kat luar bagai.

Korang tahu kan, aku ni sangat takut dengan jarum. Asal jarum je aku rasa nak pitam. Dalam sejam setengah juga aku menunggu. So masa menunggu giliran nak jumpa doktor tu, jantung aku rasa macam nak tercabut. Tak dapat aku bayangkan macam mana rasa sakit kena cucuk dengan jarum. Ada gak kawan-kawan dalam FB cakap sakit. Siot je dorang ni. Saje nak takutkan aku.

-antara bahan dan alatan yang digunakan-

Bila tiba giliran aku, aku rasa cam tak jejak lantai je. Tapi aku gagahkan juga demi nak kahwin kan. Doktor (sebenarnya bukan doktor. Attendant je kot) yang nak test aku tu sangat peramah. So hilanglah sikit perasaan nervous aku tu.

Doktor : U nak kahwin di mana?

Aku :
Di gombak.

Doktor :
Owh.. bagus.. bagus (dalam hati aku apa yang bagus agaknya)

Aku :
Doktor, sebenarnya saya takut jarum. Sebab selalunya saya akan pitam lepas kena injection.

Doktor :
Tak sakit la. Sikit je. (Sambil letak cecair kebas kat jari hantu aku, dia buka laci dan ambil jarum). Tapi u jangan risau, i kasi u jarum yang tak sakit punya.

Aku :
Angguk... (Dalam hati, yer ker tak sakit?? Bagi aku jarum semua sakit)

-sepatutnya jarum 4 segi tu, tapi doktor guna jarum biasa untuk aku-

Okey, doktor tak guna jarum yang sepatutnya dia test, dia cucuk guna jarum biasa je. Macam jarum peniti. Dan tak sakit okey. Thanks doktor.

-keputusan dia, kalau 2 line kita +Positive dan berkemungkinan HIV. Tapi jangan risau dia akan hantar sample darah kita untuk second test. So tak semestinya positive time tu kita ada HIV

-Kalau 1 line tu -Negative dan kita bebas dari jangkitan HIV


Dan Alhamdulillah, keputusan kami -Negative

...PerSEDIAAN KaHwin.... Kemas&Cat Bilik

Cuti CNY semua orang duk jalan-jalan, balik kampung bagai. Tapi aku, kena kemas dan cat bilik. Sebab aku fikir nak kahwin je. Kalau tak, aku dah pergi meraban tah kemana-mana. Aku just kemas bilik je, bab cat bilik aku upah adik ke-2 aku cat. Tak lalu aku nak cat. Sedangkan cat pintu rumah yang kecik tu pun aku rasa nak muntah. Apatah lagi, dinding dan siling bagai. Mau tercirit aku. Hahaha.. (Sorry la yer, takde gambar nak tunjuk. sebab terlampau sibuk ngemas, gambar aku tak tangkap)

Ikutkan memang aku nak upah indon yang sewa sebelah rumah aku tu cat. Tapi mak aku cakap, dari kasi orang duit, baik kasi adik aku duit. Actually, adik aku yang second ni memang seorang yang sangat creative. Bab kemahiran, semua dia pandai. Elektrik, paip, motor, cat dan sebagainya serah kat dia. Tapi kalo time kita suruh tu dia malas, tak jadi juga kan.

Disebabkan aku mengemas bilik yang banyak habuk tu (nasib incik dan cik lipas takde), masuk malam tadi je dah 4 malam aku semput. Dan pagi ni, aku dah tak tahan sebab tak dapat tidur lena. Aku pi klinik amik oksigen.

Dan juga, sampai sekarang (masa aku tulis blog ni), badan, kaki dan tangan aku menggigil. Sebenarnya, itu memang effect selepas kita amik oksigen. Antara larat dan tak je la menanggungnya.




P/S: Mesti korang bosan kan sebab aku asyik cerita pasal persediaan aku nak kahwin je. Dah itu je yang aku akan buat 2-3 bulan ni. Nak buek camno laie.. layan kan yo..

...PerSEDIAAN KaHwin.... Langsir Bilik& Baju Family







Hari Sabtu hari tu aku dengan my mum pergi Jalan TAR. Niat nak cari langsir untuk bilik pengantin dan Baju/Kain untuk family. My mum dengan tak berapa sihat pun gagahkan diri demi anak tercinta ni. Kesian my mum. Bila rasa loya nak muntah, dia berhenti gi toilet kat Nagoya. Aku lak sensorang cari kain langsir yang sesuai. Aku dah cakap kat my mum, kalau tak larat kita pergi lain kali. Tapi dia nak gak pergi.


Lepas masuk Nagoya, aku pergi cari kain ela yang jual borong belakang Masjid India tu. Puas cari, tawar, tak dapat harga yang aku nak, cari lagi kedai lain. Last sekali aku masuk Kedai Aria Collection. Okey kawan-kawan, aku nak bagitahu ni. Sesiapa yang rajin pergi Masjid India korang cari kedai ni. Nak budget harga untuk baju kurung, jubah, kain ela dan tudung. Aku suggest korang pergi kat sini. Kat sini SANGAT MURAH okey. Baju kurung kain cotton siap jahit manik kalau kedai lain harga dalam RM180.00, tapi kat sini harga dia dalam RM69.00 jer okey. Kain dia aku tengok sama jer macam kedai deret Masjid India dan Jalan TAR.

Okey, berbalik pada cerita aku, aku beli kain ela dalam 15 helai. Murah sangat. Siap dia bagi discount lagi. Dan mak aku dapat jubah manik-manik. Cer teka harga dia berapa??? Hahaha, murah gila.... Korang bahagi 2 harga jubah di pasaran okey... Jangan lupa okey, sesiapa yang nak baju murah-murah boleh pergi Aria Collection.

Lepas tu aku ingat nak pergi cari baju untuk adik lelaki dan ayah aku. Tapi tengok my mum dah tak larat sangat, kami pun balik la..

P/S: Thanks mak, sebab sudi teman Along pergi cari barang.. Love you so much

...PerSEDIAAN KaHwin.... Spa & Facial

2 hari ni aku sebok cari package yang murah dan berbaloi untuk Spa badan dan Facial.
Kata nak kahwin kan.
Nak nampak kulit muka cantikla..
Nak kulit badan lembut..
Nak kena fikir pasal budget la coz takut lari budget..
Kat e-mail banyak package dari groupon.my.
So aku pun try la usya yang mana sesuai.

Sampai call kawan sekolah menengah dulu untuk pastikan benda ni bukan tipu
Thanks Cik Bambam sebab sudi melayan kerenah dan pertanyaan aku.
Lagi satu aku risau juga sebab takut bayaran melalui Card Credit
Al-maklumla aku "tak mampu" pakai Card Credit
Nasib boleh bayar online je. Merasa la nak beli apa-apa melalui online.


Untuk facial aku amik yang ini.


murahkan??? Sangat berbaloi. Siap ada massage lagi.. Aku suka sangat..
Dah call untuk booking. Dekat je dengan area rumah aku. Kepong


Dan untu Spa Badan pula aku amik yang ini


juga ada massage. Dan untuk kaki.
Pun dekat dengan area rumah aku. Setapak.
Tapi untuk package ni aku pergi dengan officemate aku
Takde la bosan nanti
Thanks Kak T sebab sudi teman saya.
Nanti kulit kita sama-sama lembut kan.. XOXO



P/S: Persediaan untuk hari bahagia.. Nak cari lagi sekali sesi untuk facial atau spa lagi. Tunggu next week pula.. Chaiyookkk...

...PerSEDIAAN KaHwin.... List Barang Hantaran

Cerita pasal barang hantaran, dalam masa 2 bulan ni aku sebok sangat memikirkan apa barangan yang aku nak kena beli. Sebab, aku dan En.Tunang akan beli barang sendiri dan lepastu tukar. Hantaran kami 7 berbalas 9. So aku decide nak beli barang yang aku akan gunakan. Contohnya

Hantaran dia ke aku

1) Set perfume - Settle
2) Set mandian - Settle
3) Handbag - Settle
4) Camera - Settle
5) Telekung & Sejadah - belum beli
6) Barang kemas & Mas kahwin - En. Tunang beli/bagi
7) Sirih junjung

Hantaran aku upah orang gubah. Malas nak fikir. Banyak benda lain lagi nak kena settle.

Sewa Dulang Hantaran

Tetiba hari ini aku nak buka business pula. Sewa dulang hantaran. Yolah kan. Dulu masa aku bertunang dulu my mum sebok nak beli dulang ni. Bila fikir balik, sapa lak yang nak kahwin lepas ni kalau aku beli. Tapi my mum cakap cousin aku kan ramai perempuan. Sewa je la kat mereka-mereka tu. Tak pun kengkawan ramai. Nak tunggu adik bongsu aku, dia baru je Darjah 6 tahun ni. Lagipun bukan duit aku pun. Duit my mum.. Hahahahah Kepada bakal pengantin, sesiapa yang nak sewa dulang pengantin jenis yang kat bawah ni, bolehlah email atau mesej aku kat FB. Harga boleh dirunding. Tak mahal pun.






Dulang ni ada 7 unit jer. RM7.00/unit.


Cara-cara nak sewa

1) Email aku (jue_on85@yahoo.com) atau PM aku kat FB
- Nama
- No. Telefon

- Email

- Alamat


2) Pastu kita nego harga macam mana


3) Then bagi aku deposit RM50.00 dulu sebab takut hilang atau rosak. Kalau takde apa-apa aku akan pulangkan balik deposit ni.


4) Penghantaran untuk area KL, Gombak dan kawasan yang berdekatan je. Kalau luar dari kawasan, elok datang ambil sendiri je.


5) Buat pembayaran

DIY : Pomander Ball

Ingat tak lagi sebelum ni aku ada buat pasal Bunga Crepe?
Haritu aku ada buat DIY pasal Bunga Crepe kan.
Tapi cara tu macam susah sikit.
So harini aku nak ajar cara mudah kat kamu orang.

1) Bahan-bahan sama macam yang haritu, cuma tambahan dia penutup botol pewangi


2) Mula-mula buat bentuk bulatan. Ikutlah, kalau korang nak bunga tu besar, besar lah bulatannya


3) Gunting bulatan tu, susun berapa keping yang korang nak. Macam aku, aku ambil 7 keping je. Lepastu stapler.


4) Kemudian korang renyukkan satu-satu(sekeping), sampai habis. Dan kemudian kembangkan setiap keping hingga yang akhir


5) Dan... Tada


Okey, tajuk entry aku pasal Pomander Ball kan? Tapi aku melalut pasal Bunga Crepe pula.
Nanti dulu, sebenarnya dengan Bunga Crepe ni, macam-macam korang boleh buat.
Antaranya Bunga Telur, Bunga Rozek dan juga Pomander Ball ni. Kalau korang nak beli mahal juga tau.. Dalam RM20.00++ juga
Tapi aku buat sendiri modal cuma dalam RM10.00 jer

1) Selepas siap Bunga Crepe ni korang sediakan barang-barang ni pula

- gabus bulat
- jarum peniti/glue gun
- riben

2) Susun dan gam bunga ikut creativity masing-masing

3) Lekatkan riben pada gabus bulat ni. Ia sebagai pemegang Pomander ball tu nanti. Dan siap..

bunga crepe kat pomander ball ni color lain tau. Sebab lupa nak amik gambar masa buat bunga crepe color ni..hihihi

P/S : Lepasni aku nak tunjuk DIY bunga rozek pula yer..

Perbuatan Sama tapi...


Kita selalu dengar yang suami curang atau kahwin lain.
Dan benda tu bagi kita sangat normal kan.
"Alah, biasala tu. Suami curang"
"Isteri dia tak pandai jaga suami la tu"
"Wife aku dah gemukla. Tak slim macam dulu"

"Bila balik rumah je, kain batik, bau ikan, muka comot"
"Ala, kan sunnah Nabi. Boleh kahwin sampai 4"


Zaman sekarang ni pula kita kerap dengar isteri curang.
Dan..apa kata mereka?
"Kau ceraikan je bini kau tu"
"Teruk betul si Peah. Tak cium bau syurga dia nanti"

"Apa yang tak cukup dan puas laki dia bagi agaknya?"


Sini ada sedikit INFO..


P/S: Nothing to say.

...PerSEDIAAN KaHwin.... Borang Kahwin

Hurmm...

Tadi pergi ambil borang HIV Test untuk buat appointment.
Aku tak tahu pula prosuder sekarang ni kena buat appointment dulu.
Kawan aku cakap dulu dia tak kena pun. Just datang klinik dan terus check, pastu dapat result.


Sebelum tu aku ada gak call klinik kerajaan di Daerah Gombak ni. Oppss.. lupa pula nak bagitahu. Sesiapa yang nak kahwin, kena buat HIV Test dekat klinik/hospital kerajaan yer. Kalau klinik/hospital swasta tak diterima yer..

Okey, berbalik pada cerita aku. Bila aku call klinik-klinik ni. Ada yang engaged sepanjang masa, ada yang aku call suruh cari klinik yang berdekatan la. Dan ada yang aku call, tarikh appointment dia dekat 2minggu dari tarikh aku nak nikah. Gila ke apa. Buatnye Pejabat Agama tak nak proses/lulus permohonan nikah aku. Tak ke naya je aku kena postpone lama lagi. So aku dah dapat tarikh yang bagi aku awal sebulan lebih dari tarikh nikah iaitu 25.01.2012. Kira okey la tu.

Dan hari minggu hari tu aku ada jumpa tok kadi yang bakal menikahkan aku untuk ambil Borang Permohonan Nikah. Lepasni banyak la kerja aku nak kena settlekan.. Adoi… (Berusaha Jue, Chaiyookkk). Nasib awal-awal lagi aku dah pergi kursus kahwin. Kalau tidak, mau terbalik meja…




P/S: Sebenarnya u’oll… I tak decide lagi bila nak nikah dan kenduri. Dan kad kahwin pun tak tempah lagi. Matikkk….




Isu Semasa : Perhimpunan 901 (Part II)


Heheheh....

Hensem tak???


Orang sibuk pasal Perhimpunan 901, tapi i sebok tengok peguam yang cedera sebab kena bom buatan sendiri. Kesian dia.. dah la hensem, dia lak jadi mangsa.. Sabar yer Incik Peguam yang hensem.. Nasib sikit je yang kena.. hahahahah...


P/S : Incik Peguam yang hensem ada FB tak??? (Eh, jangan bagitahu En. Tunang yer. Sekali sekala i cuci mata. Tak salah kan?Hihihi...)

Isu Semasa : Perhimpunan 901




Hurmmm...


Buka je Facebook harini, semua cerita pasal Perhimpunan 901. Dan DSAI telah dibebaskan. Aku tak sokong dan salahkan mana-mana pihak pun cuma aku harap ada keadilan dalam kes ni. Dan sekarang keadilan tu terjawab.

Tadi aku tengok blog DSAI. Sapa-sapa berminat bolehlah singgah kejap.. heheheh... Apa-apa pun tahniah kepada beliau dan dapat mengembalikan balik maruah keluarga


P/S: Ini bukan blog politik yer...hurmmm..

Ajaib..


1. Tengok pada gambar

2. Lihat sama ada 2 kotak tersebut mempunyai tone warna yang sama ?

3. Tidak kan ?

4. Sekarang tutup bahagian tengah2 di mana 2 kotak ni bersambung dengan tangan atau jari.

5. Cuba perhati warna dia...

6. Hehe... Habis bercop skrin laptop nie.. :)




Cara tukar icon Favicon blog

Tentu korang dah bosan kan icon favicon macam kat atas ni kan? So harini aku nak tunjukkan cara mudah untuk menukar icon favicon blog.

Langkah 1

Buat satu image yang bersaiz 50px X 50px. Kalau nak buat muka korang pun boleh juga. Tak pun korang search je la kat Mr. Google.


Langkah 2

Lepastu korang save gambar yang korang nak tu kat mana-mana folder atau kat desktop. Langkah 3

Then korang upload image kat post (add image), URL yang di highlightkan pada contoh gambar di bawah adalah URL bagi image yang di upload itu. (click gambar untuk besarkan)

Langkah 4

Paste URL image( rujuk langkah 3) dan paste pada teks Masukkan URL image di sini pada kod berwarna biru di bawah.

Contoh kod yang telah di edit:

Langkah 5

Lepastu click kat Design -> Edit HTML.


Langkah 6

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F dan taip atau paste kod macam gambar di bawah pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.


Langkah 7

Salin kod yang telah siap di edit tadi( rujuk langkah 4) dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod langkah 6

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

...Cerita episod lagi...


Lepas habis Drama Tentang Dhia kat TV3, sambung lak drama Gemersik Kalbu. Baru aku teringat yang cerita ni di adaptasi dari novel Gemersik Kalbu penulisnya Anis Ayuni. Seingat aku, aku dah baca novel ni masa aku study dulu. Orang duk sebok study buku tebal-tebal (mahal), aku lak duk berjiwang baca novel. Dan disebabkan aku tengok drama ni, so aku pun baca novel ni buat kali ke_2 untuk refresh balik apa yang aku dah baca.

Ni sinopsis Novel Gemersik Kalbu yang aku ambil dari belakang novel tu:

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.


Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Dimanakah titik pertemuan mereka?

Novel ni sangat sedih dan buat aku nangis juga. Macam baca novel Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Part yang sedih tu masa lepas Cikgu Wan (tunang Raihana) meninggal dan Rihana terpaksa melalui hidup dia tanpa insan yang dia amat sayang. Bayangkan dia dah merancang nak kahwin dan duduk rumah idaman mereka. Waaa... touching okey..

Okeyla, aku nak continue baca novel ni. Malam kang nak tengok drama dia pulak. Korang pun tengokla sekali okey.. bye..

Fobia

Hurmm..

Sejak aku kena raba/cabul atas motor haritu, aku dah jadi fobia untuk keluar malam dan naik motor sorang-sorang. Bila ada motor lalu sebelah aku dekat-dekat je aku dah jadi menggelabah. Semenjak dari kejadian tu, kemana-mana jer aku pergi untuk waktu malam mesti bertemankan En.Tunang.

Semalam aku nak lepak dengan kawan baik aku kat rumah dia dalam pukul 9.00pm naik motor. Lepastu aku call bagitahu En.Tunang sebab aku taknak dia fikir aku keluar dengan orang lain. Lepas tu En.Tunang marah aku.

Aku : Awak, saya nak lepak dengan Didie kat rumah dia boleh?

En.Tunang : Awak nak pergi dengan siapa?

Aku : Soranglah.

En.Tunang : Berani pula awak nak pergi. Dah malam ni. Tak takut ker?

Aku : Ala, pasrah je la.

En.Tunang : Takde, awak tunggu saya mandi jap. Nanti saya hantar awak pergi rumah didie. Kalau awak pergi sorang, Tak payah pergi.

Aku : Takpe ker? Tak susahkan awak ker? Awak kan baru balik kerja.

En.Tunang : Saya risau awak pergi sorang-sorang. Tunggu, kejap lagi lepas mandi saya datang rumah awak.

Hurrrmmm..... terharu sangat. Rasa nak nangis je. Lelaki ni kadang-kadang tak nampak pun dia tunjukkan kasih sayang dia kat kita. Tapi diam-diam jer kan..




Buah hati baru

Heheheh..

Aku kalau tak jumpa dia ni sehari rasa macam tak lengkap hidup. Kalau balik kerja, perkara pertama yang aku buat adalah cari dia. Balik dari jumpa En.Tunang pun mesti kena jumpa dia dulu. Cium dia, peluk dia dan gigit dia. Nak tahu siapa dia???

Korang mesti dah fikir bukan-bukan kan? Curang dengan En. Tunang. No lah, aku tetap setia dengan En. Tunang.














tara......

Ini adalah anak buah pertama aku. Nama dia Nur Issya Emilia. Berumur 1 tahun 1 bulan dan 5 hari. Anak kepada adik nombor 2 aku. Aku memang suka baby girl. Sebab tu aku sangat sayang kat dia ni. Aku suka baby girl bukan sebab apa pun. Cuma pakaian budak perempuan kan comel-comel. Especially pink color. So kalau aku belikan baju untuk Issya ni mesti color pink. Disebabkan Issya ni juga aku nak sangat Kahwin cepat. Aku nak baby cepat. Hehehhe...





P/S : Semoga aku cepat kahwin dan cepat dapat baby. Amin.. heheheh

Calendar 2012

Hurmmm...


Dah masuk tahun 2012 pun, tapi pagi ni meja aku still takde Calendar lagi. Bila officemate aku, kak T tanya 6.1.2012 hari apa, aku boleh cakap hari Selasa. Rupanya aku tertengok calendar December 2011. Hehehhe... Sorry yer Kak T. Saya salah hari. Maklumlah saya takde calendar untuk tahun baru ni. So aku pun buat calendar sendiri. Kesian betul aku.

-Calendar yang aku buat guna Word-

Masa tahun 2011, aku curi calendar Big Boss.(Eh, jangan bagitahu Big Boss yer aku curi dia punya calendar. Sebab dia kan dah banyak calendar, so tak salah aku ambil satu kan?) Tapi tahun ni takde pula aku nampak orang kasi calendar kat Big Boss.

Tadi En. Sufian ada jumpa client. Kebetulan orang tu kasi dia Calendar 2012 dan sebelum En. Sufian naik tangga dia ada offer aku calendar tu. Aku apa lagi, terus angguk macam burung belatukla. Rasa nak nangis pun ada. Terharu pun ada. "Terima Kasih En. Sufian". So sekarang atas meja aku dah ada Calendar. Takde la aku salah tarikh lagi.. heheheh

-Calendar yang En.Sufian kasi bagi menyerikan meja aku-


P/S: Aku sangat memerlukan Calendar untuk catat nota, filing surat, cop tarikh pada surat dan sebagainya..
Pink Cherry