Raya.. (Cont..)


Okey, hari ini aku tak busy dah. So aku boleh upload banyak-banyak gambar raya..

Sangat seronok sebab dapat beraya bersama sedara-mara yang sangat sporting dan understanding. Time ni lah dapat berkumpul ramai-ramai sambil borak-borak dan wat lawak. Harap tahun hadapan aku dapat beraya bersama mereka lagi dan lebih meriah,meriah dan meriah lagi. Love them so much…

So nikmatilah gambar-gambar yang sempat di ambil semasa kami berjalan raya

And the last picture, aku dapat beraya bersama En. Tunang pada Hari Raya Ke-2

Kenyang


Bluurrrpp...
Alhamdulillah.. Kenyang sangat.. Rezeki untuk hari ini
Nasi Kandar Fareed Line Clear..
Thanks Eppy sebab sanggup pergi beli kat Sg. Buloh nun..
Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh
Nasi Kandar ni pernah masuk dalam JJCM kt TV3
Dari sebelum puasa nak try rasa.
Akhirnya dapat gak merasa hari ini.


Aku memilih Nasi Kandar bersama Kari Kambing
Walawehh.. daging empuk,kuah kari dia rasa
macam nak hirup je.
Dan yang paling penting, daging kambing dia
tak berbau..


Harga dia toksah cakap la
Memang sangat berpuas hati. MURAH okey
Harap next time boleh makan lagi
Makan hari-hari muak pula kan..




P/S: Next time nak makan Kari Sotong dia pula..

Isu Semasa : Cabul


Kejadian ni juga terjadi kat aku semalam. Aku tak tau la ada orang lain mengalami sama macam aku. Cuma yang aku harapkan wanita-wanita di luar sana lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

Okey, semalam aku balik lewat sebab, kan aku ada cakap pada entry sebelum ni yang aku sangat-sangat busy buat kerja orang.. Hehehe.. So semalam aku balik dalam pukul 8.00 malam. Selalunya kalau aku balik lewat malam aku akan pakai spek mata sebab aku ni rabun dan silau. Pagi tadi hati ni dah terniat nak ambil spek atas meja. Tapi berat je.. Okey sambung cerita, aku kan pergi dan balik kerja naik motor(bukan minah rempit yer). Dari Sunway Batu Caves aku dah perasan ada orang follow aku dari belakang. Aku laju, dia laju. Aku slow dia pun slow gak. Dalam hati aku, mamat ni nak race ke dengan aku. Aku pun ada gak rasa takut. Dalam hati ada bimbang.. Heheheh..

Masuk je selekoh Taman Industri Bolton (BH Petrol), dia masih ekori aku. Aku mula perlahankan kelajuan motor aku sebab konon nak cari ketenangan (Sebab aku ada krisis dengan En. Tunang). Tetiba lak aku nak lalu jalan yang lagi satu iaitu kawasan kilang(nak ke rumah aku ada 2 laluan, 1 kawasan kilang dan 1 kawasan perumahan). Kawasan tu agak sunyi dan gelap almaklum la dah malam, kilang semua dah tamat beroperasi. Kenapa la dia ni ikut aku lagi. Tiba-tiba dalam kepala aku terfikir pasal kes simbah asid. Apa lagi, aku pun memecut dengan laju. Habis semua bumper aku langgar. Mamat tu still laju dan nak memotong aku. Dalam hati, Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini.

Dengan keadaan yang sangat kelam-kabut tu, aku cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Aku pun memperlahankan motor. Tiba-tiba dia sempat meraba t**** aku dengan keadaan yang laju. Memang sangat terkejut dan dengan tiba-tiba aku jadi berani. Aku menekan horn motor sepanjang perjalanan sambil mengejar dia. Dengan harapan aku dapat menyepak motor dia dan dia akan jatuh. Tapi dia terlepas disebabkan ada kereta didepan aku. So aku tak dapat nak menyelit. Dia terlepas, dahla aku tak sempat nak tengok nombor plat motor dia disebabkan kerabunan aku. Takpe, maybe hari ini dia selamat. Aku berdoa semoga Allah S.W.T membalas perbuatan dia dengan setimpal dan berharap wanita lain tak kena macamana aku kena.

Semasa kejadian, orang sekeliling ramai memerhatikan aku tapi tak bertindak apa-apapun. Kesian kan rakyat Malaysia ni. Aku tak faham dengan mentaliti rakyat Malaysia. Bila time accident, jalan jemm tapi takde seorang pun yang menolong. Hanya menyesakkan lalu-lintas. Sifat ingin 'Tahu' rakyat Malaysia sangat tebal..

Tapi aku sangat bersyukur kerana aku tidak diapa-apakan dengan teruk.. Harap lepas ini aku akan lebih berhati-hati.


P/S : Ya Allah, Kau selamatkan lah hambaMu ini dari segala kecelakaan, kemalangan dan perbuatan khianat. Amin.

Raya..Raya.2011.MERDEKA

Kat sini aku nak mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Aku nak minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa,bosan dan apa-apa perasaan yang kurang menyenangkan sepanjang korang membaca blog ini. Tahun ni juga kita beraya dan menyambut Kemerdekaan yang ke-54 tahun. Harap negara kita aman dan makmur selamanya.

Tahun ni macam biasa, aku akan beraya di Melaka(Kampung belah emak aku). Dan macam biasa juga En. Tunang yang akan menghantar aku dan family balik ke kampung. Sebab jarak antara kampung aku dengan En. Tunang dalam 30minit je. So kalau aku kahwin nanti takla berebut nak beraya mana kan..


-ngeee... aku dpt duit raya tau walaupun dah kerja-

Raya di Melaka memang sangat seronok. Selepas Solat Sunat Aidilfitri, Family aku, dan pakcik makcik akan berkumpul untuk bersalam-salaman. Selepas itu kami akan berkonvoi beramai-ramai untuk beraya di rumah sedara-mara jauh mahupun dekat. Tapi sekitar Melaka je la. Banyak benda nak cerita tapi aku betul-betul busy. Nak upload gambar raya pun tak sempat sebab aku sangat-sangat busy buat kerja yang sepatutnya bukan bahagian aku. Tetapi memandangkan orang yang meminta tolong tu sangat memerlukan bantuan aku, aku dengan rela hati menolong.. hehehe... harap-harap dia menghargai pertolongan aku yang tak seberapa ni. So bila aku tak busy lagi, aku akan upload gambar sepanjang aku beraya ok..




P/S : Apa-apapun aku sangat bersyukur sebab aku dapat merasa berpuasa dan beraya lagi tahun ini. Harap tahun depan pun sama. Insya'Allah
Pink Cherry