...PerSEDIAAN KaHwin.... Seminggu sebelum majlis

Dalam seminggu sebelum majlis, 90% sudah siap. So balance lagi 10% tu hanya tinggal benda-benda kecil yang aku nak kena settlekan. Antaranya

1) Beli bekas door gift & isinya

- door gift aku adalah makanan. So tak boleh beli awal-awal. Takut rosak atau busuk

-ni salah satu doorgift untuk kanak-kanak-

2) Hiasan Bilik Tidur

- Bilik aku dihias sepenuhnya hasil kreativiti mak aku sendiri. Dari menjahit langsir, alas katil(guna yang masa tunang) dan bunga-bungaan, semua mak aku yang buat. Sangat simple okey.. Atas permintaan anakanda tercinta.. heheh

-abaikan barang2 yang selerak tu okey-

3) Fitting baju sanding & malam berinai

- Di sebabkan aku punya badan sangatla "comel" & slim, so aku kena fitting 2 kali. Dan sebab baju tu aku sendiri punya design yang aku tengok dari majalah pengantin dan aku just tambah-tambah untuk nampak lagi menarik, so aku nak hasilnya sangat memuaskan aku.. Vavooommm..


4) Kad Kahwin

- Ada permintaan last minute dari kawan-kawan tersayang yang nak kad. So aku kena post kepada mereka sebelum wedding aku bermula.


5) Macam-macam

- Yang macam-macam ni, banyak sangat. Yang kecil-kecil je. Contohnya, bunga manggar, signboard rumah pengantin, confirm, remind & call balik khemah, PA system, kompang , pakai inai dan banyak lagi.

-sedara-mara pakat pasang bunga manggar-

-pakai inai-


P/S : Next post aku akan cerita pasal wedding aku okey.. So sabar menanti.. L.O.V.E

Mood : Cuti lagi

Hurmmm...

Masih lagi mood cuti..
So nak cerita pasal wedding pun malas lg..
So next time aku cerita okey..

Cuma nak ucapkan terima kasih kepada yang hadir kenduri aku haritu
Maaf seandainya ada yang terkurang yer..

Cuti Kahwin

Hari ini last aku kerja sebagai gadis bujang..
So aku bercuti selama 6 hari bekerja..
07.03.2012 hingga 14.03.2012
Selebihnya mungkin aku ambil unpaid leave
Untuk terus gi honeymoon..
Tak pasti di mana.
Yang pasti PANTAI
Last minute decide.

Sebenarnya cuti aku untuk tahun ni ada banyak lagi
Ada 16hari + balance tahun 2011 ada 3 1/2 hari.
Tapi sistem kat office ni kira cuti untuk tiap-tiap bulan
16hari/12 = 1.333/month
Teruk betul aku rasa sistem ni.
Susahlah kalau orang nak kahwin ke bagai.

Sepanjang bercuti tu nanti, aku tak boleh nak update blog ni.
Sebab kat rumah takde internet.
Handphone pun tak canggih.
So berkulat la kejap blog ni.

Tapi balik jer dari cuti, aku akan update gambar kahwin aku.
hurmm.. seram la pula.. Lagi 3 hari..
Nervous sangat..
So, kepada B2B yang follow blog i, see you next week or another week.. heheheheh
Doakan majlis aku berjalan lancar yer..
Harap sangat doa kalian..
DAN anda dijemput hadir majlis aku nanti..




P/S : Selamat menjadi Puan Jue kepada diri sendiri.. L.O.V.E

Berdebar-debar..


Hurmmm..

Lagi 4 hari aku akan diijab kabul..
Lagi 4 hari aku akan bergelar isteri orang..
Lagi 4 hari kehidupan harian aku akan berubah..

Giler duduk kat office ni..
Ada pula officemate aku pasang lagu kahwin..
Adoii..
Makin laju jantung aku..
Berdebar-debar rasa dada ni..
Dah macam nak terkeluar segala isi perut aku..

Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan semasa hari perkahwinan kami nanti..
Ya Allah, Semoga perkahwinan kami mendapat restu dari Mu dan keluarga kami..
Amin..

P/S: Masih menghitung hari.. esok last kerja untuk cuti kahwin..

Pink Cherry