Cerita Umar

Anak-anak korang ada tak cerita cartoon favorite masa kecil? Setiap budak ada cerita cartoon favorite mereka mengikut peringkat umur masing-masing. Macam aku, dari dulu sampai dah jadi mak orang ni aku tetap suka tengok Doraemon okay. Setiap hari Sabtu mesti tak miss tengok kat NTV 7. Sampai En. Suami bengang dan tanya, apa faedah yang aku dapat dari tengok cerita ni. Hahah.. Biarlah, aku suka. Dulu masa kecil, sampai komik Doraemon penuh sekotak aku simpan. Now tak tau mana komik-komik tu.


Dari Umar umur 4 bulan dia dah minat tengok TV. Maybe sebab coloring dan bergerak-gerak. Sebab tu dia suka. Aku akan download ikut peringkat umur dia. Masa seawal 4 bulan tu aku lebih banyak download cerita cartoon yang berlagu, bacaan zikir2 dan azan. Kebanyakkan dari channel Baby TV. Masa ni aku tak beli lagi channel Baby TV. So download je la dulu. Lagi satu aku suka lagu-lagu dari The Giggle Bellies. Korang try cari kat Youtube. Dia punya video sangatlah colorful okay.


Start umur dia 6 hingga 8 bulan, aku download cerita cartoon macam Pingu, Bernard Bear, Thomas and Friends dan Bob The Builder. Selain tu video belajar untuk baby macam mengenal ABC, 123, color and shape. Setiap bulan aku akan update video baru dari cerita cartoon tu. So takdelah cerita sama. Variety sikit. Heheheh..


Dari Umar 8 bulan until now, video yang aku download lebih berkisar tentang kehidupan. Macam Upin Ipin, Masha The Bear, Shaun The Sheep, Oscar's Oasis, Oggy and The Cockroaches, Invention Story, Pada Zaman Dahulu dan Timmy Time. Video belajar tetap aku terapkan macam maksud bacaan Al-fatihah, orang mengaji dan berzikir, dan binatang-binatang dan lagu nasihat.


Dalam banyak-banyak cerita cartoon tu, Umar paling suka tengok Masha and The Bear. Cerita ni dari Russia. Bahasa pun bahasa Russian. So memang aku tak faham la kan. Tapi jalan cerita dia mudah kita fahami. Cerita ni mengisahkan seorang budak perempuan bernama Masha dengan seekor beruang. Masha ni duduk rumah kat dalam hutan tepi landasan keretapi. Tak pasti pula mana parent dia. Semua haiwan kat dalam hutan tu tak suka dengan Masha sebab dia nakal sangat. Tapi beruang ni je yang boleh tahan dengan perangai si Masha ni. Korang cari la dalam Youtube. Grafik cerita ni memang sangat cantik. Jelas sangat. Cerita ni banyak episod. Aku baru dowmload sikit-sikit. Kalau korang nak follow, korang download episod pertama macam mana Masha ni jumpa beruang tu. Kalau tak nanti korang tak faham.


Memanglah tak bagus sebab anak aku leka tengok TV. Tetapi aku kan bekerja. Balik rumah nak masak, uruskan rumah. So masa aku banyak kat dapur. Kesian kat dia. Eloklah dia tengok TV dari mengacau aku kat dapur yang dah tentu bahaya untuk dia. Dan dari anak aku leka dengan gadget, game, tab or smartphone bagai, baiklah dia tengok TV. Sekurangnya tengok TV hanya kat rumah. Kalau kat rumah orang mesti takde cerita dia, so bolehlah dia bergaul dengan kawan-kawan dia. Tapi Umar takdelah tengok TV sepanjang masa. Kalau dia bosan dia akan main mainan dalam Playpen dia. Lagipun video yang aku download tu bukan cartoon semata, untuk dia belajar pun ada. Aku selang-selikan dengan pembelajaran mengikut usia Umar. So terpulanglah pada individu untuk mendidik anak masing-masing.

Okaylah.. aku nak sambung download cerita baru untuk Umar. See u next Entry.






Umar Potong Rambut

Weekend haritu kami tak kemana pun. Sebab En. Suami pagi kerja sampai petang. Mak aku pula balik kampung. So duduk rumah je lah. Sementara Umar tidur, aku pun kemas rumah apa yang patut. Nak tidur tapi badan tak letih.

Ni Gambar mula-mula nak gunting. Tak nangis lagi tapi dia pelik napa orang pegang kepala dia.

Petang En. Suami balik, aku ajak dia pergi potong rambut Umar kat kedai gunting rambut. Sebelum ni memang En. Suami yang potong, tapi dah macam kena gigit tikus rambut anak aku. So marilah kita gunting kat kedai yer. Ingat nak slope sikit je sebab asyik botak je rambut Umar. Sian dia. Tak merasa nak ada rambut. Tanya juga kat abang-abang ipar kedai mana yang bagus. Kalau boleh taknak saloon sebab mahal. Nak potong nye sikit je pun. Akhirnya jumpa kedai India ni. Memang laju gila dia buat. Tak kekok langsung potong rambut budak walau Umar dah menjerit-jerit nangis. Macam kena pukul. Meronta-ronta nak bangun. Tu pun En. Suami kena pegang badan Umar. Tak sampai 10 minit settle. Gila cepat.

Riak muka selepas seminit bergelut. Nasib ayah dia pandai handle

India tu cakap, sebelum ni lagi teruk. Dia ada potong rambut budak lelaki ni, siap kena gigit dengan budak tu. Kau bayangkan. Hahha.. Kebanyakkan budak lelaki memang tak suka gunting rambut. Sebab yang aku tau, diorang takut dengar bunyi mesin gunting rambut tu. Macam-macam kan. Dah ada anak ni baru tau betapa seksa nak bawa anak kecil gunting rambut. Dulu aku asyik dengar biras dan kawan-kawan aku bercerita. Sekarang aku dah merasa.

Tadaa.. Dah siap.. Hensem anak mama

Itulah cerita weekend kami. Sekian.. hehehe









Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku









Weekend Kami

Lama dah tak update. Bulan ni je macam-macam masalah yang menimpa aku. Alhamdulillah semuanya dah settle. Aku harap aku boleh bertabah dan sabar menghadapi ujian ini. So akan datang ianya akan menjadi teladan dan peringatan kat aku supaya tak berlaku lagi. Allah menguji mengikut kemampuan kita. Mungkin sebelum ni aku jauh dari Nya. Dengan ujian ini membuatkan aku dekat dengan Nya. Moga lepas ni aku tak terlupa lagi. Apa yang jadi ada hikmah disebaliknya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Biarlah ianya tersimpan di ingatan aku selamanya. Tak manis untuk aku bercerita. Cukuplah sekadar orang tau ianya melibatkan keluarga. Dan harapan aku agar kami bahagia selepas ni. Amin.

Skema sekejap kan. Haha... Now aku dah okay sikit. Sebelum ni aku murung and tak selera makan. Tapi best juga tak ada selera makan. Sebab perut aku dah kempis sikit dan berat badan aku dah turun. Kalau tak perut aku je dah macam orang ngandung 3 bulan.

So berbalik pada cerita weekend, aku ajak En. Suami pergi Tasik Titiwangsa. Saje nak bawa Umar jalan-jalan. Kesian dia asyik duduk rumah je. Tapi En. Suami tak nak sebab dia nak tengok Piala Thomas pukul 5.30pm. Aku paksa juga. Aku cakap kejap pun takpe. So keluar dari rumah pukul 4.00pm dan sampai sana dalam 4.30pm. Round tasik bawa Umar naik Tricycle dia. Tetiba nampak orang naik kereta kuda. Selama ni Umar tengok kuda dalam buku and TV je. Sekarang tengok live. Dia teruja sangat. So aku ajak En. Suami naik kereta kuda bawa Umar. Carilah mana tempat kereta kuda ni. Penat pusing akhirnya jumpa juga.

Signboard Rekreasi Berkuda. Siap ada harga dan masa beroperasi.

Kat tempat Rekreasi Berkuda ni, ada banyak kuda dalam kandang. So pengunjung boleh lah melihat dan bergambar dengan kuda-kuda tu. Umar mula-mula takut nak pegang kuda. Lepas dah sekali aku suakan juga tangan dia sentuh kuda tu, dah dia nak pegang kuda tu lagi. Dah puas bergambar dengan kuda, aku pergi kuanter bayaran untuk naik kereta kuda. Umar tak boleh naik kuda lagi sebab umur dia. Pegang pun tak kuat lagi, mau jatuh anak aku nanti. So marilah kita naik kereta kuda yer Umar.

Gambar kami bersama kuda.. Heheheh

Aku naik dengan Umar je sebab En. Suami jaga barang. Takut hilang pulak tricycle Umar tu nanti. Dahla ramai orang. Aku dengan Umar je naik, so takleh nak amik gambar sebab aku kena pegang Umar kuat-kuat. Duduk depan sebelah pemandu kuda okay. Yang belakang aku semua anak dara. Disebabkan dorang anak dara, lepaslah aku naik 2 pusingan. FREE. Rezeki katakan.. Hehehe..

Jom balik. Gigih ayah menolak anak.

Lepas habis naik kereta kuda, kami bergegas balik sebab dah janji dengan En. Suami. Dia nak tengok Piala Thomas. Kejap pun kejaplah.. Asal anak aku dapat berjalan. Itu jer cerita weekend kami. Sekian..








Pink Cherry