Big Day : Nikah Ceremony

Fuhhhh..... (tiup habuk) cerita yang dah nak expired dalam beberapa hari lagi..

Dah masuk 2 minggu aku nikah, ni baru aku ada mood untuk menceritakan detik-detik bahagia pada majlis pernikahan kami.

Aku nikah pada 09.03.2012. So aku decide dengan En. Suami untuk tak berjumpa dalam seminggu. Ikutkan memanglah tak boleh jumpa dalam masa sebulan, tapi disebabkan banyak hal yang kami kena settlekan bersama. So dalam seminggu tu je la baru semua benda selesai dan baru lah boleh tak berjumpa. Kita teruskan cerita yer : -

Pada pukul 8.30am aku telah disolek oleh Pak Andam. Bukan mak andam yer kawan-kawan. Aku lebih suka disolek oleh lelaki lembut ini kerana aku suka seni yang dia orang sampaikan. Boleh tak macamtu.. hahahah... Bukan tak percaya pada solekan wanita ni. Tapi kamu orang tentu tahukan lelaki lembut ni macam mana..

Selepas selesai bersolek dan berdandan bagai, aku menunggu waktu 10.00am untuk bersama-sama keluarga ke surau di kawasan rumah aku. Untuk pengetahuan semua, aku bernikah di Surau Al-Muhajirin (Kg. Seri Gombak Indah) atas permintaan tok kadi di kawasan aku. Aku memang tak nak buat kat rumah sebab malas nak susahkan family aku kemas bagai. Nanti nak letak pelamin la, itu la, ini la. So aku decide buat kat masjid. Tapi tok kadi kata, leceh sebab jauh dari rumah. So ikut je la kemahuan tok kadi tu.

Warna baju nikah aku adalah grey/silver. Bukan aku tak nak buat warna putih, tapi sebab konon nak lain sangat la kan. So aku dengan En. Suami bersetuju dengan color tu. Baju aku sangat simple sebab niat aku lepas ni nak guna balik baju tu masa Hari Raya nanti. So takde labuci ke, manik bagai la kan. Saaaangaaatt simple.

Sepatutnya aku nikah pukul 10.00am, tapi disebabkan tok kadi tu ustaz kariah aku, kebetulan masa tu ada orang meninggal kat taman sebelah, so dia kena mandikan jenazah pula.. Dalam menunggu tok kadi tu sampai, aku sangatlah berdebar-debar. Rindu pun ada dengan En. Suami ni. Almaklumlah dah lama tak jumpa. (Lama la sangat, baru seminggu kan) Tertinjau-tinjau aku cuba untuk melihat pengantin lelaki.. Amboi gatai eh aku ni.

Pada pukul 10.45am ustaz sampai dan meneruskan majlis kami.. Dalam kol 11.00am aku telah sah menjadi isteri kepada Syahid Zaman bin Ismail. So enjoy the pictures...

detik-detik ijab dan kabul

keluarga En. Suami, keluarga aku dan kawan-kawan

hantaran kiri dari lelaki kepada pihak perempuan (handbag, set perfume, set shower, sireh junjung, mas kahwin & barang kemas, telekung dan macaroon)
hantaran kanan bawah dari perempuan kepada lelaki (set perfume,sireh junjung,kasut sport, set wallet & belt, chocolate, seluar jeans, kemeja, buah-buahan dan cincin)

P/S : Next post pasal malam berinai aku.. (Entah bila aku nak buat)

No comments:

Pink Cherry